Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Mahathir. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Kerja Keras DS Najib Diakui oleh Tun Dr Mahathir...



Salam semua®…

Ha…ini baru betul. Kali ini saya sokong 100% kenyataan Tun Dr Mahathir. Sepatutnya dari dulu lagi Tun perlu memberi sokongan moral yang padu kepada kerajaan di bawah pimpinan DS Najib. Tindakan Tun yang asyik mengkritik dasar pimpinan  DS Najib sebenarnya tidak memberikan impak yang baik kepada kekuatan orang Melayu dan kerajaan BN keseluruhannya.

Walaupun Tun tidak lagi di dalam kabinet, sekurang-kurangnya pengalaman mentadbir yang Tun miliki dapat diterjemahkan dengan lebih efektif jika ianya  disusun dengan lebih teratur, dibuka dan dihuraikan di dalam hubungan yang lebih mesra di antara pemimpin lama dengan pemimpin baru. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Saya amat tersentuh bila Tun mengungkap kata-kata sebegini;

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,”

Apa yang penting etika kerja bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh DS Najib sejak memegang tampuk pemerintahan, sekurang-kurangnya mendapat pujian ikhlas daripada Tun.

Memang betul apa yang diungkapkan oleh Tun itu, kadang-kadang penilaian daripada orang luar ternyata lebih baik daripada penilaian dalaman kita sendiri. Sebab itulah kita mesti yakin dengan kemampuan pimpinan masa kini.

Masakan Tok Guru tidak percayakan kemampuan bekas anak didiknya (dalam kabinet)  sendiri?

Ayuh, pandanglah ke hadapan, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Ikuti laporan berita terkini yang dilaporkan oleh Utusan Online:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, Najib berdepan “kesukaran” berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.

"Beliau tidak mempunyai majoriti seperti mana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema“Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global” sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. - Bernama

Friday, March 18, 2011

DARIPADA BERSUSAH-PAYAH MENYANGGAH MEMOIR TUN MAHATHIR YANG BANYAK BERJASA, LEBIH BAIK MENYANGGAH FATWA-FATWA SONGSANG DARIPADA NIK AZIZ YANG LANGSUNG TAK BUAT APA-APA UNTUK NEGARA MALAYSIA…


