Salam semua®…
Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz hari ini menyelar tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih.
Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.
“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.
“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.
“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.
Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.
Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.
Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.
Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.- Utusan
P/S – Ha..ini baru kena buku dengan ruas. Selama ini Nik Aziz dan Hadi Awang telah banyak memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin parti politik DAP yang sengaja tidak mahu faham tentang sensitiviti agama lain.
Ramai orang sudah sedia maklum, biasanya bagi mengendurkan ketegangan di kalangan pemimpin-pemimpin PR, bila timbul saja isu-isu berbangkit, mereka (pemimpin tertinggi PAS) akan berkata perbezaan pendapat itu adalah sesuatu yang dianggap sebagai perkara biasa dan bukannya satu masalah besar kepada Pakatan Rakyat.
Inilah sikap pemimpin PAS sekarang yang sejak kebelakangan ini terikut-ikut dengan perjuangan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan yang dibawa oleh PKR dan DAP.
Malah, dalam isu menjaga keselamatan Israel yang ditimbulkan oleh DS Anuar contohnya, Hadi Awang baru-baru ini sanggup berkata, "Ya, (percanggahan itu) perkara biasa. Pakatan melihat perbezaan (pandangan) itu ada, dan mengutamakan titik persamaan untuk menubuhkan kerajaan yang adil untuk rakyat seluruhnya. Dan kita terima titik persamaan dalam konvensyen Pakatan Rakyat.
Inilah dia sebahagian pemikiran ulama-ulama tua di akhir zaman. Dek kerana kuasa, mereka lupa segala-galanya. Golongan ini bukanlah mengajak dan membimbing kita ke jalan yang betul, sebaliknya atas dasar persepakatan politik yang bermatlamatkan perebutan kuasa, mereka terpaksa akur dan bersekongkol pula dengan puak-puak yang memperjuangkan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan sebagai pegangan hidup mereka.
Maka dengan itu, bangunlah wahai pemuda-pemudaku. Sedarkanlah golongan yang lalai ini daripada berterusan memperbodohkan orang-orang Islam di Malaysia.
1 comment:
itulah masalah timbul bila peguam dipilih jd wakil rakyat.semua benda dipolitikkan,mencipta alasan2untuk menghalalkan perkara2 yang dilarang.mmg peguam sifatnya kena pandai putarbelit klo nak menang apa2 isu.
Post a Comment