Wednesday, March 30, 2011

USTAZ IDRIS, JANGAN HINA DAN PERLEKEH KERJA POLIS. MEREKA HANYA MENJALANKAN TUGAS…..


Salam semua…
Penulis kecewa dengan sikap pemimpin PAS yang tidak menghormati tugas Polis. Mereka tanpa segan silu menghina serta menggunakan perkataan yang kasar terhadap Polis. Yang terbaru kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad seperti yang dilaporkan oleh HarakahDaily. Baca seterusnya;
PAS kesal terhadap sikap double standard yang ditunjukkan oleh polis yang kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tabiat lama berulang kembali apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat di posisi ofensif.
Katanya, beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati, Gombak 25 Mac lalu yang berakhir dengan kekecohan.
Beliau berkata, semua maklum sekiranya himpunan yang diganggu oleh polis maka akan berakhir dengan kekecohan.
“Pihak polis buat-buat  tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin, Pahang.
“Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,” ujarnya.
Menurutnya, polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang.
Katanya, kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai.
Mereka, ujarnya hendak memastikan malam tersebut ceramah mesti dihentikan, biarkan maklumat tidak sampai kepada orang ramai.
Setakat hari ini, tambahnya jika perhimpunan atau ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat jika tanpa gangguan polis berakhir dengan aman.
“PAS ingin mengigatkan kepada polis bertindaklah secara profesional, jangan cemar institusi ini. Jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat institusi polis, tetapi salahkan  diri sendiri,” katanya lagi.
Rakyat pula, ujarnya  tertanya-tanya kenapa polis sibuk mengganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula menyerbu Hotel Carcosa Seri Negara yang menayang video lucah pada 21 Mac lalu.
Menurutnya, mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal.
“Di manakah  Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?” soalnya.
Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.-Harakah
P/S- Ustaz Idris kena banyak bermuhasabah diri. Jangan selalu memperlekehkan kerja Polis ini. Jangan kita lupa, bila kita dalam kesusahan, Polis juga yang kita cari dan minta tolong. Ingat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak cakap, nanti buruk padahnya…..berbaik-baiklah dengan Polis dan jadilah rakan COP,  tidak ada yang ruginya…Pemerintah boleh bertukar ganti tapi, kerja Polis ini ada sampai bila-bila.

2 comments:

Anonymous said...

Ni semua banjingan..
Inilah pemula kepada sikap dan sifat kurang ajar yg cuba didik dan di asuh oleh puak pembangkang

Polis buat kerja salah, tak buat kerja salah..pi mampossss la ko ustaz PAS. Bapak aku dulu Polis..dan aku tak rela semua anggota polis di keji disebabkan tugas mereka.

Korang yang paling keji sekali, berpolitik secara keterlaluan. Mempergunakan agama demi kepentingan politik? siapa paling keji????porak perandakan negara.
Malaysia man dari dulu sehingga sekarang, korang yg cuba menghuru harakanya. Kononya Malaysia tidak Islamik...Ciri2 islam macamana korang nak? Bodoh bahalol punya USTAZ PAS.

Korang nak harapkan anggota relawan PAS tu nak jaga negara? HamPAS ler....buat kecoh pandai ler..kalau nak bertempur, bunyi mercun meletup dah 10 batu lari..
semuanya auta belaka. Nak kawal laulintas pun macam kawal kambing masuk kandang..

Aku harap Polis2 dalam negara ni jalankan tanggungjawab anda semua. Jangan pedulikan kata2 pemimpin PAS HARAM JADAH ini. Kita tahu dosa pahala. Apabila kita tidak menjalankan tanggung jawab kita kepada negara, adalah BERDOSA BESAR kita kepada Allah. Mereka2 ini adalah syaitan jelmaan yg menggangu gugat umat manusia.

Nyamuk2 ini haruslah di hapuskan sebelum mereka membiak...mereka1 ini lebih teruk dari Aedes dan Malaria....

Anonymous said...

bangang sekor ni asyik nampak salah orang je.

salah dia dengan statement mcam bodoh x sekolah je tu mcamna pulak ekh? kesian pengikut2 bangang pas ada pemimpin mcam ni :-(