Salam semua…
DARIPADA BERSUSAH-PAYAH MENYANGGAH MEMOIR TUN MAHATHIR YANG BANYAK BERJASA, LEBIH BAIK MENYANGGAH FATWA-FATWA SONGSANG DARIPADA NIK AZIZ YANG LANGSUNG TAK BUAT APA-APA UNTUK NEGARA MALAYSIA…
Oleh Ahmad Lutfi Othman,    
Sebaik mendapatkan memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sehari selepas dilancarkan secara rasmi, saya membelek-belek isi kandungannya. Saya mencari topik berkaitan isu-isu menarik dan kontroversi sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekurang-kurangnya bab yang merujuk tragedi pemecatan Anwar Ibrahim, pemilihan Umno 24 April 1987 yang membawa kepada pengharaman parti itu, krisis kehakiman dan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Operasi Lalang dan juga Peristiwa Memali.
Sepintas lalu semua isu-isu tersebut -- kecuali Peristiwa Memali 1985 (yang terselit dalam bab pertama, tapi Dr Mahathir mengaitkannya dengan kes-kes ekstremis lain seperti serangan ke atas kuil Hindu di Selangor, 1979 dan balai polis di Batu Pahat, 1980) -- dapat diikuti dalam buku setebal lebih 800 halaman itu. Bagaimanapun, gelora hati saya turun-naik ketika membacanya. Terasa seolah-olah Dr Mahathir cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.
"Sakit hati apabila membaca bab berkaitan kes Tun Salleh dan pengharaman Umno. Mahathir masih mahu terus memperbodohkan rakyat," marah seorang pensyarah undang-undang, yang juga bekas peguam. "Saya lebih senang membaca perjalanan hidupnya sebelum beliau aktif berpolitik. Masuk saja bab berkaitan Tunku Abdul Rahman sudah nampak belangnya," tambahnya.
Bagi saya, bab 43 berkaitan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir jauh lebih menarik (sebenarnya lebih tenang untuk ditatap) daripada babak-babak genting dalam kerjaya politiknya. Mungkin  disebabkan saya cuba membandingkan pengalaman beliau pada Januari 1989 -- dan pembedahan kedua pada September 2007 -- dengan apa yang saya sendiri lalui pada Mac 2010. Rasanya seperti tiada jauh beda terutama mengenai halusinasi dan mimpi-mimpi aneh semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Saya akui, kes pengharaman Umno yang bermula dengan pertandingan sengit di antara Team A (diketuai Dr Mahathir) dan Team B (diterajui Tengku Razaleigh Hamzah) dalam pemilihan parti April 1987 sering diberikan tafsiran yang salah. Walaupun sudah beberapa kali saya menyiarkan perspektif sebenar kes tersebut dalam Harakah, masih ramai yang kabur dengan cerita sebenar.
Justeru, memang mudah bagi Dr Mahathir untuk terus memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Harun Hashim pada 4 Februari 1988 itu. Sejak awal Dr Mahathir menyalahkan Ku Li, yang didakwanya mengamalkan rasuah politik untuk membeli undi perwakilan. Dr Mahathir berkata, Team B telah membelanjakan lebih RM20 juta untuk berkempen, dan kebanyakannya wang itu disediakan oleh Ku Li.
Mengulas tulisan Dr Mahathir itu, Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah.  Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni.
Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.
"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.
Realitinya, Dr Mahathir -- melalui penguamnya sendiri, Sri Ram -- "mendesak" hakim bahawa hanya satu keputusan yang boleh dibuat iaitu Umno diisytihar haram bagi mengelak saingan berterusan daripada Ku Li dan Team B, yang dianggotai antara lain Musa Hitam, dan beberapa menteri seperti Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Abd Samad, Ajib Ahmad dan timbalan-timbalan menteri seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman dan Zainal Abidin Zin.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir boleh menyelamatkan Umno daripada diharamkan dengan menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan. Malah, Harun Hashim dalam keputusan bertulisnya juga mencadangkan Menteri Dalam Negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana pertubuhan daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.
Dr Mahathir enggan menggunakan kuasanya itu semata-mata demi kepentingan politik peribadi beliau. Dengan merancang penubuhan parti baru, yang akan mewarisi segala aset, wang dan juga tanggungan parti yang diharamkan, melalui pindaan kepada Akta Pertubuhan, tetapi masih menggunakan nama Umno, Dr Mahathir berjaya menyingkirkan semua musuh politik dalaman parti.  
Ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati (dikenali sebagai Umno 11) kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Menyedari beberapa kes terdahulu yang banyak menimbulkan kritikan termasuk daripada para peguam, khususnya dalam kes UEM dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memihak kepada kerajaan, maka Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan agar rayuan Umno 11 didengar semua hakim Mahkamah Agung (kecuali seorang), iaitu seramai sembilan orang.
Implikasi arahan Tun Salleh mudah difahami Dr Mahathir. Berdasarkan kes-kes rayuan yang lepas, tujuh daripada hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh. Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Mohd Azmi Kamaruddin , Wan Hamzah Mohd Salleh dan Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.
Dr Mahathir sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim itu hanya akan membatalkan pemilihan April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.
Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.
Dalam memoirnya, Dr Mahathir mendakwa pihak yang mahu Tun Salleh dipecat adalah Yang di-Pertuan Agong, hanya berpunca daripada surat peribadi Tun Salleh kepada baginda berkaitan bunyi bising projek penambahbaikan istana yang berdekatan kediaman Ketua Hakim itu. (Alasan ini sebenarnya berubah-ubah; dahulu Dr Mahathir mendakwa ia ekoran surat aduan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu yang ditulis oleh 20 hakim).
Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.
Peristiwa Tun Salleh dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri untuk "digertak" Dr Mahatthir seolah-olah menggambarkan kehakiman itu di bawah kuasa eksekutif. Surat penggantungan Ketua Hakim sepatutnya datang daripada Agong dan diserahkan di istana ataupun oleh wakil istana.
Jika merujuk Perkara 125(3) Perlembagaan, tindakan untuk menggantung atau memecat Ketua Hakim mesti dimulakan oleh Perdana Menteri dan bukannya Agong. Baginda, seperti diperuntukkan Perkara 40(1) tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk bertindak atas inisiatifnya sendiri melainkan mengikut nasihat Kabinet atau Perdana Menteri yang  yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.  
Sedangkan dalam kenyataan akhbar pada 31 Mei 1988, Dr Mahathir dijelaskan: "... pada mulanya Perdana Menteri telah diminta oleh Agong supaya jawatan
Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantikan kerana baginda tidak senang dengan surat Tun Salleh kepada baginda ...."
Saya akan jelaskan lebih lanjut proses pemecatan Tun Salleh ini dalam keluaran Harakah berikutnya bagi menyanggah dakwaan tidak berasas Dr Mahathir dalam memoirnya, yang disifatkan secara umum oleh sarjana media, Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai "naskhah yang sakit". Semoga kekeliruan dapat dibetulkan.- Sumber Harakah

