Salam semua…
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, demonstrasi yang didalangi Umno bagi menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA membuktikan bahawa isu liwat mempunyai kepentingan politik.
Katanya, isu tersebut sengaja ditimbulkan pihak tertentu berdepan pilihan raya umum akan datang.
“Demonstrasi itu jelas bahawa kes ini adalah kes politik yang diwujudkan bukan satu hakikat sebenar, tetapi agenda politik berdepan pilihan raya umum akan datang,” katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini.
Beliau mengulas demonstrasi yang disertai 50 orang yang mendakwa mewakili 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya baru-baru ini.
Mereka mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA, bagi membantu kes liwat yang diadu bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, PKR akan menggerakkan kempen DNA iaitu 'Datuk Najib Altantuya' sebagai reaksi terhadap fitnah berterusan pemimpin dan media Umno BN dalam isu liwat membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum parti itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di parlimen hari ini.
“PKR akan menggerakkan kempen besar-besaran di bawah tema DNA iaitu Datuk Najib Altantuya’.
"Kita merancang untuk memulakan kempen itu mulai minggu hadapan," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kempen itu berbentuk pengedaran risalah dan ceramah penerangan di seluruh negara.
“Kita kini sedang menyediakan dokumen berkaitan,” katanya.
Selain Abdul Hadi dan Anwar, turut hadir dalam sidang media itu ialah Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang dan pimpinan tertinggi ketiga-tiga komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu.-Harakah
7 comments:
aku cadang bila juak2 fuckatan buat ceramah atau risalah tentang Altantuya yang melibatkan DS Najib. BN saman, UMNO saman diorang ni yang menyebar fitnah. Biar diorang tau.
Ni parti Islam apa ni? bukannya nak menegakkan kebenaran.
tak sangka hadi jd sampai mcm ini dlm politik, demi politik. agaknya inilah akibat suka mengkafirkan org 20 tahun dulu......
Kenapa kes nuar di libatkan dengan UMNO. Ini kes jenayah sex antara nuar dengan pembantu dia. Rakyat yang tak sabar untuk mengetahui keadaan sebenar. Sebab itu mereka berdemo. Apakah selama ini demo pembangkang adalah demo upahan termasuk YB bodoh mahfuz?
Haji Hadi adalah jurucakap upahan atau pak angguk. Hadi sendiri yakin bahawa nuar mempunyai tabie sex songsang. Kerana politik, Hadi juga sanggup membuat fitnah? Ulamak apa dia tu? Ulamak ke tu?
fuhh bangga nye depa ni....
ingatkan nak buat solat hajat ke nak hantar bantuan ke untuk negara yang sedang berdepan dengan musibah.....dan mohon agar Allah S.W.T merahmati dan melindungi bumi bertuah dan negara2 lain.....rupa2nya tengah dok sibuk kejar nikmat dunia....
caya lah depa ni....'tambah kan koleksi kemunafikan dan kesesatan yang nyata'.....
DNA tu DNA lahh....pekena mengena dengan yang lain...? kalimah Allah tak dipertahankan....sumpah laknat dipertikai....la ni 'bukti saintifik' lagi lah tak nak terima....agak nya cuma boleh sahkan 'kebenarannya' bile jumpa depa kot....ke jumpa tok nik untuk dapatkan 'tilikan'...?
gilerr bioll!
Ni la plan akhir pakatan.. peluang terbaik dia buat kacau dgn demo supaya malaysia jadi tegang dan kacau bilau.. dan nanti puak2 barat dah ready plan campurtangan kerana akan dikatakan politik malaysia perlu dibantu.. nuar2 baik punya plan.. kerajaan kena hati2 bertindak.. najib perlu lebih brilliant mcm mahathir nak hadapi anwar dan yahudi2nya...
Hadi awang dah sesat...
Mana ulamak PAS yg lain , memang sahlah mereka ni ulamak dunia...
Mereka sanggup buat apa , asalkan matlamat mereka tercapai.
Ustaz Harun Din !! tolonglah ubati mereka mereka ini...saya rasa mereka ni dah terkena buatan org...
Sungguh rendah tahap pemikiran mereka sehinggakan memalukan golongan ulamak...
Post a Comment