Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Monday, April 25, 2011

Dr Wan Azizah kata: “ jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.”


Salam semua®…
PAS memberi jaminan mempertahankan semua pimpinan Pakatan Rakyat, yang seorang demi seorang ditohmah oleh BN mutakhir ini, sehinggalah mereka dibuktikan bersalah.
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, atas semangat Pakatan Rakyat, PAS tetap pertahankan sesiapa sahaja yang belum dibuktikan bersalah.
Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, terkini media pro-BN menyerang peribadi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sedang dicari kelemahannya bagi memburukkan DAP dan kredibiliti Pakatan.

Beliau berucap demikian dalam program pidato umum anjuran Keadilan Seremban, dekat sini malam tadi.
Turut berucap adalah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, Ketua Penerangan Keadilan, Dr Mohd Nur Manuty, Ketua DAPSY yang juga Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dan Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard.
Majlis berjalan dalam keadaan hujan lebat namun hadirin tidak meninggalkan lokasi dengan terus mendengar ucapan pimpinan.
Bercakap tentang 1Melayu 1Bumi, Dr Hatta menegaskan isu terbaharu ini menunjukkan ada pihak cuba menimbulkan suasana tidak kondusif dalam kalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.
Beliau mencabar Perdana Menteri Najib Razak segera mengambil tindakan menyiasat dan membicarakan mereka yang dengan mudah merangsang isu perkauman di negara ini.
"Jika Najib tidak mengambil tindakan segera terhadap golongan yang membangkitkan soal bahaya ini, bererti beliau juga bersetuju dengan isu perkauman ini," tegasnya dengan mendapat sambutan hadirin.
Jika Anwar tumbang
Sementara itu, Dr Wan Azizah yakin jika seorang Anwar tumbang, ramai lagi Anwar dalam kalangan anak muda akan meneruskan perjuangan menegakkan keadilan dalam negara ini.
Beliau yang menceritakan semula rentetan peristiwa sejak 1998 dulu yang banyak menguji perasaan hatinya.
Menurutnya, selepas Anwar bebas, beliau terus berkempen dengan semua  sahabat seperjuangan sehingga Pakatan menang besar pada Mac 2008.
"Sekarang Kak Wan rasa cukup kuat, berapa lama dah, cukuplah, sudahlah...," ujarnya lagi.
Sementara itu, Cikgu Bard berkata,  pengundi Negeri Sembilan perlu berubah untuk membolehkan seluruh rakyat mendapat nikmat hidup lebih selesa di bawah pentadbiran Pakatan nanti.-Harakahdaily
P/S – Anuar yang jenisnya lagu mana?..kalau macam Anuar Zain Ok lah jugak! Kalau Anuar yang macam Mr Y, tak payahlah…..
 

Saturday, April 16, 2011

“WAN AZIZAH DARI AWAL LAGI TAHU FITNAH DAN HASUTAN YANG TELAH DICATURKAN OLEH ANWAR TERHADAP NAJIB DAN ROSMAH TETAPI BELIAU TELAH MENUNJUKKAN SATU LAGI LAKONAN YANG HEBAT”.. BACA SETERUSNYA.


