Salam semua…
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada kedudukan terbaik dan jalan singkat yang sebenarnya dalam merealisasikan ‘hajat’ beliau menjadi Perdana Menteri dan menawan Putrajaya.
Menurut beliau, jalan berkenaan adalah dengan memberikan DNAnya berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu bagi mencari kebenaran dan keadilan untuk kedua-dua pihak.
“Anwar menyatakan perkara itu dirancang, tetapi oleh siapa kita pun tidak tahu. Keduanya, kalau Anwar dakwa yang DNA ‘lelaki Y’ bukan dia, senang sahaja jawapannya... berilah.
“Sebenarnya, ini peluang terbaik Anwar membuktikan kesuciannya, jadi beri sahaja DNA, apa yang masalah besar sangat. Ini soal mahu menentukan bersalah atau tidak,” katanya kepada UMNO-Online hari ini.
Zulkifli seterusnya berpendapat, kalau terbukti yang DNA Anwar tidak sama dengan DNA lelaki Y, ia boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN).
“Itu terjadi kerana orang akan hilang kepercayaan kepada kerajaan. Lagipun bukankah Anwar bercita-cita besar untuk jadi Perdana Menteri. Ini peluang terbaik beliau, kalau beliau betul, persoalannya, kenapa tidak berani.
“Sikap Anwar ini menimbulkan satu persepsi yang tidak baik menyebabkan rakyat memandang negatif terhadap beliau,” katanya.
P/S – Masalahnya sekarang ini, beliau sudah tahu DNA nya mesti sama dengan lelaki “Y”. Apa yang penting beliau perlu berani tampil kehadapan bertaubat dan memohon maaf kepada Saiful serta semua rakyat Malaysia di atas pembohongannya beliau selama ini.
3 comments:
kes liwat ni sebenarnya tidak kena mengena dengan kerajaan BN.. ianya adalah antara pengadu @ mangsa dengan Annuarjubuurrri...
kerajaan BN bagi keadilan kepada dua belah pihak mangsa dan tertuduh...
cuma, biasalah bila kes melibatkan mereka yg berprofil tinggi ianya mendapat liputan yang meluas.. apatah lagi dengan aljuburrri ni senantiasa dengan perkataan keramatnya fitnah dan konspirasi..
dia menonjolkan dirinya sebagai seorang yang serbatau dan sebaboleh.. apa untungnya kerajaan BN sekiranya annuarjuburrri ni kena penjara???.. rakyat tetap bersama kerajaan BN yg terbukti berjaya memberi kemakmuran dan kesejateraan selama ini... hidup dlm suasana harmoni.. kemewahan hidup di negara ini jauh bezanya dengan negara2 asian yang laen...
jadi tak ada sebab kerajaan BN nak menzalimi aljuburrri ni.. takde maknanya......
kalau terbukti bahawa anwar bukan lelaki itu bukankah UMNO berada di landasan terbaik untk terus mengukuhkan kekuasaanya..semua sama jer...dunia2
kita sama2 tunggu pendedahan berani tentang lagi 2 DNA juga mungkin sumpah terbaru tentang 10 DNA.
Post a Comment