Monday, March 07, 2011

KOMEN SELEPAS PILIHAN RAYA YANG PALING ANDA BENCI UNTUK DENGAR..


Salam semua…
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno dan BN bahawa tindakan mereka membelakangkan demokrasi akan menjadi “bom jangka” yang boleh meletup bila-bila masa.
“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah... jangan berbuat sesuka hati,” kata Nik Aziz (gambar) mengulas keputusan dua pilihan raya kecil serentak DUN Kerdau dan Merlimau di sini hari ini.
Dipetik Harakahdaily hari ini, kata Menteri Besar Kelantan, pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.
Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala jentera kerajaan negeri dan persekutuan.
Sehubungan itu kata beliau, jika bekas presiden Mesir Hosni Mubarak, pemimpin yang berkuasa besar, akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia yang turut boleh menyaksikan nasib yang sama.
Dalam reaksi segera malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan besar BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau adalah sangat signifikan.
Najib yang juga Pengerusi BN dalam mengucapkan terima kasih kepada para pengundi kerana menyokong BN, berkata kerajaan BN yang melakukan yang terbaik untuk mereka.
BN mengekalkan kerusi DUN Merlimau apabila calonnya Roslan Ahmad menewaskan calon PAS Yuhaizat Abdullah dengan majoriti 3,643 undi. Roslan memperoleh 5,962 undi berbanding Yuhaizad, 2,319 undi.
Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad menewaskan calon PAS Hasanuddin Salim dengan majoriti 2,724 undi. Syed Ibrahim memperoleh 5,060 undi sementara  Hasanuddin 2,336 undi.
Termasuk kerusi DUN Merlimau dan Kerdau, PAS sudah tewas dalam empat pilihan raya kecil sejak November lalu.
Nik Aziz berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya “dia mahu kerasi” sehingga pilihan raya sebenar sudah tidak wujud di negara ini.
Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.
“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi pendendam akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari,” katanya.
Nik Aziz menambah, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihan raya.
Walaupun akur dengan keputusan pilihan raya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.
“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.
“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihan raya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata, apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi.
Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ia dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja.
“Pembangunan akan muncul hanya bila ada pilihan raya, khususnya pilihan raya kecil,” ujar Nik Aziz.- The Malaysian Insider
P/S – Kalau PAS menang satu-satu pilihan raya, Nik Aziz akan kata Allah menyebelahi dan meredhai perjuangan PAS. Kalau PAS kalah pula, katanya kerajaan BN tidak demokrasi.
Kalau boleh, Nik Aziz nak menang semua pilihan raya dan mahukan BN kalah dalam semua pilihan raya.
Tetapi, kenapa keadaan ini tidak terjadi?  Sebenarnya, Nik Aziz masih tak mahu faham dan tak mahu menerima hakikat bahawa partinya, PAS ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. Ini fakta dan bukannya auta politik.
Tak usahlah memberi apa-apa  alasan lagi. Yang kalah tetap kalah. Yang kalah selalunya diwakili oleh pemimpin yang lemah. Yang menang tetap menang. Yang menang selalunya diwakili oleh pemimpin yang kuat dan bijak strateginya.
Malulah pada diri sendiri. Masakan yang lemah dikatakan kuat. Jangan bohongi rakyat kalau kehebatan parti tak sekuat mana.


6 comments:

Anonymous said...

demo kasi bagi n.ajis ialah bagi duit zakat pada orang asli time nak mengundi di galas dulu.podddaaah... chiiittt

nazir said...

nak muntah aku....

nazir said...

nak muntah aku baca baca psal org tua ni..

Anonymous said...

kenapa bl kalah bn tak demokrasi, demokrasi pada pas bl bn kalah je ke..pas menang kata Allah menyebelahi mereka, so bl BN menang mengaku sajalah yg Allah menyebelahi BN, itu pun susah sgt ke nak mengaku..

blogenstarz said...

ITU KOMEN MENGUGUT DAN MENGHASUT.....
Batu api sungguh dia ni....

Anonymous said...

Ada beberapa pemimpin yg tidak disukai rakyat iaitu :

1. Nik Aziz
2. Anwar Ibrahim
3. Azmin Ali
4. Lim Kit Siang
5. Lim Guan Eng
6. Karpal Singh

Selagi pemimpin2 tersebut masih ada dlm pakatan rakyat, mereka tetap akan kalah dlm PRU13 nanti.