Tuesday, March 27, 2012

DATUK DR. HASAN ALI CABAR AZMIN ALI BUKTIKAN SUMBER KEWANGAN BELIAU….BIAR BETUL ?



Salam semua®…

Utusan Malaysia hari melaporkan tentang keberanian bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang mencabar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali membuat penjelasan terhadap lima perkara termasuk sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isteri, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.

Sedangkan, kata Hasan, Azmin ketika itu yang bekerja sebagai setiausaha sulit hanya menerima gaji kira-kira RM2,000 sebulan.

Beliau berkata, Azmin juga dicabar menafikan jika dakwaan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S. A. Vickneswaran bahawa Timbalan Presiden PKR itu serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

Rujuk di sini.

Komen Penulis:

Penulis berpendapat, kebiasaannya orang yang mempunyai wang sebanyak itu selalunya merupakan tokoh perniagaan yang berjaya selain mempunyai rangkaian perniagaan yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Kalau tidakpun, beliau mewarisi harta pusaka daripada latar belakang keluarga yang kaya raya.

Semua ini bukanlah menjadi rahsia lagi jika ada dikalangan ahli keluarganya yang berani tampil kehadapan menceritakan perkara yang sebenar.

Soal menjadi kaya dengan sekelip mata perlu mendapat penjelasan secara jelas kerana ianya melibatkan soal integriti dan kewibawaan seseorang itu. Tambahan pula, yang dituduh merupakan seorang pemimpin kanan PKR yang berpengaruh.

PKR tidak boleh bersikap berat sebelah dalam soal-soal integriti yang melibatkan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Kalaulah mereka begitu tekun  mencari kesilapan dan berani mendakwa pemimpin kerajaan mengamalkan rasuah maka, keadaan yang sama jugalah mereka perlu bertindak ke atas pemimpin mereka sendiri yang  memiliki kekayaan yang tidak munasabah.

Ayuh,  jangan jadi ‘cakap tak serupa bikin’!......buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa makna daripada  PKR itu sendiri membawa ciri-ciri keadilan………  

lannkb

2 comments:

Anonymous said...

Perang lawan hunus pedang dan tembak pakai pistol..pistol yang dlm seluar kau berdua anak Ali..Azmin dan Hasan..pecah belah lah kau dua Melayu demi kuasa demi harta demi ketamakan kuasa dunia..maka keluar lah cerita kroni, anak haram duit rasuah..aku kesian kat orang Melayu Sgor..

Anonymous said...

Dalam kes ni Azmin boleh dianggap pencuri saja..yg tak betulnya dan bapak penyamunnya pada saya ialah Anwar Bin Ibrahim. Peluang memiliki saham & duit bergudang2 oleh Azmin hanya kerana Anwar telah menyalahkan gunakan kuasanya sebagai TPM & Menteri Kewangan pada masa tu untuk beri kekayaan kepada kroni & proksi dia..Anwar sedar, bila dia berbudi & berbaja pada Azmin, mangkok yg termakan budi akan setia membuta tuli & takkan berani lawan dia..sebab tu ler Azmin sampai sekarang tetap membontoti Anwar umpama anjing yg setia pada tuannya..apa saja yg Anwar nak Azmin sanggup bagi..kalau ikutkan FITNAH Nala 4D, bini pun sanggup Azmin korban & persembahkan untuk jadi makanan Anwar...

Yang tak sanggup tengok Anwar jadi PM.. DinDesa Bagan Tiang