Wednesday, January 18, 2012

BELUMPUN SEMPAT TAWAN PUTRAJAYA, PARTI PAS TERUS DITEKAN. ADAKAH PATUT DIBERIKAN PORTFOLIO ADAT RESAM MELAYU, BELIA DAN SUKAN?....


Salam semua®…


Kerajaan Negeri Selangor membuat rombakan kecil dalam pentadbirannya dengan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketika mengumumkan demikian hari ini, Abdul Khalid berkata, portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri pula disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Langat, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Dr. Ahmad Yunus, 47, berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya, menggantikan Datuk Dr. Hasan Ali, yang dipecat dari Pas pada 8 Januari lepas.

Hasan sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

Abdul Khalid berkata, Dr. Ahmad Yunus dilantik memegang portfolio itu kerana beliau pernah menjadi pembantu exco untuk portfolio Belia dan Sukan sebelum ini.

Portfolio ini dipegang oleh Menteri Besar. - BERNAMA

P/S – Itulah, hendak untung sekarung, ruginya segundi. Ternyata tujuan pemecatan Dr Hasan Ali ada perancangan disebaliknya. Dr Hasan Ali yang sebelum ini dianggap sebagai pengacau kepada PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), hari ini telah merealisasikan impian mereka bilamana PKR melalui Menteri Besarnya telah mengambil alih portfolio Hal Ehwal Islam daripada ADUN PAS. Sekaligus tidak akan ada lagi suara orang-orang PAS dalam menentukan syiar Islam terus terperlihara di Selangor.
Maknanya peranan ADUN PAS dalam memimpin, membimbing dan menegakkan syiar Islam telah diberikan kepada seseorang yang bukan dalam bidangnya. Zalimkah PR ini?
Peranan PAS pula telah diberikan untuk menjaga portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan negeri, jawatan yang penulis rasa langsung tidak masuk akal.
PAS…PAS…asyik-asyik melePAS saja….

6 comments:

duluPAS said...

Exco PAS akan jadi pengelola sukan ping pong, pis pus dan bola tampar yang terhebat demi memertabatkan agama! Dah kena penampar DAP dah!

PKR parti liberal dokongan peliwat pegang portfolio Hal Ehwal Islam???

Penghinaan memalukan buat parti ajaran sesat PAS ini.

Anonymous said...

semacamlah khalid nie!!!nah PAS amik seposen...main jauh-jauh!!!

hina sangatkah ahli PAS pegang
potpolio agama?..tak terhinakah?

khalid sajer....bagi ahli PAS asyikkkk bersukan!!!elak
bercakap dan response pada agama,judi,maksiat,khurafat,murtad
dan LBGT agakyer...pandai lak ko khalid!!!

bersorak kerianganlah KAFIR tu!!!!
senyum lebor le anugay...hooray
hellilujah!!!!ptuih...huwekk

Anonymous said...

PAS memang tak layak pegang potfolio agama kerana tak tahu menilai mana baik mana yg buruk.....sekarang jaga hal ehwal orang melayu...kah..kah..kah...ingatkan UMNO yg jaga hal Melayu, sekarang PAS pula takeover....dunia dunia...dok mengata kat orang sekarang kena kat diri sendiri pulak

Anonymous said...

aduh.... Pas

maruah Pas semakin dihina dan dipijak2 oleh nuar dan Dap

sungguh memalukan... Pas sampai bila sanggup diperlakukan dan diperbodohkan seperti kasta rendah yg hina

Anonymous said...

Eh..tak tahu ke PAS bukan parti islam?...sekarang parti kebajikan masyarakat...party welfare..

Anonymous said...

Peluang untuk PAS memaksa perenang2 wanita memakai jilbab dan tudung dan pelumba2 lari memakai baju kurung dan stuking panjang dan tudung supaya mereka menutup aurat.