Salam semua®..
Sekumpulan aktivis mahasiswa 'prokerajaan' hari ini mengumumkan akan menganjurkan program jelajah ke seluruh negara bagi membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang menurutnya dianggap suka berdemonstrasi dan huru-hara di kampus.
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) Mohd Shahar Abdullah berkata, selain bertemu masyarakat di seluruh pelosok negara, pihaknya bersama 18 NGO lagi akan turut melawat 25 institut pengajian tinggi.
"Kita mahu juarai isu setempat secara terperinci dan mengangkatnya. Era 'mahasiswa menggugat' sudah berakhir.
"Kita kena kemuka isu dan mengenalpasti serta turut serta bersama masyarakat," katanya graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Katanya, fasa pertama "gerakan" mereka akan bermula dengan program turun padang pada 6 Februari selama dua minggu untuk bertemu masyarakat.
Ia seterusnya akan diikuti dengan jelajah kampus dari 26 hingga 3 Mac sebelum mengadakan program himpunan besar bersama perdana menteri pada bulan sama, tambahnya lagi.
Sepanjang program itu, mereka juga akan mendapatkan maklum balas daripada bawah untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang tarikh sebenarnya pada Mac ini belum ditentukan.
'Kita lihat penerimaannya nanti'
Aktivis dan kumpulan mahasiswa yang dianggap antikerajaan sebelum ini banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Ditanya sama program yang dinamakan “Aman Kampus” itu bertujuan membalas kelantangan kumpulan mahasiswa yang dilihat antikerajaan, Mohd Shahar berkata kumpulan itu sebenarnya tidak kuat.
“Mereka hanya monoriti kecil. Cumanya mereka pandai menggunakan media. Itu saja,” katanya yang turut menafikan mempunyai agenda politik pemerintah menjelang pilihan raya.
Malah, katanya lagi, kumpulan lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) (atas) bukan pertubuhan berdaftar seperti pihaknya.
“Mereka ini tidak berdaftar, haram. Saya pun tak faham apa yang orang suka sangat. Kami berdaftar. Bila kita masuk universiti nanti, kita lihat penerimaan (mereka pada siapa),” katanya.
Gerakan Aman Kampus yang diterajui ASPIRASi dianggotai 19 NGO, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kelab Graduan 1Malaysia, Kelab Che Det dan Majlis Gabungan NGO Malaysia.-Malaysiakini

P/S – Cabaran besar Gerakan Aman Kampus yang diterajui ASPIRASI bukan setakat mengubah persepsi masyarakat terhadap mahasiswa yang dianggap suka berdemonstrasi dan huru-hara di kampus. Malah, lebih besar dari itu mereka perlulah menjuarai isu-isu semasa dengan berani mengketengahkan idea-idea kritis yang boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.
Ingat, golongan aktivis pelajar yang cemerlang bukanlah hanya mewakili sesuatu kelompok tertentu, malah mereka perlu berusaha mewakili semua pelajar tanpa mengira kaum atau keturunan.
Kalau ini boleh dilakukan, penulis percaya masa depan pelajar-pelajar kita akan lebih cemerlang selain dapat membuka mata seluruh dunia bahawa negara kita bukan setakat mempunyai pelajar yang disegani dari segi akademik malah, lebih dari itu kita berupaya melahirkan bakal pemimpin-pemimpin besar bertaraf dunia.
2 comments:
Ribuan T Kasih atas segala daya usaha anda meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap penuntut IPT/IPTS
Anon 10.17,
Terima kasih di atas sokongan anda. Yang terbaik itu hanyalah daripada Allah SWT dan yang lemah itu pula adalah daripada diri saya sendiri.
Kata-kata anda tadi sedikit sebanyak telah membakar semangat saya untuk terus menulis untuk kebaikan semua...
Post a Comment