Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

Saturday, January 01, 2011

PEMAIN BOLASEPAK KEBANGSAAN –SEBAGAI IKON NEGARA



Salam semua…

Malaysia sebagai negara yang kecil di rantau Asia Tenggara akhirnya menutup tirai sukan tanah air melalui pencapaian gemilang dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan negara jiran Indonesia dengan agregat 4-2. Kemenangan tersebut telah mengharumkan nama serta maruah Malaysia di persada antara bangsa.

Untuk  menonjolkan kekuatan dan menjulang ketinggian maruah negara di peringkat antara bangsa bukanlah sesuatu  perkara yang  mudah. Kalau zaman dulu-dulu, rakyat yang cintakan tanah airnya sanggup berperang dan bersedia menggadaikan nyawa mereka untuk  satu-satu kemenangan. Ungkapan-ungkapan keramat sebagai pembakar semangat seperti “biar putih tulang jangan putih mata” sering diungkap oleh panglima-panglima ketika berperang demi menagih kemenangan dan menjaga maruah negara.

Panglima-panglima perang serta askar-askar yang hebat di dalam peperangan  selalunya menjadi contoh dan ikon kepada negara mereka. Di sebabkan kesetiaan dan kekuatan merekalah nama negara mereka dipandang tinggi dan disegani oleh   negara-negara lain. Kemenangan waktu itu merupakan simbol kekuatan dan tingginya maruah sesebuah negara itu.   Mereka yang telah mengharumkan nama negara ketika itu telah diberikan dengan pelbagai ganjaran, penghormatan serta kebesaran negara secara besar-besaran dalam suasana gelang-gemilang. Semuanya adalah kerana pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada negara malah, nama-nama mereka telah terpahat dan sentiasa dikenang sehinggalah ke hari ini.

Itu dulu, tetapi sekarang ini suasana dan senarionya telah berbeza. Tugas penting untuk mengharumkan dan menaikkan maruah nama negara di persada antara bangsa telah diambil-alih sebilangan besarnya oleh ahli-ahli sukan  negara termasuklah yang terkini pencapaian gemilang pasukan bolasepak negara menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dengan mengalahkan negara jiran Indonesia dengan agregat 4-2.

Pada pandangan penulis, mereka ini perlu dijulang sebagai wira negara kerana bukanlah senang untuk melahirkan pemain-pemain berbakat seperti mereka ini. Bakat dan kemahiran mereka sebenarnya bukanlah boleh dibentuk, boleh dibeli ataupun boleh dicari dalam sehari dua. Mereka sebenarnya telah dilatih bertahun-tahun bermula dari alam persekolahan sehinggalah mereka berjaya menjadi seorang pemain negara. Banyak kesusahan dan pengorbanan yang telah mereka lalui sebelum mereka bergelar sebagai  seorang juara. Demi untuk menjadi seorang juara, ada sebilangnya besarnya terpaksa berkorban meninggalkan alam persekolahan serta sampai ada yang sanggup membahagikan  kepentingan dan tanggung-jawab ke atas keluarga.

Oleh yang demikian, pada pandangan penulis, bagi mereka yang telah mengharumkan nama negara seperti pasukan bolasepak kebangsaan di atas diberi ganjaran dan penghormatan negara dengan sewajarnya.

Merekalah sebenarnya ikon-ikon negara. Ikon yang boleh bertindak sebagai penyuntik semangat 1Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Moga-moga pada tahun 2011, akan melahirkan  lebih ramai lagi wira-wira negara yang akan menjulang nama dan maruah negara Malaysia di persada antara bangsa.


Wednesday, December 29, 2010

Garuda Lari Lintang Pukang Dibaham Harimau


Salam semua...

Tahniah kepada pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia kerana berjaya melintang-pukangkan pasukan Garuda Indonesia dengan kemenangan 4-2 seterusnya menjuarai Kejohanan Piala AFC Suzuki tahun 2010.

Berbekalkan semangat 1 Malaysia di kalangan pemain serta jurulatih, kita akhirnya berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Semangat perpaduan semacam inilah yang kita mahu.

Tuesday, December 28, 2010

Pemain Bolasepak Vs Orang Politik : Siapa Lebih Bijak Kawal Emosi?



Salam semua…

Penulis ingin berkongsi berita tentang sahabat-sahabat kita dari tanah seberang sepertimana yang telah dilapurkan oleh Media mereka sendiri, The Jakarta Post mengenai dua komen yang berbeza tentang kekalahan pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia kepada pasukan kebangsaan Malaysia daripada dua individu terkenal mereka iaitulah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan penyerang handalan Indonesia, Irfan Bachdim. Berikutnya sila baca di bawah;

The Jakarta Post | Sun, 12/26/2010 10:26 PM|Sports . klik sini.

President Susilo Bambang Yudhoyono has instructed Youth and Sports Affairs Minister Andi Mallarangeng to file a protest to the Asean Football Federation (AFF) following the use of laser beams by Malaysian supporters to distract the visibility of Indonesian players in the AFF Cup finals first leg.  

However, the President called on Indonesian supporters not to use laser beam when Indonesia becomes the host of the second leg on Wednesday.
"Let's be a country that upholds a fair play," he said.
 
Penulis berasa amat hairan kenapa Bapak Presiden terlalu emosional sehingga sanggup mengarahkan ‘Youth and Sports Affairs Minister Andi Mallarangeng’ membuat bantahan resmi kepada Asean Football Federation (AFF). Pada pendapat penulis, sebaiknya beliau perlu berbincang terlebih dahulu dengan pengurus pasukan, jurulatih ataupun setidak-tidaknya dengan pemain-pemain mereka sendiri dan tidak perlu terburu-buru untuk bertindak sedemikian rupa.

Sila lihat pula komen salah seorang pemain dan penyerang handalan pasukan kebangsaan Indonesia, Irfan Bachdim seperti yang dilapurkan oleh The Jakarta Post; Klik sini.

Striker Irfan Bachdim believes that Indonesia will be able to overturn a 3-0 defeat to Malaysia when both teams meet in the Asean Football Federation (AFF) Cup finals second leg in Jakarta on Wednesday. 

“I can’t sleep after the loss,” Irfan tweeted. “We believe we can do it in Jakarta.”
He also said laser beams could not be blamed for the defeat.

“We must do it better than last night,” he said. “A winner will never give up.”  

Penulis tersenyum bila baca komen Irfan Bachdim yang bagi penulis lebih rasional,  bijak serta tidak cepat berputus asa. Penulis sanjung tinggi sikap positif dan professional beliau dalam memberi komen kepada media. Sikap ‘sporting spirit’ yang tinggi sebeginilah perlu ada pada ahli–ahli sukan bertaraf antara bangsa. Apa yang nyata mereka tidak cepat melatah dan bijak mengawal emosi selain bersedia untuk memajukan diri bagi menghadapi perlawanan-perlawanan penting akan datang.

P/S- Agaknya mungkin itulah mesej yang hendak disampaikan oleh The Jakarta Post? Kenapa  media mereka tidak berani berterus terang seperti media kita di Malaysia?