Thursday, September 15, 2011

DS NAJIB, BERILAH JUGA INSENTIF KEPADA PEKERJA SWASTA…


Salam semua ®…
Penulis menyanjung tinggi saranan PM kita, DS Najib  baru-baru ini agar sektor swasta membayar gaji mengikut bakat dan kemahiran pekerja berdasarkan standard antarabangsa.
DS Najib seterusnya berkata meskipun golongan professional Malaysia bagus, daripada segi gaji, pada skala antarabangsa, mereka tidak dibayar sebaik rakan mereka di negara lain.
Pada pendapat penulis, kerajaan juga perlu memberi perhatian yang sama kepada kumpulan eksekutif dan separuh professional yang berkerja di sektor swasta. Kalaulah diperhatikan, berbanding dengan golongan peniaga-peniaga, penulis dapati tidak banyak insentif  yang difokuskan oleh kerajaan kepada golongan ini. Padahal, mereka inilah yang merupakan tunjang kepada kemajuan sesuatu organisasi. Tanpa sokongan daripada golongan ini, sektor swasta di Malaysia tidaklah  dapat berkembang sepertimana yang kita lihat sekarang.
Penulis juga tidak menafikan peranan majikan yang telah banyak membantu mereka meningkatkan pendapatan  berdasarkan  penilaian indeks prestasi kerja tahunan yang merangkumi peningkatan produktiviti,  bakat serta kemahiran individu.
Berbanding gaji, kuantum bonus tahunan yang diberikan oleh majikan berdasarkan indeks prestasi kerja merupakan  rangsangan bagi meningkatkan produktiviti. Sewajarnyalah juga kerajaan menghargai dan memberi pengiktirafan yang sama kepada golongan-golongan ini dengan mengecualikannya daripada dikenakan cukai pendapatan tahunan. Untuk itu, Penulis cadangkan melalui bajet yang akan dibentangkan dan bermula dari tahun ini, kerajaan perlu memansuhkan cukai kena bayar ke atas semua imbuhan bonus tahunan pekerja.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya setuju dengan penulis. Duit bonus pekerja swasta sebenarnya diberi oleh Majikan kepada pekerja2nya semata-mata sebagai imbuhan di atas prestasi kerja. Jadi, memang tak patutlah kerajaan mengambil dalam bentuk cukai. Pemansuhan cukai ke atas bonus pekerja sedikit sebanyak akan menaikkan semangat pekerja supaya bekerja dengan lebih gigih lagi di masa2 akan datang.

Anonymous said...

Saya pun setuju. macam kes saya dahlah potongan cukai bulanan (PCB) ke atas gaji dibuat. Masa dapat bonus tahunanpun dipotong cukai lagi.

Kita bukannya mintak kerajaan bayar incentives duit poket kepada kita. Kita cuma minta kerajaan jangan ambil sebahagian daripada duit bonus yang kita dapat.

Contohnya katakan gaji saya RM4500 sebulan. Bonus tahunan selepas dikira prestasi kerja katakan 3 bulan:

maknanya RM4500 x 3 = RM13,500

Cukai yang kerajaan ambil untuk bulan dibayar bonus :

Gaji - RM 4,500
Bonus RM13,500
Jumlah RM18,000
Cukai yang dikenakan RM18,000 X 12
= RM2,160.00 (Banyak tu!!!!!)
Purata sebulan = RM180.00 (Banyak tu!!!).

Kesianlah...sudahlah potongan gaji untuk cukai dibuat. Bonus kamipun kerajaan nak ambil.....?