Saturday, December 18, 2010

Adakah Karpal Singh Cuba Tipu Semua Rakyat Malaysia?



Salam semua…

Penulis bukanlah ingin masuk campur dalam urusan kes liwat saudara Anuar Ibrahim  yang masih lagi berjalan malah jauh sekali ingin mengganggu prosiding mahkamah  berkenaan. 

Namun sebagai manusia biasa yang ada perasaan, penulis begitu cukup sakit hati kepada seseorang yang berterusan menipu rakyat Malaysia walhal beliau seorang yang begitu  lama dan terkenal  malah beliau cukup arif dalam selok-belok undang-undang sivil  Malaysia.

Adakah kerana survival kuasa politik, mereka sanggup menipu orang ramai secera terang-terangan?
Di manakah letaknya maruah dan  prinsip kehidupan mereka bila hari ini mereka kata tahu dan mengiyakan perilaku buruk  seseorang dan besoknya pula mereka berkata tidak tahu?  

Malah amat malang sekali, dengan muka selamba mereka yang sentiasa terpampang di dada-dada akhbar, mereka ini pula dengan rasa tidak malu bertungkus-lumus membela pula orang berkenaan. 

Apa ini semua?...babak dalam filem Hindi Ke? jangan perbodohkan mahkamah serta orang ramai dan malulah pada diri sendiri.

Orang yang macam inikah yang perlu kita pilih untuk memimpin negara kita di kemudian hari?

Penulis sengaja membawa isu ini untuk renungan semua pembaca tentang perilaku buruk sesetengah peguam-peguam tua yang masih lagi tidak mahu sedar serta tidak mahu menjadi contoh yang baik kepada generasi muda.

Bagi mereka, kuasa politik, populariti dan duit adalah segala-galanya. Persetankan soal keadilan, kebenaran, kebaikan yang perlu dituntut kerana itu semua tidak penting.

Orang ramai perlu sedar dan bertindak dari sekarang. Jika tidak, masa depan negara kita akan hancur jika ditadbir oleh generasi-generasi muda yang lahir daripada golongan ini. 

Sila baca sebahagian petikan menarik yang penulis ambil daripada laman blog saudara Zulkifli Noordin bertajuk KUDA-MENGUDA DAP-ANWAR! Bertarikh 16/12/2010.

“Teman cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga di tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. YB Wee Choo Keong semasa berbahas didalam Parlimen sebentar tadi (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan YB Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar (YB Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Semasa teman menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai TPM menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan Surat Akuan palsu daripada Azizan & Umi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Umi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Kitsiang dan anak lakinya, Karpal dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks & liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan didalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat.

4 comments:

Anonymous said...

Hi bro..

Memang dia ni hipokrit. Dalam mahkamah belagak macam la dia tu tak tahu...

Spin sana spin sini cari2 kot ada cara teknikal lain yang boleh lepas anuar...

Peguam jujur apa macam nih..hampeh...

Penipu rakyat ... janji popular dan duit boleh masuk...Soal keadilan belakang kira.

Dah tua-tua masih nak menipu lagi...anak2pun belajar...hai tak habis2.

Macam nih...musnahlah Malaysia!!!!

Arif Omar said...

salam ziarah. selamat berblog. memang dia ni singh penipu. sebabnya PAS melayu PAS memang suka kena tipu

CUCU TOK WAN said...

salam ziarah...

Dah namanya pun ahli politik. kebetulan pulak jadi peguam... maka pembohong ganda dua ler depa nih... tak caya, cuba tengok peguam dan kemudian bandingkan pula dengan ahli-ahli politik...

itu pasallah, nak cari peguam yang benar-benar berjuang untuk client, tersangatlah sukar, tapi kalau nak peguam yang boleh mentekedaghah duit client, macam selak ikan baru nampak air sungai, punyalah banyak!

blogenstarz said...

Salam Bro
Salam perjuangan.
Lagi ganas lagi baguih....


http://blogenstarz.blogspot.com