Saturday, December 25, 2010

TUAN GURU NIK AZIZ PUN NAK KELENTONG JUGA?




Salam semua…

Belumpun habis kelentong Ustaz Idris dengan janji manis 100 harinya. Tup-tup hari ini mengikut lapuran berita dari Bernama  memetik jawapan dari ketua mereka, Tuan Guru Nik Aziz , katanya “ kita akan laksanakan bila pakatan memerintah negara…tunggulah dulu jangan nak jadi gangster…”

Fuhh dahsyat betul  dan memang ‘power’ bunyinya. Siap gertak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan kata-kata “tunggulah dulu… jangan nak jadi gangster” .
Penulis nak tanya orang-orang PAS, siapa yang gangster sebenarnya. Apakah orang yang setaraf  Menteri Besar  boleh berkata begitu kepada Timbalan Perdana Menteri?

Hebat..hebat betul Nik Aziz ni. Mana perginya tata susila beliau selaku pembesar negeri? Dek kerana gangguan emosi tahap melampau, sanggup beliau menukar protokol pertuturan beliau ke arah pertuturan mat-mat rempit?
Penulis rasa memanglah tidak masuk akal langsung alasan beliau itu. Kita lihat saja negeri-negeri di bawah PR seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Adakah logik mereka hendak  tangguhkan dulu perlaksanaan resolusi di negeri-negeri jajahan mereka sehingga pakatan pembangkang menerajui Putrajaya?
Nampak sangat mereka tidak ikhlas untuk membela rakyat yang telah banyak berjasa dan yang telah memberi kepercayaan kepada mereka sehinggalah mereka berjaya menguasai pemerintahan di empat-empat negeri di PRU 12 yang lalu.
Patutlah negeri Kelantan susah dan di antara yang miskin di Malaysia kerana pemimpinnya telah mengambil pendekatan menangguh perlaksanaan pembangunan di negeri mereka. Sebabnya mereka sekarang ini tengah syok bermimpi kalau-kalau dapat takluk Putrajaya. Barulah rakyat Kelantan dan juga negeri-negeri di bawah naungan PR senang.
Tunggu punya tunggu, sedar tak sedar sudah 20 tahun dah kerajaan PAS perintah Kelantan. Nasib rakyat Kelantan sebenarnya macam kata-kata orang Pulau Pinang ‘pi mai pi mai dok tang tu jugak…’

Sikap tamak haloba mereka ini tidak habis di situ, malah apa yang menyedihkan, mereka gagal mengawal emosi dan amarah mereka sehingga sanggup menuduh pihak pemerintah pula sebagai ‘gangster’. Orang yang berkata itu pula bukanlah calang-calang orang, rupanya Mursyidul Am Pas…rosak…rosak.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya….

8 comments:

Anonymous said...

Salam bro..

Apa kerajaan gangster? biar betul Nik aziz nih...

Makin lama makin merapulah orang tua ni.

Bersara sajalah, rehat banyak2 ianya lebih afdzal...

usin said...

jangan salahkan nik aziz ni. dia tak sedarpun apa yg dia kata. entah2 dia lupa dia mb kelantan. maklumlah, dah nyanyuk. kalau dia rasa dia mat rempit, dia cakap stail mat rempit la. jangan esok lusa dia merempit sudah, hancus big bos paspispus.

belalang said...

Dikatakan oleh sebahagian dari sekumpulan org bila mana org kalau hari tuannya NYANYUK atau ada sifat KENYANYUKAN kerana banyak dari jumlah pertuturannya yg terkumpul suka berkata kesat, sia2, fitnah, menipu dan seangkatan dgnnya.

Dikurnia panjang umur bukan juga semata2 kerana rezeki bahkan mungkin sedang diazabkan. sama seperti ditimpa musibah nyanyuk tanpa sedar.

Aljuburi dan Nicky ciss ni sebenarnya nak apa? mcm mana biawak dgn dubuk ni boleh jln seiringan.. pasal perjuangan? ideologi? ko org jgn naka merepeklah.. lecehhhh

Anonymous said...

Nik Ajis...umur dh senja,bagi la orang muda plak,lg byk kita bercakap lg byk kita wat dosa...apa tah lg ckp fitnah dan merapu2,kamu jg akan ditanya nnti ttg kepimpinan kamu di kelantan di akhirat nnti...so lbih baik la Nik Ajis dok je wirid/ibadat byk2 drp mengata org x tentu arah...ingat Nik Ajis kebal dri dosa ke? tggu la msuk liang lahad nnti bru tau

Anonymous said...

nasihat saya pada para pemberita janganlah dok pergi interview Nik Aziz ini lagi.

Kesianlah dekat dia ..lagi banyak cakap lagi banyak buat salah dan entah apa-apa.

Ahli2 keluargapun banyak2lah nasihat beliau supaya berundur cara terhormat.

Nik Aziz tu dah tak larat dah...

Anonymous said...

Tak perlu layan orang yang udah nyanyuk.boikotkan saja apa apa cakapnya.

Anonymous said...

Dulu dok kata kat Tun Mahatir tua naynyuk .Cepat2 le letak jawatan PM. dan skrg niii, Najis dah tua lebih dari Tun Mahatir, tunggu apa lagi.... tunggu rabun mata, tunggu reput tulang, tunggu otak biul dan tunggi hati retak.....

Istighfarlar laaa banyak2 nik ajis weiiiii

Salam semua (R)... said...

Terima kasih di atas komen anda semua..