Sunday, January 29, 2012

MAKIN PANAS . AZIZAN MENYIFATKAN AZIZ “BUTA UNDANG-UNDANG” DAN TIDAK BERSIKAP SEPERTI TOKOH AKADEMIK. MENARIK, BACA SETERUSNYA.



Salam semua®…
Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah  Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.

Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.

Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.

“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.

PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.-The Malaysian Insider.

P/S – Selalunya dalam satu-satu isu yang sama diperdebatkan, perbezaan pendapat adalah lumrah. Objektifnya tidak lain tidak bukan, semata-mata untuk mendapatkan jawapan yang terbaik bagi satu-satu isu kerana ianya akan dinilai supaya dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan bukanlah untuk menyalahkan si polan dan si polan.
Kita ambil contoh dalam isu cadangan pemansuhan AUKU misalnya. perdebatan di kalangan ahli-ahli akademik yang terdiri daripada pelbagai bidang tentunya akan  menjanjikan penyelesaian terbaik untuk kebaikan semua pelajar.
Cadangan pindaan ataupun pemansuhan AUKU dibuat bukanlah untuk satu-satu pihak sahaja, akan tetapi ianya nanti mestilah mengambil kira faedah dan kekuatan kepada kedua-kedua pihak di antara pelajar-pelajar dan pihak pengurusan Universiti atau Kolej itu sendiri.
Sebab itulah kerajaan di bawah kerajaan DS Najib bijak membuat keputusan supaya AUKU hanya perlu dipinda berperingkat-peringkat dan bukannya dimansuhkan keseluruhannya sekaligus.
Jadi, apa yang telah berlaku dalam perlingkahan di antara Menteri Besar Kedah, Azizan dan Pakar Perlembagaan, Aziz Bari di atas amatlah mengecewakan kita semua.
Sebagai ahli akademik, kedua-kedua mereka gagal menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua orang, lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar tentang perlunya seseorang atau pemimpin itu berbincang dan berdebat secara bijaksana dan  di medium yang sesuai.
Pelajar-pelajar kita sebenarnya sedang memerhati semua ini, jadi, jangan salahkan mereka jika tindakan dan perlakuan kasar kita yang suka mencela dengan kata-kata mengaibkan semata-mata ingin mempertahankan pendapat, menjadi ikutan pula kepada pelajar-pelajar kita.
Soal politik adalah soal kedua. Kalaulah semua pemimpin politik bersikap sebegini maka, masa depan pelajar-pelajar Malaysia tidak akan menjanjikan yang terbaik untuk mereka.
Bersederhanalah. Pilihlah cara kerajaan BN kerana itulah petunjuk yang sebaiknya.

4 comments:

Anonymous said...

satu lagi usaha terrancang untuk menendang keluar azizan dari PAS...

Satu lagi golongan pro-ulamak akan terkorban

Anonymous said...

Parti Ajaran Songsang dan sesat.

Ahli2 yang tidak mahu bersekongkol, keluar dari komplot ajaran ini dan bersatu padulah di bawah panji2 Islam. Kita hanya boleh menegakkan syiar melalui perpaduan ummah.

Allahu Akbar.

Anonymous said...

Jgn kita terbawa2 sgt dgn komen2 pasal Prof Aziz Bari ni..meleret2 nanti.. dulu masa dia ckp TG Hadi Awang ni “Paklah versi Pas” (cari la kt youtube)..& siap puji2 lg DSA kononya sbgai antara calon trbaik jd Presiden PAS..skrg??..kita try cari pnca asal dlu..Isu ni brmula bila DSA mggunakan AUKU utk mnggantung 6 mamat KUIN yg dok brdemo psal pmbinaan Sekolah Insan Bistari..aku x nmpak sgt sbb2 kukuh mahasiswa tu brdemo & serah memorandum untuk mansuhkn itu & ini..kalau bca memorandum tu aku rasa byk lg IPTA/IPTS yg lg teruk dari KUIN..yg blh kita fikirkn adalah brkeMUNGKINan smua ni brpnca dari isu perlancaran buku “ Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” oleh DSA & Dr Aziz Hanafi (Dekan KUIN & Ahli Majlis Fatwa Kedah) pd hjg 2011..dan isu KUIN sngaja dicetus oleh rekrut2 syiah Malaysia yg msuk dlm mahasiswa/parti politik :..1) Dr Hassan Ali prnh mngarahkn JAIS menyerbu hauzah syiah di Gombak (last2 dh brjaya dpecat)..2) Timb Lajnah PAS Pusat bah. Undang2 & Hak Asasi iaitu Hanipa Maidin dh jd peguam Syiah dlm kes Syiah saman Utusan Malaysia ( yg terbaru,dia ni pn dok suruh PAS pecat DSA, refer http://penarikbeca.blogspot.com/2012/01/kecuali-hanipa-dalam-pas-semua-takut.html . 3) Khalid Ismath wakil MPP dari Uitm dok sibuk2 jd ketua protes mahasiswa kt KUIN (mamat ni syiah totok..blh la tgok dlm blog dia di revolusi habib )…so btol la dlm PAS dh ada syiah..syiah xkn redha andainya PAS memerintah malaysia sekalipun,last2 angkat revolusi..diaorg ni taqiyah je sokong PR..diaorg ni dok tggu je nk singkir ulama2 sunnah ni..sekarang ni tggu DSA la plk..bersatulah UMNO & PAS dlm mempertahankn akidah ASWJ.

Anonymous said...

apa? dia pakar perlembagaan, bila dia beranak kedunia ni, masa orang dulu dulu buat perlembagaan dia ada ke,.. orang dulu buat perlembagaan ada yang tersurat dan tersirat,,dema dah duduk sebangku memikirkan perlembagaan yang sesuai untuk malaya pada masa tu,.. tak da pakarnya kalau dia bukan historian,.. pegi dah