P/S – Faham sangatlah…adat penulis cari makan begitulah…Kadang-kadang tu, perlu bersyukur dan berpijaklah di bumi nyata.  Jasa Tun kepada kita dan seluruh rakyat Malaysia terlampau banyak hendak diperkatakan. Nasib baiklah Tun Mahathir jadi PM, kalaulah Nik Aziz…rasanya tak tergamak nak kita bayangkan…

Saturday, March 12, 2011

THE MEMOIRS OF TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD: BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH. TAK GITU ...DS ANUAR?


Salam semua...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar memfailkan saman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad jika tidak berpuas hati dengan kandungan buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia adalah langkah yang sepatutnya diambil oleh Anwar dan bukannya melenting terhadap pendedahan bapanya itu.
“Nampaknya kalau dah melenting memang ada kebenaran di sebalik pendedahan yang dibuat oleh bapa saya.
“Tidak timbul soal nak pertahankan anak di dalam buku tersebut tetapi apa yang dibangkitkan di dalam buku tersebut ialah soal negara dan jika berani Anwar samanlah bapa saya RM100 juta atau RM200 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.
Buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad setebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila ia akan diulang cetak sebanyak 20,000 naskhah lagi bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Antara yang disentuh dalam buku tersebut itu ialah bagaimana Dr. Mahathir terpaksa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan pendedahan itu dilihat menimbulkan reaksi kurang senang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurut Mukhriz, beliau yakin bapanya bersedia untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah bagi membuktikan kebenaran yang ditulis di dalam buku tersebut.
“Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai mengenai keputusan-keputusan yang terpaksa diambil oleh bapa saya sewaktu mentadbir negara dahulu.
“Sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, bapa saya tidak berpeluang untuk menceritakan apa yang berlaku dan kini bapa saya sudah bersara dan masanya sangat sesuai untuk menjelaskan semuanya,” katanya.-Utusan
P/S – Hanya orang yang bercakap benar sahaja berani mencabar supaya dirinya disaman. Secara logiknya…buat apalah TUN mengambil risiko yang besar dan tidak berfaedah menceritakan perkara yang tidak benar kerana beliau bukanlah calang-calang orang. Sebab itulah TUN berani berbuat demikian.
InsyaAllah kebenaran akan mengatasi kemungkaran akhirnya…..

Tuesday, March 08, 2011

MEMOIR MAHATHIR: TERKINI & MENGGEMPARKAN… ANWAR DIDAKWA DIBEKAL EMPAT WANITA UNTUK SEKS…DATUK NALLA TAHU PERKARA INI?


