Sunday, January 23, 2011

DEBAT DS NAJIB & DS ANUAR - UMPAMA PERSOALAN YANG MANA DULU, TELOR ATAU AYAM?



Salam semua…

Penulis hairanlah puak-puak PAKATAN RAKYAT (PR) ni, tak habis-habis lagikah dengan cabaran debat mereka. Dan terbaru suara Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang tiba-tiba muncul daripada pertapaan beliau dengan mengajukan cabaran yang sama iaitu  mengharapkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sila ikuti cabaran terbaru daripada mereka, seperti yang disiarkan oleh Harakah Daily bertarikh 23/01/2011  ( Baca di   sini   ).

Penulis nak tanya Ustaz Idris, penting sangat ke debat tu pada PR ?  Kenapa cadangan pelan ekonomi PR yang entah apa tu, nak melibatkan parti pemerintah Barisan Nasional (BN)? Kalau namapun cadangan maknanya ianya tetap menjadi cadangan PR sahaja dan belumpun boleh dilaksanakan lagi.

Pada pendapat penulis, tak perlu PR bertegang leher hingga menampakkan urat-urat biru mereka untuk melibatkan kerajaan BN dalam apa-apa pelan ekonomi atau cadangan mereka kerana mereka belumpun menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 bagi membentuk kerajaan di Putrajaya. Oleh yang demikian, kenapa mereka sibuk-sibuk sangat?

Jawapan spontan penuh makna daripada DS Najibpun telahpun diberikan kepada DS Anuar katanya Pelan 100 Hari Pembangkang  tidak realistik dan tidak boleh memberikan apa-apa hasil. Jadi, secara logik akal,  kalaulah mereka tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh DS Najib, mereka kenalah membuktikan kepada semua rakyat bahawa pelan ekonomi 100 hari mereka itu bagus untuk dilaksanakan. Sepatutnya sasaran perdebatan atau syarahan mereka adalah terkhusus kepada rakyat dan bukannya DS Najib atau kerajaan BN! kerana yang nak undi mereka nanti bukanlah DS Najib atau ahli-ahli UMNO!.

Dalam hal ini mereka tidak perlu menyakinkan kerajaan UMNO bahawa Pelan 100 Hari Pembangkang adalah  yang terbaik dan mesti diterima pakai oleh kerajaan. Penulis nak tanya DS Anuar adakah itu yang mereka mahukan? atau mereka sengaja ingin memperleceh keupayaan kerajaan di bawah pimpinan DS Najib bagi meraih sokongan undi daripada rakyat? Penulis serta ramai lagi rakyat yang di luar sana sudah awal-awal lagi tahu niat sebenar DS Anuar untuk berdebat dengan DS Najib.

Mengambil contoh yang lain, misalnya pelan transformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh DS Najib serta pimpinan di bawah kerajaan BN. DS Najib tidak terlalu bodoh atau tergopoh-gapah seperti DS Anuar mencari populariti untuk berdebat dengan pemimpin PR secara terbuka. Kerana apa, kan Parlimen tu ada, mengapa perlunya pemimpin BN nak berdebat secara bodoh seperti DS Anuar!. Sasaran sebenarnya adalah untuk rakyat dan bukannya untuk parti pembangkang. Jadi, menjadi tugas pihak pemerintah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa dasar atau perancangan mereka mestilah berada di landasan yang betul.

Namapun parti pembangkang, manalah ada parti pembangkang di dalam dunia ini yang setuju dengan semua dasar kerajaan yang mereka lawan? Kalau di Singapura tu lainlah kerana negara berkenaan pelik sikit. Tolong jawab,  jangan tak jawab? Jadi, jawapan sinis daripada DS Najib bahawa perdebatan di antara beliau dengan DS Anuar tidak akan memberikan apa-apa hasil tempohari gagal difahami oleh DS Anuar serta pemimpin-pemimpin PR yang lain.

Kalau bengap sangat penulis ambil contoh yang paling mudah, lagu ni sajalah…

Katakan tajuk perdebatan Pelan 100 hari bersama Pakatan Rakyat kita tukarkan saja  kepada persoalan siapa dulu kejadiannya di antara Ayam dengan Telor.

Katakan  DS Anuar kata telor ayam dulu, tapi dibangkang oleh DS Najib, katanya telorlah dulu kerana tanpa telor mana boleh jadi ayam? DS Anuarpun marah, dengan nada sinis  katanya ayamlah dulu, kerana tanpa ayam, mana boleh ada telor. DS Anuar masih tak berpuas hati lagi dan terus mencabar DS Najib untuk berdebat dengannya.

Sebab itulah DS Najib yang bijaksana berkata perdebatan ini tidak akan membawa apa-apa hasil. Buang masa saja!

Tengok, siapa yang lebih cerdik DS Najib ke DS Anuar Ibrahim?  Ustaz Idris, lu fikirlah sendiri !....



1 comment:

Anonymous said...

nak berdebat apa bendanya???? Kenapa puak-puak PAS tak suruh anu-war tu debat dengan saiful ke atau ummi hafilda? hampa x nampak ke sapa yang nak saman RM700juta??? dah mata tu tutup sebelah kot buat-buat tak nampak.hehehehe..bangau oh bangau....apalah dah nak jadi...100 hari nak p rompak duit dari mana? anak cucu aku nak maken pasir???? nak suh mintak sedekah ke??? SIVAJI THE BOSSS..POOOOOOOODAAAAHHH BADAWAAAAA..SUTU ADI WALAAAA