Friday, March 09, 2012

Aduhai Nurul Izzah…Cukup-cukuplah. Usahlah Berleter Lagi.


Salam semua®…
PKR hari ini menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas pemansuhan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), namun mendakwa tindakan itu menunjukkan kegagalan kerajaan mengambil kira pendapat golongan yang terkesan sebelum merangka dan mengumumkan dasar-dasar sedemikian.

PKR turut mendakwa kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) jelas dilihat terus mempamerkan sikap sambil lewa terhadap keperluan membasmi jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjelaskan, setelah didesak beberapa kali, barulah kerajaan mengambil tindakan dengan memansuhkan skim berkenaan yang mendapat kritikan ramai ekoran perbezaan ketara antara kakitangan atasan kerajaan dan penjawat awam bawahan.
“Kegagalan Kerajaan Umno-BN untuk prihatin akan kewujudan jurang pendapatan yang menekan penjawat awam yang di tangga yang paling rendah, iaitu di antara gred 1 hingga 54, benar-benar mempamerkan sikap sambil lewa dan elitis pemerintah. Ini berlaku di persekitaran di mana jurang pendapatan antara gaji terendah dan tertinggi yang pada waktu ini dianggarkan pada 19.5 kali.
“Hanya setelah didesak menerusi kritikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat (PR) berserta wakil-wakil pekerja CUEPACS barulah tindakan seraya ‘sudah terhantuk baru terngadah’ diambil oleh Perdana Menteri hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Najib dalam pertemuan dengan penjawat awam di Putrajaya hari ini mengumumkan kerajaan akan memansuhkan pelaksanaan SBPA, manakala Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan diperkemas supaya  kakitangan kerajaan akan menikmati kadar kenaikan gaji yang lebih munasabah.
Tambah naib presiden PKR ini lagi, kerajaan seharusnya mengamalkan prinsip yang menunjukkan keprihatinan terhadap golongan penjawat awam di peringkat bawahan dan memberikan mereka kadar kenaikan gaji sekurang-kurannya RM1,100 seperti mana cadangan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan PR 2012.
“Kenaikan gaji bagi golongan penjawat awam gred terendah haruslah membolehkan mereka menerima gaji ‘sara hidup’, dengan jumlah sekurang-kurangnya RM1,100 seperti yang dicadangkan di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012.
“SSM harus mengambil kira prinsip merapatkan jurang dan mengutamakan majoriti, tetapi dengan kenaikan atau apa yang sepatutnya dipanggil penyelarasan gaji minima perkhidmatan awam, harus bersifat komprehensif termasuk perancangan peningkatan produktiviti yang melibatkan perbincangan dengan semua pihak secara terbuka dan bukan secara tertutup dan kemudian diumum secara serang hendap seperti sebelumnya,” tambah Nurul Izzah.
Menurutnya lagi, “SSM harus mengambil kira beberapa prinsip penilaian prestasi dan piawaian perkhidmatan termasuk usaha mengurangkan pembaziran, ketirisan dan amalan rasuah wang rakyat dengan menggalakkan penggunaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta pemberian saguhati di atas laporan salah laku kewangan di dalam kerajaan dan perlu disemak secara interim setiap lima tahun, dan semakan utama setiap sepuluh tahun, dengan semakan harus melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam siri perbincangan dan keahlian jawatankuasa kecil dan teknikal semakan skim saraan.”
Najib turut memberitahu penjawat awam ketika pertemuan bersama mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini bahawa Ketua Setiausaha Negara hanya akan menerima kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus, berbanding sistem SBPA yang menyaksikan pendapatan ketua penjawat awam itu mencecah RM60,000 sebulan.
Kadar bayaran terhadap KSU itu telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pekerja gred bawahan yang hanya diberi kenaikan serendah RM1.70, dan menerima bantahan daripada 1.4 juta kakitangan awam yang merupakan “lubuk undi” untuk Barisan Nasional (BN), memandangkan pilihan raya umum mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kenaikan untuk Kumpulan Pengurusan dan Professional, dari Gred 1 hingga 54 adalah terhad kepada 13 peratus sahaja.-The Malaysian Insider
Komen Penulis.
Amboi sedapnya leteran si Nurul Izzah ini. Apa yang dibuat oleh kerajaan semuanya tidak kena pada pandangan mereka. Itulah kualiti pemimpin pembangkang kita sekarang ini yang suka sangat mengambil kesempatan dengan mencari berbagai alasan semata-mata untuk menjatuhkan maruah kerajaan.
Kalau setakat hendak berleter panjang macam itu, tak payahlah. Minta maaf banyak-banyak, bukan sahaja Nurul Izzah, Mak Cik dekat kampongpun ramai lagi yang boleh buat macam tu.
Buat apalah beliau dan PKR sebagai parti politik hendak sibuk-sibuk, kerana CUEPACS yang mewakili semua kakitangan kerajaan seperti biasa telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan berhemah.
Tindakan ala-ala ‘Tumpang Semangkuk’ Nurul Izzah ini sebenarnya tidak memberi apa-apa kredit kepada beliau dan partinya.  
Sebagai pemimpin parti politik yang masih lagi muda, beliau tidak sepatutnya  mengkritik sesuatu dasar ( kerajaan sedia berbincang) yang nyata memberikan kebaikan kepada kakitangan kerajaan.
Beliau perlu melihat dari sudut positif bahawa kerajaan di bawah DS Najib telah bertindak dengan cepat dan bersedia mendengar  rintihan dan pandangan daripada kakitangan kerajaan sendiri serta wakil-wakil daripada kesatuan pekerja,  CUEPACS.
Kemampuan kerajaan sekarang dalam meningkatkan lagi gaji kakitangannya di ketika seluruh dunia menghadapi ketidaktentuan ekonomi, amat-amatlah membanggakan kita.
Tidakkah begitu, Nurul Izzah?
Penulis hendak tanya kepada beliau, kenapa leteran yang sama tidak beliau tujukan kepada kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah? Bolehkah kerajaan parti pembangkang memberi yang lebih baik dari apa yang kerajaan BN lakukan sekarang?
Jadi, tindakan negatif Nurul Izzah yang seolah-olah menjadi batu api dalam menghasut semua kakitangan kerajaan supaya membenci kerajaan BN sebenarnya telah menjadi strategi silap yang boleh memakan dirinya sendiri.   
Mesej yang jelas di sini, kakitangan kerajaan sebenarnya tidak memerlukan pertolongan daripada Nurul Izzah dan partinya kerana budaya sedia mendengar masalah rakyat yang diamalkan oleh kerajaan BN di bawah DS Najib telah memberi keyakinan bahawa kerajaan BN sentiasa berlaku adil kepada setiap permasalahan yang timbul. Bersesuaian dengan kata-kata keramat DS Najib, “Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan”.
Pokoknya, kerajaan BN di bawah DS Najib sebenarnya berkemampuan mentadbir negara dengan lebih cemerlang kerana telah banyak mengamalkan dasar mencari jalan dan kaedah terbaik bagi menyelesaikan satu-satu permasalahan yang melibatkan rakyatnya.
Kesimpulannya, kerajaan BN di bawah DS Najib begitu responsif kepada apa-apa juga cadangan dan penambahbaikkan bagi meningkatkan kualiti hidup penjawat awam dan rakyat keseluruhannya
Syabas DS Najib !......
lannkb



