Sunday, March 27, 2011

KES VIDEO SEKS : USTAZ ASRI, TAK PERLULAH KITA BUAT PERHIMPUNAN BESAR, BERILAH KEPERCAYAAN KEPADA POLIS UNTUK MENCARI KEBENARAN…





Salam semua…
Bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor.
"Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya.
"Kita menentang politik lucah dan politik selak kain," katanya.
Berikut itu, katanya, semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat.
"Ia adalah amalan jijik dan kotor. Sama ada dalam Umno, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; sama ada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang.
"Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain," tulisnya lagi.
Menurut Dr Mohd Asri, bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini, kerana ia akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif.
"Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan," katanya.
Media pula, tegasnya, hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik.
Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah, tambahnya, hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.
"Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif.
"Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita.
"Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri," tambahnya.
Oleh itu, katanya, rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti.
"Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran," tegasnya lagi.-Malaysiakini
P/S-Buang masa dan tenaga sahaja. Silap-silap haribulan boleh mengancam keamanan dan keselamatan harta awam. Penulis amat hairan, kenapa Ustaz Asri boleh terlintas untuk melontarkan  pandangan beliau sebegini teruk…bawa-bawalah bertenang. Suasana sekarang masih lagi terkawal. Kalau nak tau, yang dok buat kecoh tu la ni hanya di kem Anuar…habaq la dekat kita sat, kot-kot Ustaz teringin nak joint sama  dengan depa?.....


6 comments:

Anonymous said...

Bro..,

Semasa pemimpin2 UMNO teruk kena fitnah..spt.; Najib-Altantuya, BN-Rasuah, Rais-amah, Rosmah-gila kuasa, dsbnya, Dr. Asri ada buat nasihat2 macam ni jugak ker?

Anonymous said...

Kadang2 pemikiran dia ni pun teruk juga nampak sangat macam ornag tak cerdik dalam bahasa kasar b****

Anonymous said...

Ustat ni pun mangkuk jugak.
Bukan masalah politik selak ka apa...masalahnya sapa yang buat projek dengan jalang kena cantas la bro tat oiii.. Tok sah la dok bagi statement poyo. Cakap direct kan senang. Pemimpin kita ni bila cakap bersastera...kote sukat pakai ayam punya. Mangkuk betoll..

Anonymous said...

Ustaz Asri ajak rakyat beramai-ramai bantah pun salepas vidio Lucah lakonan Anwar didedah. Kenapa sabelum ini tak pernah Dr Asri ajak rakyat berbuat begitu?. Pendedahan dalam Mahkamah kes Anwar tutuh jubur Saiful lagi teruk....

HAIRANLAH KAWAN DATO' SRI SHAHIDAN NIIIIHHH...

Anonymous said...

Utk Ustaz...
yg dia orang dedahkan ni kemungkaran bkn untuk mengaibkan seseorang, kerana yg terlibat adalah orang yg diberi kepercayaan sebagai pemimpin rakyat.
kok yg memimpin bergelumang dosa, macamnana pulak yang dipimpin ???

Anonymous said...

Pendapat ustaz Asri ada juga kebaikan nya tetapi tu bukan sebab utamanya kenapa rakyat perlu tahu apa yang telah di lakukan anuwar. Sebanar nya apa yang berlaku adalah disebab kan oleh anuwar selalu mengaibkan org lain dengan fitnah yang tidak ada bukti. Kenapa Ustaz Asri tidak mengberi komen yang sama sebelum ini dangan apa yang telah dibuat oleh Pemimpin2 pembangkang. Amat memalukan kerana tidak adil mengunakan memberi pandangan yang sewajarnya.