Monday, November 28, 2011

Kerja Keras DS Najib Diakui oleh Tun Dr Mahathir...



Salam semua®…

Ha…ini baru betul. Kali ini saya sokong 100% kenyataan Tun Dr Mahathir. Sepatutnya dari dulu lagi Tun perlu memberi sokongan moral yang padu kepada kerajaan di bawah pimpinan DS Najib. Tindakan Tun yang asyik mengkritik dasar pimpinan  DS Najib sebenarnya tidak memberikan impak yang baik kepada kekuatan orang Melayu dan kerajaan BN keseluruhannya.

Walaupun Tun tidak lagi di dalam kabinet, sekurang-kurangnya pengalaman mentadbir yang Tun miliki dapat diterjemahkan dengan lebih efektif jika ianya  disusun dengan lebih teratur, dibuka dan dihuraikan di dalam hubungan yang lebih mesra di antara pemimpin lama dengan pemimpin baru. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Saya amat tersentuh bila Tun mengungkap kata-kata sebegini;

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,”

Apa yang penting etika kerja bersungguh-sungguh yang ditunjukkan oleh DS Najib sejak memegang tampuk pemerintahan, sekurang-kurangnya mendapat pujian ikhlas daripada Tun.

Memang betul apa yang diungkapkan oleh Tun itu, kadang-kadang penilaian daripada orang luar ternyata lebih baik daripada penilaian dalaman kita sendiri. Sebab itulah kita mesti yakin dengan kemampuan pimpinan masa kini.

Masakan Tok Guru tidak percayakan kemampuan bekas anak didiknya (dalam kabinet)  sendiri?

Ayuh, pandanglah ke hadapan, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing.

Ikuti laporan berita terkini yang dilaporkan oleh Utusan Online:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

“Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, Najib berdepan “kesukaran” berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.

"Beliau tidak mempunyai majoriti seperti mana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema“Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global” sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Banyak lah kau punya betul.. Macam bagus je kamu cakap yek. "Masing2 ada kelebihan sendiri" tu Najib dengan Dolah boleh le...
Satu lagi bila masa Mahathir ada kritik teruk Najib, kalau ada pun apa sampai tak boleh dikritik? Yang dia kritik teruk zaman badawi dulu la dol. ketinggalan ketapi la lu

Jangan ambil hati lak, bukan ape.. Itu Dr Mahathir, Khairul Fahmi Che Mat lu nak cakap itu mcm takpa haa