Sunday, March 13, 2011

ISU KARUN TSUNAMI DENGAN ULTRAMAN : BERITA HARIAN MOHON MAAF


Salam semua…
ISU KARUN TSUNAMI DENGAN ULTRAMAN : BERITA HARIAN MOHON MAAF
KENYATAAN DARIPADA PENGARANG BERITA HARIAN
MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu hari ini, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.
Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan. Kami mendapat banyak reaksi daripada pembaca berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun. Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian  bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi.
Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan anggota keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.
Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu.
PENGARANG
P/S- OK lah tu. Kadang-kadang, bloggerspun buat silap juga. Janji kita berani kehadapan dan memohon maaf. Masalahnya ada yang buat silap tetapi, tidak mahu memohon maaf.


3 comments:

Anonymous said...

Nippon Taro dah minta maaf ke masa jajah malaya dulu..buruh keretapi di Burma dulu..apa mangsa perang dan mangsa pengaNIAYAAN Nipon dulu2 atau warisnya dapat..?

hafiz said...

Takde salah pun Kartun nih...

Anonymous said...

xde salah pon.Kuasa tsunami lebih kuat dari kuasa Ultraman. Nak tengok kartun lebih teruk baca harakah dan nilai sendri katun karya ZUNAR