Salam semua ®…
Penulis dengan rendah diri ingin menasihati Timbalan Presiden PAS, saudara Mat Sabu supaya beliau tidak berterusan mengungkit perkara yang lepas semata-mata bagi membangkitkan rasa tidak puas hati beliau ke atas isu Allahyarham Mat Indra serta peristiwa Bukit Kepong. Kalau hendak memuaskan hati semua orang memanglah susah. Pada pendapat penulis, isu ini sebenarnya tidak membawa apa-apa faedahpun sebaliknya boleh menambahkan dosa kita pula.
Apa yang penting bagi penulis ialah pengisian ke atas kemerdekaan kita daripada Inggeris. Tidak guna kita berterusan menyalahkan mereka yang telah lama meninggalkan kita. Jadi, pengisian bagi memakmurkan negara adalah tanggungjawab pemerintah dan juga semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman parti mereka. Itulah perkara utama yang perlu kita lakukan. Sebagai pemimpin terkanan parti pembangkang, di zaman sains dan teknologi ini, saudara Mat Sabu sepatutnya memimpin para pengikutnya dan orang ramai supaya lebih melihat jauh kehadapan bagi pengisian kemerdekaan negara dengan cara yang lebih efisyen dan produktif dan bukannya membangkitkan kisah lama yang beliau sendiri bukanlah pakar. Apa yang pasti, tindakan beliau sebenarnya boleh membakar perasaan marah orang ramai di samping meningkatkan keluh kesah di kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Penulis sendiripun faham, semua orang mempunyai pendapat masing-masing yang selalunya berbeza-beza. Akan tetapi pendapat yang mempunyai kekurangan fakta dan kefahaman yang tepat akan terjerumus kepada fitnah yang besar kalau ianya disebarkan kepada orang ramai tanpa ada penapisan dan sekatan. Katakanlah perkara yang diperkatakan oleh saudara Mat Sabu itu salah dari segi fakta sejarah, kerana beliau hanya berpandukan melalui satu buku rujukan dan tidak pula mendapat pengesahan sendiri daripada pakar-pakar sejarah. Maka, ucapannya pada hari itu akan bertukar menjadi hasutan dan fitnah tanpa beliau sendiri sedari. Orang ramai yang tidak faham sejarah akan mudah percaya maka, tersebarlah fitnah merata-rata tanpa sekatan.
Inilah yang penulis katakan dosa. Sebaiknya sebagai pemimpin yang berdampingan dengan para-para akedamik serta ilmuan agama seperti saudara Mat Sabu, kaedah menunjukkan ketidak puashatian beliau dalam isu ini perlu didahulukan melalui saluran yang betul iaitu perbincangan atau perdebatan ilmiah dengan pakar-pakar di dalam bidang ini. Inilah yang sebaik-baiknya. Jangan sesekali mensensasikan satu-satu isu kalau diri kita sendiri tidak tahu akan fakta yang sebenarnya. Inilah masalahnya yang saya nampak akan penyakit lama yang ada di kalangan segelintir pemimpin-pemimpin Melayu sekarang ini. Mereka ini hanya berlagak pandai itu dan ini. Macamlah mereka ini tahu semua perkara walaupun memang sah perkara berkenaan bukanlah bidang mereka. Menyebarkan cerita tanpa mendapat fakta atau kajian yang betul. Akhirnya apa yang orang ramai dapat hanyalah berita gempar yang kebanyakannya terarah semata-mata untuk keuntungan parti politik sendiri. Kaedah penyebaran maklumat seperti ini penulis rasa sudah tidak sesuai lagi di zaman alam maya ini kerana silap-silap haribulan orang akan mentertawakan kita kerana kebodohan diri sendiri yang nyata kurang membuat rujukan secara ilmiah.
Penulis dan juga orang ramai mungkin akan menilai tentang apakah tujuan sebenar saudara Mat Sabu menimbulkan isu ini? Apakah perkara ini sebenarnya tiada pemberat dan terucap secara spontan oleh beliau? Ataupun apakah perlu bagi saudara Mat Sabu sengaja membawa perkara seilmiah ini yang dipertuturkan kepada medium bukan akedamik ? Inilah persoalannya. Hanya beliau yang tahu. Kalau beliau berucap secara spontan tentang isu ini (maknanya tiada niatpun) maka bagi penulis, perkara sebegini, tidak ada faedahpun kepada kita semua. Kenapa penulis berkata sedemikian? Kerana selepas beberapa puluh tahun kejadian ini berlaku, kenapa hanya baru sekarang saudara Mat Sabu beriya benar mengungkit balik cerita lama ini?
Peliknya kenapa perkara yang melibatkan sejarah ini beliau tidak bawa ke medium akedamik yang lebih ilmiah? Di samping itu juga, saudara Mat Sabu sebenarnya perlu bersikap adil dan bukan hanya tertumpu kepada Allahyarham saudara Mat Indra tapi, juga kepada semua keluarga anggota polis yang terkorban ketika kejadian tersebut. Tidak terlintaskah di hati kecil beliau (Mat Sabu) akan kepayahan, kesengsaraan, trauma serta kesedihan yang telah dialami oleh keluarga anggota polis yang terlibat sejak sekian lama? Cuba-cubalah bayangkan jika yang terkorban itu adalah sebahagian daripada anggota keluarga kita? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Sebaiknyalah perkara sesensitif begini, usahlah diungkit-ungkit lagi. Kalaulah niat saudara Mat Sabu ikhlas ingin membantu keluarga Allahyarham Mat Indra, nasihat penulis, gunalah medium yang betul dan bertindaklah dengan lebih berhikmah. Jika tidak, orang akan melihat beliau seolah-olah hanya gagah berkokok macam ayam sabung. Tetapi, realiti sebenarnya takut dan lari menikus macam ayam serama.
1 comment:
faedahnya? hampeh, lebih2 lg kpd pas. apa yg pas dpt raih? undi melayu Islam dh bnyk yg terbang dlm isu ini. harapkan undi bukan melayu, kt mana pas nk bertanding? kawasan majoriti cina? ada kerusike yg dap nk bagi? pas masih terlalu kekurangan pemikir strategi...
Post a Comment