Salam semua...
Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin perlu mendedahkan lebih banyak rahsia mengenai sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, ia bukan untuk mengaib atau menghina Anwar sebaliknya untuk menyedarkan rakyat supaya tidak terus terpedaya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang penuh dengan kepalsuan.
"Sudah terang lagi bersuluh selama ini Anwar akan menggunakan siapa sahaja dan pelbagai cara untuk mencapai hasrat menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas pendedahan Raja Petra semalam berhubung sikap sebenar Anwar.
Ruslan berkata, pendedahan Raja Petra itu juga membuktikan perjuangan Anwar bersama PKR selama ini adalah palsu dan mengikut nafsunya semata-mata.
"Saya sudah lama mengenali Raja Petra. Selama mengikut Anwar dia sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi Anwar. Apa yang didedahkannya itu sememangnya patut diambil perhatian," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata, selari dengan pendedahan Raja Petra mengenai Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga perlu tampil menegakkan kebenaran mengenai sikap sebenar suaminya itu.
Menurut beliau yang juga bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, sebagai presiden parti, Wan Azizah bertanggungjawab terhadap ahli-ahlinya dan bukannya berlakon seperti tidak tahu apa-apa.
"Tidak sangka Wan Azizah sanggup membenarkan fitnah dilemparkan kepada pemimpin negara terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.
"Wan Azizah dari awal lagi tahu fitnah dan hasutan yang telah dicaturkan oleh Anwar terhadap Najib dan Rosmah tetapi beliau telah menunjukkan satu lagi lakonan yang hebat," katanya.
Beliau berkata, rakyat telah muak dengan lakonan Wan Azizah dan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dalam soal mempertahankan Anwar itu.-Utusan
P/S- Tidak ada integriti dan prinsip!..itulah jawapan terbaik ke atas keperibadian Dr Wan Azizah.

Wednesday, February 16, 2011

AZIZAH: BAJU SAJA TAK SEMAHAL ITU…JAWAPAN KEPADA LOKMAN NOR ADAM


Salam semua…
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail cuma ketawa terhadap dakwaan pemimpin Umno bahawa beliau memakai pakaian terlalu mewah semasa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi timbalan perdana menteri.
Ditemui Malaysiakini hari ini, Wan Azizah (gambar bawah) menafikan mengamalkan gaya hidup mewah, tetapi mengakui pakaiannya sedikit mahal ketika suaminya berada dalam kerajaan, berbanding sekarang.

Sambil berjenaka, Wan Azizah berkata, beliau gembira orang menganggapnya berpakaian dengan elok walaupun tidak mahal.
Dalam ceramah di Bayan Baru semalam, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.
Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Baca berita sepenuhnya – di Malaysiakini, 15/02/2011.

LOKMAN SELAR 'GAYA HIDUP MEWAH' WAN AZIZAH, PRESIDEN PKR



Salam semua…
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selalu menjadi sasaran kritikan oleh bekas orang kuatnya yang menyertai Umno, tetapi malam tadi, isterinya dan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail juga turut menerima nasib sama.
Dalam ceramah di Bayan Baru, bekas setiausaha Pemuda PKR Lokman Nor Adam - kini ketua unit pidato dan penghujahan umum dan anggota Jabatan Hal Ehwan Khas - menyebut tentang "gaya hidup mewah" Wan Azizah dalam sebahagian ceramah 90 minitnya.
Lokman berkata ketika Anwar menjadi timbalan perdana menteri sehingga 1998, Wan Azizah membelanjakan banyak wang untuk kelengkapan pakaiannya bagi menghadiri pelbagai jamuan makan malam rasmi dengan suaminya.
Mengejutkan, ada yang sampai mencecah harga RM8,000 dan dia biasanya menempah 20 pasang setahun, dakwa Lokman.
Bagaimanapun, menyedihkan, tambah Lokman, apabila beliau dan beberapa yang lain ditahan bawah ISA di Kamunting dariapda 2001 hingga 2003, Wan Azizah didakwa tidak banyak membantu mengurangkan beban keluarga terbabit.
Dakwa Lokman, hanya NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang berusaha menolong anggota keluarga sehinggalah mereka kehabisan dana.


Sehubungan itu, beliau menyoal, apa salahnya sekiranya Wan Azizah mengurangkan perbelanjaan untuk pakaian - daripada 20 kepada 18 - supaya wang itu dapat disumbangkan kepada anggota keluarga tahanan ISA.
Katanya, Wan Azizah juga tidak memberikan sumbangan duit raya RM500 kepada setiap keluarga seperti diarahkan Anwar ketika masih ramai ditahan ISA.
Baca berita sepenuhnya – di Malaysiakini, 15/02/2011.