9 comments:

Anonymous said...

Bagi saya sebenarnya bukan PKR arau cuepecs yang merubah pendirian YAB PM, tetapi kakitangan awam sendiri melalui FB dan media massa. Cuepecs pada awalnya bersetuju dan presiden nya tersenyum setelah dapat penjelasan berkenaan SBPA oleh KPPA dan KSN. Setelah ketidakpuasan hati diluahkan oleh Kakitangan sendiri melalui media massa, barulah isu ini timbul dan dapat perhatian ahli2 politik dan PM. Sebenarnya Cuepecs pun tumpang semangkuk jugak....

Anonymous said...

Izzah ni pakai cakap jer.. lebih cakap dari laksana.. sama dengan papa doll dia.. berjanji dan bermuka2 memang dan jadi tradisi keluarga ini.. Dahlah Izzah.. meluat tengok.. kemajuan bukan ada... Kalau betul nak bantu rakyat... bagi idea dan sama2 bantu kerajaan.. bukan nak hentam benda yang dah elok.. puiiihhh

Anonymous said...

Nurul Izzah ni, ingat org2 Melayu suka pada dia.

Org Melayu yng pilih dia cuma 23% sahaja dp org Melayu yang keluar mengundi. di kawasan P121, Lembah Pantai

Yang memenangkan dia sebenarnya ialah BUKAN MELAYU.
.................................

Analisa P121 (2008)

Pengundi Melayu 54.56%

BN dapat 18833 undi

PR dapat 21728 undi

Jumlah BUKAN Melayu keluar mengundi = 18431 (100-54.56%) dp (18833+21728)

Jumlah BUKAN Melayu undi PR = 16588 (Jika 90% BUKAN Melay undi PR)

Jadi org Melayu yg mengundi PR = 21728 - 16588 = 5140 sahaja daripada 22130 org Melayu yg keluar mengundi

So Janganlah nak perasan yang ogr2 Melayu sukakan kau. Nurul.

Anonymous said...

Biar lah dia nak meleter, kan dia perempuan... Perempuan kan ada 2 mulut !!!

Anonymous said...

dia ni umur berapa? Nampak tua mcm nenek. Dia ni tak pandai jaga ketrampilan. Kalau sendiri punya muka tak bolih urus mcm mana nak urus negeri apatah lagi negara. Nurul dah tak cantik mcm dulu.

Anonymous said...

Jadi lah pembangkang yg berhemah...mentang2 jadi pembangkang semua yg dibuat oleh kerajaan wajib dibangkang. Ini bukan membangkang secara berhemah. Biar membangkang yg bawa kebaikan kepada semua. Jadilah check and balance yg berkesan.

Anonymous said...

nama lagi pembangkang!.Asyik-asyik membangkangla.Lama-lama terkangkang la!!!!

Observer said...

aku kesian tgk die.cam desperate.

putumayam said...

cakap kasi salah sama kerajaan,...itu saja you tau tapi kerja kasi selesai itu masalah rakyat yg banyak susah itu dekat Lembah pantai punyaa.. habuk pun tadak!...cakap tak serupa bikin lah you!.. apa dulu ada janji sama kita orang mau kasi senang hidup ...tapi you tadak kerja hari2 cakap. cakap, cakap saja serupa you punya papa juga balakang taruk ayo-yo!....he, he, he!