Penulis rasa hendak tergelak bila membaca Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR Pakatan Rakyat (PR) dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember 2010.
Penulis tidak tahu kenapa mereka memilih warna jingga dan tidak pada warna-warna yang lain. Tapi apa yang penulis ingat, orang utara selalu mengaitkan warna jingga ini bila mereka dalam keadaan marah dan rasa tidak tenteram maka akan terkeluarlah perkataan “GHAPLAH JINGGA” semata-mata bagi memarahi pihak yang satu lagi.
Menurut Buku Jingga mereka, ianya mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka. Seterusnya baca di sini.
Kerangka pertama digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.
Kedua, memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.
Ketiga, keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.
Keempat, Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara.
Wow hebat bunyinya…gaya dan lentok ayat-ayat di atas macamlah idea saudara Anuar kita.
Tapi bila kita renung-renung balik apa yang mereka laungkan semuanya hampeh belaka.
Pertamanya kita ambil contoh kerangka demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat. Betul ke apa yang mereka cakapkan ini. Kita sedia maklum selain parti PAS, demokrasi dalam PKR dan DAP sudah terang-terang hancur-lebur. Nepotisme dan kronisme di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam kedua-dua parti ini sudah jelas tidak demokratik. Malah kedua-dua parti ini terkenal dengan parti anak-beranak. Jadi, mana ada telus dan tulennya.
Kita tengok presiden DAP, Lim Kit Siang dan keluarganya. Pengerusi DAP, Karpal Singhpun dengan keluarganya. Dan yang paling hebat Ketua Umum PKR, saudara Anuar Ibrahim dan keluarga besarnya. Ketuanan rakyat yang mereka cadangkan akan secara automatik bertukar menjadi ketuanan anak beranak daripada anak kepada emak dan bapa yang merupakan anugerah Tuhan pula tu. Mana ada demokrasinya?
Yang kedua katanya kerangka untuk memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil. Sekali baca, hebat betul ungkapannya. Tak payahlah nak tunjuk lagak nak pacu ekonomi konon. Tengoklah negeri-negeri di bawah pakatan rakyat sekarang seperti Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.
Bukan setakat 100 hari perintah, sudah 2 tahun lebih perintah, habuk pun tarak. Tengok negeri Pulau Pinang, hasil pelaburan negeri telah turun secara ketara sejak DAP mengambil-alih pemerintahan dari BN.
Sehinggakan duit yang kerajaan negeri hendak derma kepada orang-orang susah di kalangan Melayu Islampun terpaksa guna duit hasil kutipan judi kuda haram. Ini tidak termasuk lagi dasar semasa kerajaan negeri Pulau Pinang yang membatalkan pembinaan rumah-rumah kos rendah dinegeri tersebut.
Cuba cerita sat dekat penulis lagu mana yang mereka kata boleh menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil. Ini tidak termasuk lagi dasar semasa mereka yang secara rakus mengambil-alih tanah orang-orang Melayu bagi tujuan pembangunan.
Penulis malaslah hendak berhujah lagi tentang kerangka dasar mereka untuk ketiga dan keempat kerana memang faham sangat dengan nawaitu mereka. Mereka sebenarnya bukanlah ikhlas untuk membantu rakyat. Apa yang jelas, kita sudah tahu cakap-cakap mereka semuanya tidak boleh pakai atau cakap tidak serupa bikin.
Penulis menyeru kepada semua orang ramai agar menolak janji-janji kosong mereka di atas tadi. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.
Jadilah diri kita rakyat Malaysia yang rasional dan tidak mudah menerima janji-janji kosong demi menagih undi simpati.
1 comment:
Pakatan Rakyat nih cakap saja banyak...tapi semuanya hampeh.
Cakap memang sedap...siapapun boleh buat...tapi kena tengok dulu apa yang mereka telah buat..
Post a Comment