Thursday, October 06, 2011

BOLEHKAH HUDUD MENYATUKAN UMAT ISLAM?


Salam semua ®…
Penulis bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana ada juga di kalangan Mufti kita yang berani bercakap tentang kebolehan perlaksanaan hukum hudud ini di dalam konteks negara majmuk. Penulis menyokong penuh gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam menasihati pentadbiran DS Najib agar membenarkan undang-undang hudud ini dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan”. Soal mereka (Pas) ikhlas atau tidak, itu soal mereka dengan Allah. Penulis percaya mungkin ramai lagi di kalangan ulama dan cerdik pandai Islam yang berada di dalam kerajaan serta NGO-NGO Islam yang lain bersetuju dengan cadangan positif  Mufti Perak ini.
Penulis berpendapat, cadangan di atas bukanlah hanya setakat seruan malah, bantuan dan sokongan  daripada kerajaan dari segi kepakaran dan dana perlu disediakan agar perlaksanaannya nanti biarlah menepati tatacara sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Perbincangan secara ilmiah serta kerjasama di antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu diadakan agar segala  aspek  yang berkaitan dengan pentadbiran di dalam perlaksanaan hudud ini dapat dijalankan dengan teratur.
Manalah tahu, mungkin dengan adanya kerjasama di dalam perlaksanaan hukum hudud ini akan menzahirkan pula kepada penyatuan umat Islam itu sendiri. InsyaAllah.
Kalaulah orang Melayu Islam kita sanggup berpecah-belah kerana kuasa dan tidak meyakini dan beriman dengan hukum Islam kita sendiri. Maka,  janganlah diharap pula orang bukan Islam mahu faham tentang hukum hudud ini. Tetapi, masalahnya sampai bila? Sebenarnya semuanya terletak di atas bahu jembala kita bak kata pepatah ‘Hendak seribu daya, tidak mahu, seribu dalih’….Sebagai Khalifah di muka bumi ini, kita orang Islam perlulah menjadi contoh  yang baik kepada kaum-kaum yang lain kerana Allah tidak sesekali akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecualilah kaum itu sendiri yang berusaha mengubah untung nasib mereka.
Ikuti paparan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti yang disiarkan oleh Malaysian Insider.
Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu “percubaan” selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.
“Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.
“Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.
“Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju,” katanya.
Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.
“Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam,” katanya.
Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata “hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud.”
Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.
Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.




1 comment:

PenganutPAS said...

Pada 17 oktober 1990 Karpal Singh bagi warning kaalu nak laksana hudud langkah mayatnya dulu . Dah 21 tahun dah .

Dalam tempoh 21 tahun seinci pun karpal takbergerak dengan pendirian dia . Tetapi kerajaan PAS (kelantan) dah kendurkan dari nak laksana seluruh malaysia (negara islam PAS ) kepada hanya kelantan sahaja . Kemudian ditukar pula hudud hanya kepada orang islam sahaja . Akhirnya dibuat sebagai salah satu enekmen dalam undang syariah negeri .
Aspek-aspek lain belum nampak lagi persediaannya seperti penguatkuasa , pendakwaan , hakim , tahanan , pelaksana hukuman dll.

apa kata murshidur am PAS