Tuesday, January 04, 2011

MASALAH DALAM BAM –GELARAN NO 1 DUNIA KITA TERGUGAT?

                                                           Ikon 1 Malaysia Yang Sebenar


Salam semua…

Penulis rasa sedih bila mendapat perkhabaran melalui Utusan Online yang ditulis oleh Hussain Said  bertarikh 03/01/2011 bahawa Datuk Lee Chong Wei Datuk  dan Datuk Misbun Sidek akan keluar daripada kem BAM. Sila baca di bawah;

KUALA LUMPUR: Selepas dikejutkan dengan keputusan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan kelmarin, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima tamparan terbaru apabila anak emas jurulatih itu, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan akan keluar daripada badan induk itu.

“Saya akan ikut dia. Dalam tempoh dua tahun yang tinggal, sudah tentu sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan sistem dan teknik latihan jurulatih baru. Jadi, saya akan keluar daripada BAM untuk bersamanya,” kata pemain nombor satu dunia itu ketika dihubungi semalam.

Chong Wei berpendapat beliau yang kini berusia 28 tahun hanya mempunyai kira-kira dua tahun lagi untuk berada di puncak bagi mencapai lebih banyak kejayaan.
Misbun membuat kejutan kelmarin apabila menghantar surat peletakan kepada BAM melalui e-mel tanpa memberi sebarang alasan.

Chong Wei yang menjuarai sembilan kejuaraan, tahun lalu dan akan beraksi pada final Grand Prix (GP) di Taiwan, pada Rabu ini menuntut BAM menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu sebelum memburu gelaran kali ketujuh di Terbuka Malaysia yang akan bermula 18 Januari ini.

“Saya tetap mahu Misbun membimbing saya pada Terbuka Malaysia nanti,” katanya yang akan ditemani penolong Misbun, Teh Seu Bock untuk membimbingnya ketika di Taiwan.

Ditanya antara faktor utama Misbun meletak jawatan, Chong Wei tidak menolak kemungkinan disebabkan jurulatih itu memendam perasaan kurang senang dengan keputusan dan tindakan pegawai BAM.

“Bukan saja Misbun, tetapi saya dan pemain lain juga kurang senang dengan pegawai BAM. Mereka tidak menjaga kami dengan baik walaupun saya dan pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong adalah pemain nombor satu dunia.

“Bila kami menang dipuji, tetapi apabila kalah dikeji. Siapa pemain yang mahu kalah dan kami sentiasa berlatih keras untuk mengharumkan nama negara.
Adakah mereka tidak nampak pengorbanan kami selama ini?,” katanya.

Chong Wei berkata, beliau hanya mengetahui Misbun meletak jawatan ketika menghadiri latihan Khamis lalu apabila jurulatih itu memanggil dan memberitahunya serta rakan lain akan meletak jawatan.

“Kami semua terkejut dan sebelum pergi, dia berkata kepada saya dan rakan lain bahawa dia menyayangi kami semua dan meminta kami jaga diri sambil mengalirkan air mata,” katanya.

Ulasan penulis:

Penulis amat merasai tekanan yang mereka lalui sebagai pemain dan jurulatih bagi mengekalkan gelaran nombor 1 dunia. Pada pandangan penulis pemain dan jurulatih seperti mereka perlu dilayan secara professional. Mereka adalah wira negara dan juara bertaraf dunia dan bukannya jaguh-jaguh yang menjuarai kejohanan di kampong-kampong. Luahan perasaan daripada Datuk Lee Chong Wei tentang perasaan kurang senangnya terhadap pegawai BAM kerana tidak menjaga mereka dengan baik termasuklah pasangan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong amat-amatlah mendukacitakan kita sebagai peminat nombor 1 mereka.

Kita perlu faham tentang tekanan yang perlu mereka pikul bagi menjuarai satu-satu kejohanan. Menang dan kalah itu sudah menjadi adat permainan. Sebagai pegawai yang mengendalikan kerja-kerja di  BAM, janganlah menggunakan kuasa yang ada untuk mencemuh mereka bila satu-satu kemenangan tidak memihak kepada pemain dan juga jurulatih.

Pada pandangan penulis, tekanan dalam  bentuk tanggung-jawab sepatutnya diletakkan ke atas bahu pengurusan BAM dan pegawainya dalam mencari jaguh-jaguh baru sebagai pelapis memandangkan umur Datuk Lee Chong Wei sudahpun menjangkau ke 28 tahun. Setidak-tidaknya jika ada seorang dua pelapis setaraf Datuk Lee Chong Wei, akan kurang sikitlah tekanan dan tanggung-jawab yang terpaksa beliau pikul.
Jika tidak,  tidak mustahil gelaran nombor 1 dunia ini akan beralih kepada pemain-pemain negara lain dalam masa terdekat.

Penulis rasa, sebagai bekas pemain dan sekarang sebagai jurulatih kepada pemain bertaraf dunia, Datuk Misbun tahu apa yang perlu beliau lakukan. Jadi, keputusan Datuk Lee Chong Wei keluar daripada BAM dan terus mengikuti otainya adalah satu langkah yang bijak kerana hanya mereka berdua sahajalah yang tahu apa yang perlu mereka lakukan bagi mengekalkan momentum mereka sebagai seorang jaguh dunia.

Jadi, penulis berharap dalam keadaan mereka yang sedang bergelut dengan emosi ini, restuilah keputusan mereka disamping berterusan memberi sokongan dan bantuan yang perlu untuk seorang pemain bertaraf dunia.

Di samping sebagai seorang pemain dan jurulatih bertaraf dunia, gandingan mantap mereka berdua selama ini telah banyak mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Kerajaan serta rakyat Malaysia perlu melihat mereka berdua sebagai satu ikon 1 Malaysia yang tulen lahir dari perasaan kasih sayang yang ikhlas di antara mereka.

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah kepada Dato Misbun, anda sepatutnya mencabar pengurusan BAM untuk terus bersara jika merea berjaya melahirkan bintang dalam temph 2 tahun ini bagi menggantikan pemain sedia ada seperti apa yang Dato berikan kepada Dato LC Wei

Wan Mohd Aminuddin Baki said...

Sebagai ahli sukan yang pernah mewakili Negara dalam sukan, itu lah perkara yang terpaksa kami lalui. Ketidak adilan dari pihak persatuan yang mementingkan pegawai tanpa mengambil kira pengorbanan atlit.
Saya sokong tindakan Datok Misbun dan Datok Chong Wei.

Anonymous said...

betul...sampai bile 'campur tangan' org yang tidak profesional dalam bidang sukan ni nak berlanjutan....kalau cuma nakkan pengiktirafan untuk kepentingan diri semata tanpa langsung memikirkan org lain apatah lagi negara...."ni mcm ciri2nak jadi 'pengkianat' ni....

Salam semua (R)... said...

Terima kasih di atas komen bernas anda!!