Wednesday, April 13, 2011

“Saya ‘gentleman’... kalau Anwar banyak yang tak puas hati dengan rakaman itu, saya cabar beliau bersemuka dengan saya dan Datuk Eskay, Datuk Shuib. Polis siasat, biarlah polis siasat... apabila bersemuka, kita boleh cari kebenaran.”- Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.


Salam semua..
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersemuka dengan beliau berikutan penafian berterusannya berhubung klip video rakaman seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.
Dalam pertemuan itu, kata Abdul Rahim berkata, Anwar boleh meluahkan segala yang terbuku dalam hatinya berhubung pendedahan berkenaan kepada beliau dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim. “Saya ‘gentleman’... kalau Anwar banyak yang tak puas hati dengan rakaman itu, saya cabar beliau bersemuka dengan saya dan Datuk Eskay, Datuk Shuib. Polis siasat, biarlah polis siasat... apabila bersemuka, kita boleh cari kebenaran. “Tak payahlah dia jaja cerita ke sana ke sini, (tuduh) kami bertiga diperalatkan oleh kerajaan untuk membunuh personaliti atau kerjaya politik dia,” katanya selepas menutup Kursus Pratanam Semula Getah anjuran RISDA Limbang di Dewan Masyarakat KEMAS, di sini.
Kelmarin, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, identiti sebenar pemilik jam tangan jenama Omega, didakwa milik Anwar yang diserahkan Shazryl Eskay kepada polis akan diketahui dalam tempoh terdekat daripada pengedar jam tangan berkenaan.
Di KUALA LUMPUR, Shazryl Eskay menganggap Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini dalam keadaan tertekan kerana perlu membuktikan kepada umum bahawa mereka menyimpan jam tangan Omega milik ketua pembangkang itu.
Sehubungan itu, Shazryl Eskay yang juga bekas Konsul Kehormat Thailand di Langkawi menyerahkan kepada orang ramai untuk mencabar Anwar dan Dr Wan Azizah bagi membuktikan dakwaan mereka.
“Beban kini ditanggung Kak Wan (Dr Wan Azizah) dan Anwar untuk membuktikan mereka menyimpan jam itu. Biar rakyat cabar mereka untuk membuktikan kebenarannya,” katanya kepada wartawan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim mencabar Anwar menunjukkan jam tangan Omega sebenar yang dimilikinya kepada umum bagi membuktikan beliau menyimpan jam berkenaan dan bukannya dalam simpanan polis. – Berita Harian
P/S – Penulis hairan kenapa sehingga kini Anuar tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan media menidakkan keterangan fakta yang mendakwa jam Omega beliau kini berada di tangan Polis. Kalau beliau di pihak yang benar, beliau sepatutnya cepat-cepat menyangkal tuduhan dengan mengatakan bahawa jam Omega yang berada di dalam simpanan polis itu sebenarnya palsu.
Kita ikuti episod menarik seterusnya….



2 comments:

Sokong Salam Semua said...

Isu video lucah itu juga nampaknya lebih diberi perhatian NGO-NGO Melayu dan ahli akademik Melayu pro-Umno seperti Prof Kamarudin Kachar dan Prof Ramlah Adam berbanding isu-isu lain yang menyentuh survival dan kepentingan orang Melayu yang lebih mendesak.

Mereka tidak langsung prihatin dengan pengakuan Perdana Menteri bahawa RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera hilang di Bursa Malaysia dan hanya berbaki RM2 bilion sahaja; tetapi amat prihatin dengan video lucah berimej kabur yang kononnya membabitkan Anwar.

Kaya sangatkah Melayu dan tinggi menjulangkah kedudukan ekonomi mereka hinggakan lesapnya RM52 bilion (RM52 ribu juta) saham Melayu di Bursa Malaysia langsung tidak dipedulikan; sedangkan
hanya RM1 bilion diperuntukkan sebagai modal permulaan oleh kerajaan BN melalui Unit Peneraju Agenda BUmiputera (Teraju) bagi membolehkan syarikat Bumiputera berskala besar disenaraikan dalam pasaran saham!

Sejak bila pula persoalan akhlak pemimpin menjadi perhatian utama Umno dan para penyokongnya sedangkan parti itu sendiri dipenuhi kebejatan akhlak dan moral para pemimpinnya sejak sekian lama?

Sd Johari mempertikaikan sikap PAS yang kononnya masih mahu bersama Anwar sedangkan mengetahui 'cerita sebenar' tentang Ketua Pembangkang itu. Soalnya, apakah pertuduhan yang dikaitkan dengan Anwar itu disertakan dengan bukti 'prima facie' dan 'melangkaui keraguan yang munasabah'?

Adakah Sd Johari dan individu yang bersekongkol dengannya mengetahui tentang beratnya dosa menuduh seseorang itu berzina sedangkan gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil?

Jenayah qazaf yang dilakukan Sd Johari, Umno, NGO-NGO tunggangan Umno, Utusan Malaysia, Kosmo!, TV3 dan lain-lainnya sebenarnya sama berat dengan dosa berzina. Dan adakah mereka yang terbabit dengan 'pesta qazaf' itu bersedia untuk menghadapi hukuman Allah SWT di akhirat kelak?

Jika bukti yang dihadapkan untuk mensabitkan Anwar dengan kegiatan tidak bermoral sudah memadai dan boleh diambil kira, puluhan kes berkaitan moral membabitkan pemimpin Umno juga boleh meyakinkan pemimpin PAS dan dijadikan modal politik. Tapi itu bukanlah budaya PAS yang gagal difahami Umno.

PAS menyedari peri pentingnya seseorang muslim memahami tentang keperluan syariat diturunkan (maqasid syariah) iaitu untuk menjaga agama (akidah), nyawa, maruah, zuriat dan harta manusia. Kepentingan menjaga lima perkara itulah menyebabkan pembuktian terhadap perkara-perkara berhubung jenayah syariah begitu dititikberatkan Islam.

Tuduhan melakukan zina adalah sesuatu yang berat di sisi syariat kerana ia membabitkan soal maruah dan zuriat manusia. Malah menurut pandangan ulama, menyembunyikan perbuatan maksiat dan bertaubat kepada Allah lebih utama daripada mengakuinya di hadapan hakim bagi dikenakan hukuman hudud.

Anwar bukanlah individu yang terkenal dengan perbuatan dan amalan maksiat berbanding sebahagian pemimpin Umno.

Seperti bidasan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika menjawab isu 'kaki botol' membabitkan bekas calon KeADILan PRK Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim: "Semua Perdana Menteri minum arak kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi."

Sehubungan itu Mustafa menasihati Umno supaya tidak memainkan isu-isu menyerang peribadi lawan kerana mereka (pemimpin Umno) juga terdedah dengan pelbagai kelemahan masa kini dan masa silam!ng

pacat said...

episode semakin mendebarkan! Pak Polisi lak lambat tul nak sahkan pemilik jam tu!!! nanti terlepas pula macam kes suami bunuh isteri dan dilepaskan semalam!