Salam semua…
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam autobiografi yang dikeluarkan hari ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibekalkan empat wanita untuk mengadakan hubungan seks sebelum beliau dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada 1998.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau ada menemu bual wanita-wanita yang memberitahunya bahawa mereka telah dibawa untuk mengadakan hubungan seks dengan timbalannya ketika itu, yang kemudian didakwa dan dihukum penjara berhubung tuduhan kes liwat dan salah guna kuasa.
Dr Mahathir menulis bahawa merema dipujuk agar berbuat demikian oleh seorang lelaki India bersama Nalla, dipercayai Datuk K. S. Nallakarupan, ketika itu rakan Anwar.
Nallakarupan telah memutuskan hubungan dengan Anwar selepas pemilihan PKR tahun 2007.
"Dia telah membawa setiap perempuan secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di sana mereka bertemu dengan seorang yang (mereka) kenalinya sebagai timbalan perdana menteri.
"Mereka telah diminta menanggalkan pakaian untuk tujuan mengadakan hubungan seks," tulis Dr Mahathir dalam memoir bertajuk "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad", yang pertama sejak bersara pada Oktober 2003.
"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.
Dr Mahathir berkata beliau memanggil pemimpin-pemimpin Umno termasuk ketua-ketua menteri dan menteri-menteri besar ke kediaman rasminya Sri Perdana di sini untuk memberi taklimat mengenai perkara itu dan menunjukkan mereka gambar para saksi.
"Dia mengisytiharkan dia tidak melakukan sesuatu yang luar biasa dan menegaskan bahawa setiap orang termasuk kesemua ahli Majlis Tertinggi memang ada berbuat demikian," tulis Dr Mahathir mengenai pendirian Anwar membela dirinya di hadapan kepimpinan tertinggi Umno.
"Ketika penjelasan panjang lebar, Anwar tidak pernah dirujuk kepada soal hubungan homoseks, hanya fokus hubungan dengan wanita," katanya.
Dr Mahathir juga mengulangi bahawa beliau buat pertama kali diberitahu mengenai aktiviti homoseksual Anwar pada awal 1990-an oleh ketua polis ketika itu Tun Haniff Omar.
Katanya, beliau diberikan buku berjudul “50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri”, tetapi menolaknya kerana ia berunsur “sensasi” hanya untuk mendapatkan duit.
Kata Dr Mahathir, pada 1997, Ummi Hafilda Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, menghantar surat kepadanya dengan dakwaan khusus mengenai tingkah laku liwat Anwar.
Anwar dipecat pada September 1998.
“Polis meneruskan pemantauan ke atas aktiviti timblan perdana menteri memandangkan ia adalah amalan biasa mereka. Meskipun saya minta mereka hentikannya, saya ragu-ragu mereka akan berbuat demikian.
“Kali ini mereka ada bukti termasuk gambar dan pengakuan mereka yang terlibat,” kata beliau dalam buku terbarunya setebal 809 halaman.
Kini, Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua terhadapnya.- The Malaysian Insider
P/S – Woow…penuh dengan skandal rupanya dia ni….kesian Kak Zah…lepas satu..satu…

Thursday, February 17, 2011

TUN DR MAHATHIR: POLIS HALANG SAYA MANSUH ISA….


Salam semua…
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini mendakwa beliau pernah cuba untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika memegang jawatan tersebut.
Katanya, ketika beliau menyarankan supaya ISA dimansuhkan, pihak polis berkata 'tidak boleh' kerana bahawa masih ada ancaman.
Berucap di sebuah forum mengenai demokrasi, Dr Mahathir berkata undang-undang itu dilaksanakan oleh penjajah Inggeris untuk berdepan dengan ancaman komunis pada 1950-an.
Dr Mahathir sering dituduh menyalahgunakan ISA, yang membolehkan penahanan tanpa bicara, terutama ketika Operasi Lalang pada 1987 dan era reformasi, terhadap penentang kerajaan.-Malaysiakini, 17/02/2011.
P/S – Oh begitukah cerita sebenarnya. Tun Haniff Omar pun sendiri mengaku….