Saturday, February 26, 2011

BETUL KE DS NAJIB KATA DR YUSOF QARDAWI PENJENAYAH? ATAUPUN PAS SENGAJA BUAT FITNAH…

Salam semua…
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi  sebagai pengganas.
Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.
"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.
Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.
Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.
Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.
Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi.
Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.
"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.
"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya. -Harakahdaily    
P/S – Tunggu komen DS Najib….

2 comments:

Anonymous said...

Harakah dan media seangkatan dgn nya memetik dari third party iaitu laman web national review. Mrk tidak mendapatkan petikan interview yg sebenar.

Kalau diperhatikan dari artikel national review itu, kenyataan sebenar najib (yg bertanda "") di campur dgn ayat penulis itu sendiri. Tidak ada kenyataan najib (yg di quote) bercakap mengenai yusof qardawi.

Saya menjangkakan artikel itu berniat jahat dan mungkin sengaja membuat propaganda. Mungkinkah penulis itu org suruhan Anwar ?

Anonymous said...

Saya turunkan tulisan seth mandel dalan nationl review yg menjadi rujukan harakah dan laman web lain berkaitan isu ini:

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar. It is exactly that type of Muslim eader that has led the Middle East astray according to Najib. “We have lost a lot of ground to the extremists in the Middle East.” ground to the extremists in the Middle East.

Perhatikan ayat yg bertanda "" yg merupakan ayat najib dan ayat-ayat lain dari penulis (yg tak bertanda ""). Perhatikan perbezaannya.