Thursday, March 24, 2011

ANUAR SUDAH JAUH MELENCONG. PAS YANG KONONNYA PENDOKONG AGAMA HANYUT BERSAMA-SAMA ANUAR…


Salam semua…
Belumpun habis cerita kes liwat Saiful dan terbaru kes video seks dengan pelacur Cina, hari ini pula kita digemparkan tentang laporan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengesahkan terdapat unsur-unsur pluralisme agama di dalam ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di London, Mac tahun lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata antara unsur-unsur itu adalah mempertikaikan ekslusiviti kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam dan mengakui faham “The Transcendent Unity of Religions” melalui konsep universal sufism (satu kebenaran banyak jalan).
Selain itu, beliau berkata unsur lain termasuk konsep kesamarataan agama, menafikan konsep benar dan sesat serta terpengaruh dengan faham Falsafah Abadi dan Kesatuan Metafizik.
“Jakim telah mengkaji ucapan tersebut dan di sana terdapat unsur-unsur pluralisme agama,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi kementeriannya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jamil berkata Jakim sentiasa memantau dan mengkaji sebarang pemikiran yang menyeleweng termasuk pluralisme agama.
Katanya, muzakarah jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-74 pada 25 hingga 27 Julai 2006 ketika memutuskan berkenaan gerakan pemikiran liberal yang mengandungi fahaman-fahaman menyeleweng telah menyenaraikan konsep pluralisme agama sebagai salah satu doktrin yang sesat lagi menyesatkan.
Sementara itu, Jamil Khir berkata pelbagai program penerangan akan disusun supaya masyarakat dapat memahami dengan lebih jelas mengenai fahaman pluralisme, liberalisme dan sebagainya.
Sebelum ini, beliau berkata program penerangan telah bermula dengan adanya wacana membanteras gerakan pluralisme agama dan pemurtadan ummah pada 14 Dis tahun lepas dan wacana isu-isu semasa akidah pluralisme agama di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 15 Jan.
“Kita tahu ada gerakan yang terancang bahkan ada kekeliruan di kalangan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan yang ada hubung kait dengan agama tapi keliru dengan pluralisme dan sebagainya.
“Kerajaan menyedarinya bahkan bukan sekadar melihat dalam konteks hokum semata-mata dan tindakan untuk menjelaskan kepada rakyat telah bermula,” katanya ketika menjawab saranan Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mencadangkan agar kerajaan mengadakan muzakarah di peringkat kebangsaan bagi membincangkan beberapa salah faham yang membabitkan penyelewengan akidah. — Bernama
P/S – Tamparan hebat buat pemimpin-pemimpin PAS yang kononnya memperjuangkan agama. Mereka ini (PAS) akan hilang ingatan dan kadang-kadang serupa histeria berhujah dengan lantang kononnya UMNO tolak Islam selain mencerca pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak sependapat dengan mereka terutamanya yang berkaitan dengan soal-soal agama.
Akan tetapi apabila ianya melibatkan rakan sekutu mereka, seperti  fahaman pluralisme agama di atas, lidah mereka seolah-olah kelu dan tidak mampu berkata apa-apa. Inilah yang dikatakan golongan munafik…matlamat menghalalkan cara walaupun perbuatan yang dibuat oleh sahabat mereka itu terang-terang bertentangan dengan agama….

3 comments:

tabligh said...

Salam,

Wali"_ _ _ _" ajak Anwar Ibrahim taubat maksiat!

Sekarang ni, kita ajak pulak parti assabiyiah PAS ni taubat maksiat jugak.

http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/03/wali-ajak-anwar-ibrahim-taubat-maksiat.html

blogenstarz said...

Habis busuk semua Penganut2 PAS.

Mereka bersubahat dengan PKR hanyalah kerana KUASA dan Wang Ringgit dan bukannya untuk kemajuan agama islam diMalaysia.

JAHAMAN !

Antibarua said...

ALLAH TIDAK BERSAMA PAS, BEGITU JUGA SEBAHAGIAN BESAR ORANG ISLAM DI MALAYSIA. ORANG KAFIR SAHAJA UNDI PAS UNTUK MEMECAHKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA. PAS PARTI UNTUK ORANG KAFIR SEBENARNYA. PAS TIDAK PERNAH DAN AKAN BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA MELALUI PILIHANRAYA... AMIN.