Friday, March 25, 2011

TIDAK SEMUA PEMIMPIN PAS MACAM HADI AWANG, INI MENUNJUKKAN PAS MENGALAMI KRISIS KEYAKINAN DI KALANGAN PEMIMPIN BAWAHANNYA…

                                                           PAS seolah-olah berpura-pura dalam perjuangan mereka..

Salam semua…
Yang Dipertua Pas Kawasan Batu, Datuk Tarmizi Mohd. Jam bersetuju jika Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat ketulenan video seks yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pembersihan imej itu penting buat diri Anwar yang sering dikaitkan dengan isu berkaitan seks, iaitu sesuatu yang sukar diterima rakyat negara ini.
"Penubuhan suruhanjaya itu akan dapat menjalankan siasatan dengan lebih mendalam tentang video itu dan seterusnya akan menyokong pandangan banyak pihak bahawa lelaki dalam video tersebut bukan Anwar," katanya dalam entri terbaru blognya iaitu http://sanggahtoksago.blogspot.com.
Dalam perkara yang berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menolak cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.
Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan cadangan penubuhan suruhanjaya itu sebagai 'mengarut' selagi tiada wujud ketelusan dan keadilan berhubung dakwaan tersebut.
"Itu semua (cadangan penubuhan suruhanjaya diraja) ialah kenyataan yang mengarut selagi tak ada ketelusan dan tak ada keadilan. Tak betul tu. Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah ikut perundangan Islam," katanya.
Abdul Hadi seterusnya menggesa pihak polis menjalankan siasatan secara telus berhubung kes tersebut, termasuk ke atas semua pihak yang terlibat dalam pembikinan serta rakaman video itu.- Utusan
P/S – Pujian patut diberikan kepada  pemimpin bawahan mereka yang ternyata lebih rasional serta tidak mengamalkan sikap double standard. Sikap pemimpin tertinggi Pas yang tidak mahu mencari jawapan sebenar adalah tindakan politik yang merugikan. Ia berbeza sama sekali jika skandal sebegini membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN), Pas pasti mendesak siasatan menyeluruh dibuat.

1 comment:

Anonymous said...

megarut ka ante hadi..islam mnyuruh umatnya utk mnjauhi kmungkaran..tp ante seolah menghalalkan kemungkaran..subhanallah..subhanallah..ante hadi jgn takut utk menelan yg pahit wlpun benar..jika benar ante kata mengarut..ante juga trmasuk dlm golongan spt tertuduh..wassalam..