Saturday, February 19, 2011

NIK AZIZ DICABAR KEMUKA BUKTI PERKENALKAN ISLAM KEPADA DAP



Salam semua…
Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.
Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.
Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.
Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.
"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.
Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.
Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.
Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.
"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.-Utusan, 19/02/2011.

1 comment:

sgray said...

PAS masih bermimpi DAN akau terus dibuai mimpi disiang hari kalau terus percaya dengan ISLE Nicky Azazil yang kononnya ingin PERKENALKAN ISLAM KEPADA DAP.

Rasulullah tidak mengembangkan ISLAM dengan menghina dan mengutuk umat Islam..spt yang dilakukan Nicky.Memperlihatkan watak dan tokoh yang berlawanan dari yang dituntut...sama je cam ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Yang jelas yang
hasrat yang mulia dengan niat yang salah akhirnya menjebak mereka.

Allah maha mengetahui nawaitu setiap hambanya..takyah lah bermuka2[mu mungkin tahu apa yang mu lakukan tapi yang membontotmu tu faham ke]...

DiMalaysia nie masih ramai lagi umat Islam yang dapat membezakan antara Islam dengan ISLE.[Alhamdulillah]