Friday, March 23, 2012

Projek Lynas: Tidak Mahu Berdialog. Pakatan Rakyat Cuba Sembunyi Fakta Sebenar?



Salam semua®…
Penulis angkat topi kepada DS Najib di atas usaha bersungguh-sungguh  beliau untuk  berdialog dengan semua pihak terlibat sama ada di kalangan penduduk mahupun pihak-pihak yang menentang projek Lynas  ini.
Betul seperti kata DS Najib. Tidak kiralah samada di pihak kerajaan ataupun parti pembangkang, semua rakyat juga perlu mengetahui  fakta secara tepat tentang bukti saintifik dan teknikal samada boleh ataupun tidak projek Lynas ini diteruskan.
Jadi, penulis berpendapat penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) bagi membolehkan sesi dialog dijalankan dengan pihak berkepentingan terutamanya pihak pembangkang adalah satu langkah bijak daripada kerajaan bagi mendapatkan fakta sebenar tentang isu ini.
Penulis rasa pendekatan berbincang ke arah penyelesaian satu-satu masalah adalah lebih baik dari pendekatan pembangkang yang suka sangat membuat  kacau dengan berdemonstrasi dan menggunakan media bagi menghasut rakyat supaya menyalahkan dan membenci kerajaan.
Tindakan parti pembangkang menolak PSC mengenai projek Lynas ini secara terang-terang adalah tidak bertamadun dan terkeluar daripada peradaban serta aliran pemikiran semasa yang mementingkan fakta benar sebagai jalan penyelesaiannya.
Bagi menghadapi banyak permasalahan di zaman serba maju dan pantas ini, kita tidak boleh sama sekali mencorakkan pemikiran rakyat kita terkebelakang dan bertindak seolah-olah pendekatan berbincang itu boleh membawa kemudaratan.
Apa yang berlaku sekarang ini, penulis melihat parti pembangkang di bawah DS Anuar mengajak rakyat supaya perlu memberontak, berdemonstrasi dan berterusan menyalahkan kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat fakta yang sebenar melalui perbincangan dan dialog dengan pakar-pakar dalam bidang ini.
Mereka sebenarnya tidak ikhlas dalam membantu rakyat. Rakyat sebenarnya faham dan melihat tindakan negatif mereka itu adalah semata-mata untuk mencari keuntungan politik bagi meraih undi pada PRU13 nanti.
Kalau tidak percaya, kita lihatlah nanti apa yang akan berlaku selepas PRU13, penulis percaya parti pembangkang akan terus melupakan  isu projek Lynas ini.
Rakyat yang bijak perlu melihat semua ini tanpa rasa ragu-ragu. Sikap parti pembangkang dari dahulu lagi sememangnya begitu. Apa saja projek untuk kebaikan rakyat dan negara semuanya salah pada kacamata mereka.
Berbanding dengan parti pembangkang, ternyata pendekatan yang diambil oleh DS Najib dan kerajaan adalah jujur. Malah, DS Najib sendiri telah berjanji bahawa kerajaan tidak akan membenarkan kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang beroperasi sekiranya bukti saintifik menunjukkan ia boleh membahayakan kesihatan manusia serta alam sekitar.
DS Najib seterusnya berkata, ini kerana dalam apa jua keadaan, isu berkaitan keselamatan serta kesihatan rakyat tidak boleh dikompromi dan sentiasa berada pada kedudukan paling utama.

lannkb
  

1 comment:

akmy said...

Mungkin ada benarnya komen yang mengatakan bahawa biasanya hanya ahli PAS sahaja yang mudah ditipu supaya pergi berdemonstrasi, ahli DAP payah. Tapi dalam isu Lynas ni, bukan setakat ahli DAP malah Lim guan eng telah mendedahkan kebodohan sebenar yang ada dalam diri mereka. Anwar memang itulah kepandaiannya sejak kena buang. Apa pun tahniah kepada ahli PAS yang faham dengan penjelasan oleh pakar nuklear Ahli Parlimen PAS Hulu Langat. Bagi Lim guan eng pula, segala-galanya telah ditelanjangkan, memang busuk punya hati perut, negeri china sana menguasai lebih 96% pengeluaran nadir bumi, berapa ramai cina dah mati disana, kenapa tak demonstrasi habis-habisan. Sebabnya hanya satu, kalau projek lynas itu dapat kat bangsa dia, mesti kafir guan eng bersetuju.