Wednesday, February 23, 2011

USTAZ IDRIS AHMAD : UMNO JANGAN TUNJUK HERO BELA MELAYU


Salam semua…
PAS meminta Umno supaya tidak berlagak menunjuk hero sebagai pembela Melayu kerana realitinya Umno adalah pengkhianat Melayu.
“Umno cuba menunjukkan mereka juara Melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya permintaan Datuk Fatimi Saleh, Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang Melayu sebelum PAS hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.
Hakikatnya, kata beliau Umno yang perlu meminta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang Melayu.
PAS, katanya mencabar Umno supaya menjawab beberapa persoalan, antaranya angkara siapa sehingga tanah rezab Melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar.
“Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand?
“Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?” soalnya.
Beliau bertanya lagi, siapa yang mengkhianati tulisan jawi, membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar Melayu ketika memperkenalkan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.
Beliau turut mempersoalkan ke mana wang RM52 bilion untuk saham orang Melayu yang lesap sedangkan ianya boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi.
“Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binatang?” soalnya lagi.
Menurutnya, terlalu banyak jenayah Umno kepada orang Melayu, Islam, tanah dan Raja-raja Melayu kalau hendak dilakarkan, cukup sebagai bukti Umno yang berdosa dengan orang Melayu.
Tambahnya, Umno tidak perlu menuding jari kepada PAS kerana hak Melayu tergadai.
Katanya, selagi Umno mendakwa PAS yang mengkhianati orang Melayu, maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada Melayu di negara ini.
PAS, ujarnya akan mendedahkan kepada orang Melayu mengenai pengkhianatan Umno selama ini.
Beliau menambah, perjuangan Umno untuk membela Melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpinnya sedangkan orang Melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain.
“Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan PAS mengkhianat bangsa.
Jelasnya, PAS mengkritik Umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya Melayu dan Islam merempat di bumi sendiri.
“Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan Umno, ulamak diburu seperti
penjenayah.  Sedangkan PAS memperjuangkan Islam, maka Islam, Melayu dan bukan Melayu turut selamat.
P/S – Ustaz Idris, sudah-sudahlah tu. Sejak Nik Aziz menolak ketuanan Melayu, ramai orang  Melayu yang sakit hati kepada PAS terutamanya kepada Nik Aziz.. Kalau Nik Aziz dan PAS sanggup tolak orang Melayu, maknanya tidak ada orang lain yang sanggup berjuang untuk orang Melayu melainkan UMNO. UMNOlah heronya. Jadi, kenapa Ustaz Idris persoal ini semua?

5 comments:

Pak Rojam said...

Alahai usstart deris, bila dah jadi ketua penerangan tu bawaklah cerita yang baguih2. Setakat bagi ceramah yang disaksikan oleh puluhan orang je tu kau tak sehebat mana pun.Pak Rojam

Anonymous said...

KALAU UMNO TAK TUNJUK HERO , SAPA LAGI NAK TUNJUK HERO ORANG MELAYU NAK HARAP HAMPA ,SUDAH LAH JANGAN NAK PUSING CERITA TAUT LANGKAH PUN ORANG DAH TAHU ,SEMBANG SAJA DERAS HABUK PUN TAK DAK , INGAT KOT BILA UNDI HAMPA PADA PRU12 OK LAH TAPI APA PUN TADAK ASHIK DOK SALAH UMNO UMNO UMNO TU SAJA YANG HAMPA TAU APA PUN TAK BUAT UNTUK BANGSA DAN NEGARA ASHIK CERAMAH CERAMAH SAJA DALAM CERAMAH KERAJAAN ZALIM UMNO RASUAH NAK TENGOK KAWASAN TAK DAK LANGSUNG ,TAK DAK MODAL LAIN KE?BILA CERITA SAJA UMNO RASUAH HARAP PRU13 UMNO AKAN KEMBALI MEMERENTAH KEDAH PADAM MUKA HAMPA DOK LAH SALAH ORANG SAMPAI HARI KIAMAT.

Anonymous said...

tak nampak pun jasa PARTI PAS dan USTAZ IDRIS dlm memperjuangkan bangsa melayu dan bumiputra. Orang PAS cakap aja lebih.

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Nie apa yang Idris Ahmad mengarut nie....pegi settlekan dulu kes akhlak ustaz2 pas...baru cerita soal lain...satu lagi ids\ris Ahmad tak layak digelar Ustaz, sebab dah sesat...orang Pas semua dah sesat sebab amalkan Islam secara suku2. Tak percaya contohnya, dulu perjuanagkan Negara Islam, lepas tu tukar kepada Negara Kebajikan...nak tanya, Islam itu bukan sempurna darim segala aspek ker...adakah Islam yang diperjuangkan dulu2, tak berkebajikan sehingga terpaksa tukar menifesto. Sedangkan Allah dah declare yang Islam itu sudah sempurna...Nie nak minta orang2 Pas renung2kan. Patut ler sekarang Nik Aziz diajar pula oelh Zulkifli Nordin untuk rujuk surah A'basa.

Untuk Idris Ahmad, baik mengaku dan talak isteri untuk keluar dari PAs, seperti mana bai'ah Pas yang dikejutkan oleh Khalid Samad. Taubatlah...Allahu Akbar...Wallahu A'lam

sasha2020 said...

Aku tengok dia ni guna alasan yg dah basi...nak muntah aku dibuatnya...

Tapi kalau ketua penerangan punya hujah macam ni, rasanya sebab tu PAS jadi amah dlm Pakatan rakyat. DAP jadi ketua, PKR jadi orang tengah..Tak boleh pakai...

hampeh!!!

Kepada semua penyokong dan ahli PAS, marilah kita bangkit untuk menumbangkan semua pemimpin PAS yg tak boleh pakai lagi termasuk yg sorang ni...

Ini penting...sebab kalau tidak PAS akan hancur..Percayalah!!! Akan dhancurkan oleh Allah sebab menolak perpaduan sesama islam antara UMNo dan PAS, tapi menerima DAP Komunis sebagai kawan untuk bentuk negara islam kononya..dia ingat rakyat atau org melayu bodoh ke...!!