Salam semua…
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, hari ini menolak politik kotor dan lucah dijadikan budaya di negara ini, tetapi menegaskan dalam hal tertentu ia masih memerlukan siasatan dan penyelesaian untuk menentukan kebenaran.
Beliau berkata, dalam hal yang sudah menjadi kes polis ianya perlu disiasat bagi menentukan kebenaran dan ia mungkin menyebabkan hebahan meluas terutama jika membabitkan nama besar dalam masyarakat. "Memanglah kena tolak politik lucah dan politk kotor kerana ia jelas tidak baik kepada masyarakat namun dalam hal tertentu kebenaran tetap sesuatu yang utama dan perlu dicari. "Soal hendak berhimpun untuk menyatakan kebencian terhadap politik kotor dan lucah ini kita perlu lihat dulu dan kaji kesannya," katanya pada sidang selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dilaporkan sebuah portal berita mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
Beliau dilaporkan berkata, semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor itu.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," Mohd Asri dilaporkan berkata.
Ulasan Penulis:
Ha..pendapat lagu ni, baru penulis sokong. Orang ramai kena faham baik-baik. Polis buat siasatan ke atas saksi-saksi yang berkaitan bukannya sengaja untuk mencari keaiban orang yang kena tuduh. Sebaliknya, siasatan dibuat dengan kerjasama saksi-saksi yang terlibat semata-mata untuk mencari kebenaran. Itu saja, apa yang payah sangat nak faham? …
Dalam kerja-kerja berdakwah, kita tidak boleh berat sebelah atau berburok sangka. Begitu jugalah dalam perkara maksiat ini, tidak kiralah siapakah pelaku berkenaan samada beliau seorang ahli politik ataupun rakyat marhaen.
Yang salah tetap salah, tidak kiralah juga apa bangsa dan keturunannya. Kita perlu lahirkan masyarakat yang prihatin ke atas gejala maksiat yang berlaku di sekitar tempat tinggal kita kerana gejala maksiat ini, kalau tidak dibendung, ianya boleh meruntuhkan tamaddun serta mencemarkan maruah sebuah negara.
Contoh yang paling nyata ialah tentang gejala maksiat yang melibatkan aktiviti pelacuran di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Walaupun ianya berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan PAS negeri Kelantan, oleh kerana adanya kefahaman atau sikap tidak mahu ambil tahu atau malu membuka keaiban orang-orang yang melanggan, maka aktiviti pelacuran berkenaan masih terus beroperasi sehinggalah ianya ditutup itupun setelah dibongkar oleh blogger-blogger pro BN.
Apa ini semua? Sepatutnya perhimpunan besar-besaran bagi menyalahkan kerajaan PAS negeri Kelantan perlu diusahakan terlebih dahulu oleh Ustaz Asri kerana kegagalan pemimpin-peminpin PAS membenteras aktiviti pelacuran walaupun jarak tempat rumah pelacuran itu tidak jauh dari pusat pentadbiran kerajaan PAS negeri Kelantan.
Saya nak tanya Ustaz Asri adakah aktiviti pelacuran dan zina yang ada di Kota Bharu Kelantan baru-baru ini tidak dianggap zalim terhadap rakyat? Cuba bayangkan kalau ada di kalangan pemimpin Islam yang kuat nafsunya melanggan pelacur di tempat berkenaan. Walaupun perbuatan kejinya itu dilakukan tidak secara terang-terang, persoalannya adakah amalan mendedahkan keaiban pemimpin berkenaan dianggap satu kezaliman?.
Yang mana satu pilihan Ustaz Asri, berdiam diri atau mahu ambil tindakan?...
2 comments:
Buleh pecaya ka Ostat janggut macam rantai bunga ni?
Dia ni pun pembelit besar jugak ni...jenis lalang takda pendirian.
Mana yang untung...itu la dia lipat.
Mangkaq macam ni pun jadi Ustat. Dunia....dunia.
kepada XXX-reformasi, ape tulis gini,,haih,,
um bley sy taw jarak tmpat placuran tu dgan tmpat PAS tu?tq:)
Post a Comment