Saturday, January 15, 2011

KEGAGALAN PAS BERDAKWAH, GAGAL MEMAHAMKAN ORANG BUKAN ISLAM. TAPI SAMPAI BILA?

                                                      Berdakwah Cara Nik Aziz



Salam semua…

Penulis nampak dasar liberal parti PAS  yang kononnya untuk berdakwah bagi menarik kaum bukan Islam supaya memahami dan menghayati ajaran Islam ternyata gagal. Apa yang penulis lihat cakap-cakap pemimpin mereka saja yang berdegar-degar. Sebenarnya sedikit habuk pun tak dak. Allah maha kuasa, ditunjukkan juga kepada kita niat sebenar mereka yang nyata tidak ikhlas untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia.

Dua isu yang terbaru tentang keberanian exco parti DAP Selangor, Ronnie Liu mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam  dibolehkan bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras setelah beliau menarik balik larangan yang sebelum ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (Klik  di sini.  )

Dan yang terbaru membabitkan isu bantahan azan yang katanya amat kuat di Masjid Ikhlasiah, Lembah Pantai (Klik  di sini.   )

Ini isu besar yang perlu ditangani secara terang-terang oleh pemimpin besar PAS kerana kedua-dua isu ini timbul betul-betul di kawasan di mana PAS di dalam pakatan rakyat sebagai parti yang bertanggung-jawab dalam menjaga hal-ehwal orang-orang Islam.

Malulah pada orang ramai jika parti PAS tidak mampu berhadapan dengan kawan-kawannya sendiri di dalam parti DAP  bagi mengatakan perkara yang benar sepertimana yang terdapat di dalam ajaran Islam.

Janganlah selalu mengulangi jawapan yang sama bahawa mereka (pemimpin DAP dan PKR yang bukan beragama Islam) tidak faham atau kurang arif dalam hal-hal ini. Persoalannya sampai bila mereka nak faham? kalau niat sebenar PAS berbaik dengan mereka semata-mata untuk menagih undi dan berkomplot untuk menawan Putrajaya.

Orang ramai perlu sedar tentang tipu helah parti PAS ini yang menggunakan Islam untuk kepentingan peribadi mereka. Perjuangan asal pemimpin PAS terdahulu ternyata lebih ikhlas  berbanding pemimpin-pemimpin PAS sekarang.

Sanggupkah penyokong kuat PAS berterusan melihat pemimpin-pemimpin mereka diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin DAP?

Tinggalkanlah parti PAS dan carilah jemaah yang betul-betul ikhlas bagi memperjuangkan nasib orang-orang Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

                                            

2 comments:

hangkedee said...

Pas parti haram jadah

Anonymous said...

susah dh pas ni...dia lebih kurang senjata makan tuan..surau masjid pun di dah lacurkan....nak buat mcm mana lagi...semoga celaka jer..mmg nampak warak..mcmnampak hari2 dok sembahyang dok atas sejadah..tapi mmg dah jadi haram jadah...siang siang lagi dap dah bg diorang ni mkn sup otak babi .......pas pas ......nampak je islam dekat belakang dgr rasuah numbor satu gak..ye la org sedekah kan..