Salam semua…
Ironinya dari dahulu lagi memang betul perjuangan parti DAP yang diketuai oleh LKS anak beranak adalah parti rasis yang cenderong kepada perjuangan untuk orang2 Cina sahaja tanpa memperdulikan perjuangan bagi keadilan sejagat.
Walaupun ada beberapa kerat ahlinya dari kalangan kaum India, tetapi hakikatnya selama ini orang ramai melihat DAP itu Cina dan Cina itu DAP.
Berbanding dengan BN, banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh DAP hanya tertumpu dan memberi banyak faedah kepada kaum2 Cina sahaja.
Kepentingan orang Melayu setempat selalunya dipandang sinis malah langsung dipinggirkan sama sekali lebih2 lagilah jika YB DAP yang berkhidmat di satu2 kawasan yang dimenangi oleh mereka dalam satu2 pilihan raya.
Sebagai contoh isu sumbangan derma kepada orang2 tua islam serta majlis berbuka puasa bersama pemimpin2 DAP dengan ahli khariah masjid.
Pernahkah kita lihat sebelum ini pemimpin2 DAP terhegeh2 melakukan perkara yang sama 5 tahun atau 10 tahun dahulu?
Kenapa hanya sekarang dan tidak dahulu?
Jawapannya adalah berbanding BN, perjuangan DAP untuk keadilan sejagat selama ini dilihat semacam sengaja dibuat2 atau tidak ikhlas, jadi perlakuan yang disebutkan tadi nampaknya terlalu janggal untuk diterima oleh orang2 Melayu Islam sekarang ini.
Setelah sekian lama orang2 Cina DAP tinggal bersama2 dengan orang2 Melayu Islam di Malaysia, berbanding dengan kaum2 Cina dan India dari komponen BN, kenapa pemimpin2 Cina DAP masih lagi meraba2 untuk mempelajari dan memahami perkara2 yang sensitif bagi orang2 Melayu Islam misalnya isu memasuki ruang solat masjid dalam keadaan yang tidak sempurna, memberi derma hasil dari judi kuda pada orang2 tua Islam, menjadi penganjur kepada tilawah dan hafazan Al-quran dan lain2 lagi.
Jawapan yang paling tepat ialah golongan Cina DAP yang diketuai oleh LKS ini dari dulu lagi adalah rasis kerana dengan sengaja menjauhi kelompok2 orang2 Melayu Islam di Malaysia.
Malah pemimpin2 Cina DAP ini dari dulu lagi telah menanam perasaan benci, iri hati serta burok sangka mereka di dalam hati orang2 Cina Malaysia pada orang2 Melayu Islam.
Perkara berkenaan bertambah parah bila ada sebilangan besar orang2 Cina Malaysia telah memilih untuk menjauhi orang2 Melayu Islam dan amat rasis dalam tindakan mereka pada orang2 Melayu Islam.
Kemunculan badut bernama Namewee adalah salah satu contoh 'patern' keluaran DAP di mana tindakan rasis beliau sengaja dibuat2 bagi menyakiti hati orang2 Melayu Islam, malah tindakannya tidak mendapat bantahan secara langsung dari DAP. Adakah benar DAP tidak dianggap rasis dalam isu ini?
Oleh yang demikian kenyataan satu ketika dahulu dari LKS bahawa Tun Dr Mahathir sebagai rasis nombor 1 dalam negara ini adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali kerana semua orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir telah banyak berjasa kepada semua orang Malaysia.
Jasanya bukan sahaja diiktiraf oleh semua orang Malaysia malah oleh semua pemimpin dunia!!!
Berbanding Tun Dr Mahathir, siapa lah LKS di mata dunia? saya rasa orang yang paling mengiktiraf jasanya hanyalah LKY dari Singapura. Sebab itulah LKY selama ini memandang sinis tentang keupayaan dan ketokohan Tun Dr Mahathir.
Kerana Tun Dr Mahathirlah orang2 Melayu , Cina dan India di Malaysia hidup aman damai serta senang-lenang. Ini adalah fakta, kalau tidak percaya tanyalah pada LKS dan LKY sendiri.
Sebaliknya saya teramat setuju jika kenyataan di atas ditujukan semula kepada LKS kerana beliau serta sekutu2nya menjadi penyebab kenapa orang2 Cina di Malaysia telah disemai dengan perasaan tidak senang hati dan berburuk sangka pada orang2 Melayu Islam.
Berbanding dengan saudara Lee Lam Thye yang telah banyak berjasa pada negara Malaysia (satu ketika dahulu beliau adalah orang kanan DAP), LKS yang semua orang tahu, tidak ada langsung jasanya yang boleh kita banggakan samada di dalam mahupun di luar negara.
Apa yang lawaknya, beliau hanya akan dikenang di dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin politik yang rasis yang mementingkan kepentingan kaum orang2 Cina sahaja.
Negara Malaysia akan hancur dan menjadi kucar-kacir jika orang ramai memberi peluang dan sokongan padanya untuk memerintah Malaysia.
Oleh yang demikian, janganlah kita perjudikan keamanan dan kemakmuran yang kita sedang dan telah kecapi sejak sekian lama dengan pemimpin seperti LKS yang teramat nyata rasisnya dari hujung sehinggalah kepangkalnya.
1 comment:
Hi Bro...
Memang DAP tu Rasis..kata orang, dia yang lebih. Memang patut semua orang Malaysia jangan layan mereka..
Sebelum pilihanraya umum ke 12, DAP tak kuat..yang bagi mereka kuat adalah PAS dan PKR...
Kalau tidak, mereka tidak kemana-mana pun...
Post a Comment