Saturday, December 04, 2010

DS Najib, Dengarlah Keluhan Dari Kami Para Bloggers





Salam semua...

Kerajaan sepatutnya berhati-hati bila membuat keputusan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas masak.

Semua orang tahu bahawa ke empat-empat barang ini cukup sensitif bila dinaikkan harga.


Malah ianya merupakan indikator terpenting kepada kenaikkan semua harga barang makanan, minuman perkhidmatan dan pengangkutan.

Yang menanggung masalah ini nanti bukanlah orang-orang kaya atau pembuat keputusan. Akan tetapi kepada rakyat marhaen seperti kita semua.

PEMANDU yang dilantik oleh kerajaan sebagai pengkaji dan penentu pada kenaikan harga ini, tidak perlu bersikap seperti robot berkuasa elektrik yang hanya mementingkan data dan angka semata-mata.




Apa yang pasti perlu ada "Humanitising Factor" di antara PEMANDU dan Menteri yang terlibat sebagai pengimbang dalam perlaksanaan pada satu-satu keputusan.

Sejarah yang lepas-lepas  telah banyak memeritkan kita. Bayangkan kalau hanya harga gula saja naik serendah 10 sen pun, lepas seminggu dua harga makanan dan minuman akan naik sekurang-kurangnya 10 sen atau lebih. 




Itu baru satu benda, tidak termasuk lagi kenaikkan secara serentak harga petrol, diesel dan gas masak!

Bagi orang-orang yang susah macam kita, terasa macam pukulan maut. Rasa nak pening pun ada, nak pengsan pun ada. Semestinya perbelanjaan bulanan keluarga akan bertambah lagi lepas ini.

Yang akan ketawa nanti adalah para-para peniaga dan pengusaha yang tidak jujur. Pastinya telah mencongak keuntungan luar bisa yang akan mereka dapat.

Kita sebenarnya bukanlah ingin menolak semua usaha-usaha kerajaan bagi mempertingkatkan ekonomi negara dalam jangkamasa panjang. Malah jauh sekali ingin menentang kerajaan membabi buta sepertimana stail parti pembangkang.

Sebagai penyokong kuat kerajaan, kadang-kadang tu kita bertanggung-jawab memberitahu kerajaan tentang apa-apa perkara yang kurang sesuai dilaksanakan oleh kerajaan.

Saya fikir tidak ada apa-apa yang salahnya di sini. Setidak-tidaknya ada masa kerajaan perlu juga mendengar rintihan dan keluh-kesah rakyat.

Nasihat saya kepada pemimpin-pemimpin negara, sebelum buat apa-apa tindakan, buatlah kajian secara terperinci mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Kadang-kadang tu, sekali-sekala jadilah kerajaan yang ‘Good Listener’. Tidak rugi mana-manapun…

Jangan sesekali kita menghambat untuk menjadi negara maju dengan gelojoh serta rakus dengan menolak subsidi rakyat dek kerana ingin menjana pendapatan negara.

Kita perlu ingat selalu...walaupun golongan yang susah ini tidak boleh berbuat apa-apa akan tetapi doa-doa dari orang-orang yang susah ini selalunya dimakbulkan oleh Allah. Ini benar kerana ianya adalah antara janji-janji Allah pada hambanya.





Bersederhana dan berhikmahlah dalam tindakan kita. Walaupun perit, tapi ianya tetap akan dipandang mulia oleh kebanyakkan orang.

Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian.

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Surung papan tarik papan.

Buah keranji dalam perahu.

Suruh pertahan kerajaan kami dah memang pertahankan.

Suruh sokong lagu ni ( naik harga barang ) kami tak mahu….

1 comment:

Anonymous said...

wa sokong sama lu,
najib kalau nak bagi BN menang, kena patah balik kepada perjuangan asas iaitu perjuangan membela rakyat, bukan membela rosmah.

kita semua penat dok sokong BN tapi jika PM tak mau dengar nasihat blogger dan akar umbi, pru13 BN pasti tersungkur..

kita jgn sgt ikut suka2 nak naikkan harga bahan asas.
apa gula pun nak ikut telunjuk pengeluar cina ker?

mana kuasa kerajaan?
knp nak lindungi para tauke2 besar?

eloklah fikir2kan rakyat dulu..
ikut dan dengar keresahan rakyat.
bak kat KT - BN jgn selesa.