Paparan skrin Facebook Anuar menunjukkan catatan mesej pada pukul 10.40 malam 21 Februari lalu.
Salam semua…
PKR menafikan dan mengecam laporan Utusan Malaysia edisi hari ini, yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘hilang’ kira-kira dua jam pada 21 Februari lalu — hari aksi seks melibatkan pemimpin pembangkang dengan pelacur asing dirakamkan, sebagai “satu fitnah.”
Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.
“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak membuat sebarang pesanan tweet ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.
Dalam kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:
- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”
“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’.
“Oleh yang demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara pukul 10.38 hingga 11.06 malam,” kata Rafizi lagi.
Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.
“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.
Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.
“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.
Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.
Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.
“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.
“Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.
“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.
Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.
Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.
Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
“Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.
Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu-The Malaysian Insider
P/S – Penulis dah agak dah…Pemimpin UMNO BN perlu berhati-hati agar tidak terkena jerangkap samar Anuar dan agen-agen sulitnya. Klik sini.
11 comments:
SS.
Gua pun rasa curiga dengan apa yang berlaku.Kesahihan video tersebut belum dimuktamadkan.
Anwar memang licik.Permainan politik dia menjangkaui langkah BN.
Kita kena berwaspada dan berhati2 didalam pekara ini.
Jangan terlalu ghairah !
gua dulu lagi rasa curiga malah gua pernah komen usah terperangkap dgan isu vedio ini,,,gua rasa ada udang disabalik mee vedio ini,,,,hati2lah nanti yg dikejar tak dapat yg dikendong keciciran,,,,umno harus hidup,,
Tak fahamlah...penjelasan itu tak menjawab dimana Anwar antara jam 9.20 hingga 9.40pm (aktiviti seks 20 minit). Selepas waktu tu dah tak penting.
Aik, mane satu yg betul ni. Anwarporn kata berkumpul dengan kluarga dan bertweeter ngan penyokong. Dtg si Rafizi ni pula tunjuk bukti anwarporn berfesbuk waktu tu. Ape, ingat akaun fesbuk anwarporn, dia sorang je ke boleh bukak?? Cari la siapa admin fesbuk dia... tanye sama Rahimi, pasti dia pun tahu sesuatu pasal admin fesbuk anwarporn tu.
Senang je, fesbuk PM kita pun bukannya 100% Najib yg kendalikan, ada masa DS Najib masuk kemaskini, selebihnye ada le org kepercayaan dia yg kendalikan... Fikir la sedalam2nye....
Skarang tanye la pada anwarporn pula, mane dia jam Omega yg Wan Jijah pegang?? Ape?? Hilang??
Pulak dah... sape le yg curi jam Omega anwarporn dari rumah yang ade guard merata tempat tu??? Fikir balik...
tubuh suruhanjaya la..baru tau pening ke x..
apala..susah2 sampai pening2
anua ni pon satu hal macam celaka..dah wat report polis tu biarla polis siasat...ceramah sana sini menghasut..
bangang..x habis2 nak pooSing
alamak korang nie!! kan facebook nie yahudi yg punya.. so anwar contact la geng2 yahudi di tu kasi modified dia punya akaun.. logic tak..?
SiBABI ni tak ada laptop ke? Hingga ada orang sangka kalau dia bertwitter tentu dari rumahnya...
Kalau dia ada berFB atau berTWITt ke cuba la check dia punya Internet Protokol (IP) tu kat mana... Kata IT pandai...kalau dari rumah tgk plak IP dia sama tak dengan IP yang depa ni kata DSAI ada berTWITT pada masa tu...ok dak pendapat aku
Relax bro.. Kerajaan BN tak pernah tuduh itu anwar ibrahim.. Yang dia org nak buat ialah adakan RCI untuk cari kepastian.. kalau itu bukan anwar ibrahim maka yang salah dan buat fitnah ialah eskay iaitu org anwar sendiri dan bukan bn.. maka nampaklah yang anwar nak cuba main sandiwara untuk pusing pandangan rakyat tentang kes liwat dia tu.. kita tunggu aje keputusan kes liwat dia.. tapi memang betul kerajaan bn dan rakyat perlu di beri kesedaran awal awal lagi bahawa kes seks ni mungkin merupakan mainan anwar jika ianya tidak betul..
baca penjelasan daylight saving time. Time stamp dlm facebook ada ralat satu jam.
Post a Comment