Salam semua ®…
DAP sama sekali tidak setuju dengan kenyataan seorang wakil rakyatnya yang mahu menukar Jalur Gemilang, kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu, Tan Kok Wai.
"Parti saya dan saya sendiri tidak bersetuju sepenuhnya dengan apa yang dicakapkannya kerana kami adalah sebuah parti yang patriotik.
“Jawatankuasa Disiplin akan mengkaji perkara ini Jumaat ini walaupun belum menerima sebarang aduan rasmi,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ulasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Kota Alam Shah, M. Manoharan, dalam alaman Facebooknya minggu lepas bahawa bendera kebangsaan hendaklah diubah suai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.
Kenyataannya itu menyebabkan DAP menjadi tumpuan walaupun ia bukanlah pendirian rasmi parti.
Ditanya sama ada Jawatankuasa Disiplin DAP akan bertindak terhadap Manoharan, Kok Wai sekadar mengulangi kenyataannya bahawa jawatankuasa itu akan melihat perkara berkenaan pada Jumaat nanti. — Bernama
P/S – Pada zaman dahulu ada rakyat yang sanggup ke medan berperang dengan hanya berbekalkan bendera sebagai simbol kekuatan dan kedaulatan negara di samping pembakar semangat kepada pahlawan-pahlawan yang lain. Tetapi, pada hari ini amatlah memalukan kita semua apabila ada pemimpin yang mengaku warganegara tetapi, sanggup menolak untuk mengibarkan Jalur Gemilang di dalam kawasannya kerana mendakwa bendera itu kelihatan seperti Barisan Nasional berbanding Malaysia…
Penulis tambah terkedu apabila beliau sanggup mencadangkan agar Jalur Gemilang digantikan dengan bendera lain sekiranya PR berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang…
Memang tidak masuk akal langsung…..
Walaubagaimanapun, Manoharan, melalui laman Facebook telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka, yang perihatin untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.
Sementara itu, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Teresa Kok dan beberapa pimpinan DAP yang lain telahpun menasihatkan Manoharan agar beliau lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.
1 comment:
Saudara,
Kes ketok-ketampi meskipun melibatkan perlanggaran maruah individu oleh individu lain iaitu satu kesalahan serius tetapi bukanlah bermakna ada mana-mana pihak yang merestui tindakan seumpama itu.
Tetapi cara kes berkenaan diketengahkan dan ditudingi oleh YB Dap seolah-olah ada pihak yang merestuinya walhal YB tahu mana mungkin ada pihak merestuinya. Ia jelas tindakan bersifat individu dan hanya individu berkenaan yang harus memikul kesan dari perbuatannya itu.
Nah, dakwaan terhadap pelakunya tetap diteruskan dan pelakunya mendapat balasan setimpal. Soalnya, apakah pihak YB akan terima permohonan maaf pelaku berkenaan dan tutup buku? Apakah YB akan bela pelaku berkenaan kalau dia sanggup memohon maaf atas keterlanjuran menggunakan kamera untuk merakamkan aksi tidak sepatutnya?
Dalam konteks bendera, kehormatannya juga tidak boleh di nodai oleh sesiapa jua. Penodanya harus didakwa sebagaimana anggota polis yang merakamkan aksi ketok-ketampi. Permohonan maaf adalah isu berasingan. Ia boleh diambil kira kalau ada hukuman.
Pelayar Blog Siasah
Post a Comment