Showing posts with label Raja Petra Kamaruddin. Show all posts
Showing posts with label Raja Petra Kamaruddin. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

PARTI PAS LAH YANG KERAP MENJAJA ISU ALTANTUYA DALAM CERAMAH-CERAMAH MEREKA..BILA DAH TAHU KEBENARAN, ANGGAP ISU INI ISU MURAHAN DI TEPI JALAN YANG TIDAK PERLU DILAYAN…


Salam semua…
Amat menghairankan kita bila pendedahan blogger Raja Petra Kamaruddin baru-baru ini disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan. Amat malang sekali soal kebenaran telah dipandang sinis oleh PAS bila mana Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,  sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.
Kenapa PAS bersikap sebegini rupa?  Padahal merekalah yang kerap menjaja isu Altantuya ini ke hulu dan ke hilir di  dalam ceramah-ceramah mereka. Bila dah tahu kebenaran, sanggup mereka kata isu ini isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Ikuti kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seperti yang dilaporkan oleh Harakah Daily:
Isu akuan bersumpah blogger Raja Petra Kamarudin penuh putar belit yang ditimbulkan kembali oleh para pemimpin Umno BN, disifatkan oleh PAS sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Untuk memahami isu itu, kesemua pihak perlu menyedari kedudukan Raja Petra itu sendiri yang hanya sebagai rakyat biasa, bukan pemimpin negara dan bukan juga pemimpin parti politik penting di tanah air.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu sebarang isu yang timbul berkait dengan Raja Petra, apatah lagi jika jelas berputar belit seperti berkaitan akuan bersumpahnya berhubung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak mempunyai sebarang makna jika dilayan oleh PAS.
Menurut beliau, sebaliknya jika dilayan, ia hanya membuang masa dan tidak memberikan sebarang erti bagi mewarnai politik negara yang kini semakin menarik setelah diberikan nafas segar oleh Pakatan Rakyat.
Katanya, jika dikaitkan dengan situasi sedang memandu kereta di tengah jalan, melayani isu-isu murahan di tepi jalan seperti itu hanya akan mengganggu pemanduan seseorang sehingga akan menyebabkab 'lari stereng', sekali gus akan merbahayakan individu itu sendiri.
"Apatah lagi jika berkait pula dengan pentadbiran organisasi penting seperti PAS yang jika dilayan akan menyebabkan kita hanya membuang masa atau melakukan pekerjaan sia-sia sahaja," tegas beliau yang juga ahli Parlimen Marang ketika ditemui di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS agar bijak menilai isu yang ditimbulkan oleh pihak lawan untuk diulas bagi membolehkan ia memberikan kesan baik bagi perjuangan parti. 
Kebijaksaan itu lebih diperlukan lagi apabila ia ditimbulkan sempena pilihanraya kerana jika tidak, isu-isu penting yang patut ditimbulkan terutama berkaitan dasar pasti akan tenggelam hanya dalam masa lima minit sahaja ditimbus isu remeh temeh seperti itu.
P/S – Apa saja isu yang boleh memberikan keuntungan politik kepada PAS, semuanya OK. Bila dah terkena balik ke atas batang hidung mereka, PAS kata itu semua sebagai isu murahan di tepi jalan yang tidak perlu dilayan.
Apa punya standard parti politik lagu ni…memang hampehhhhh.



Thursday, April 14, 2011

JANJI-JANJI KOSONG YANG DITABURKAN OLEH ANWAR, KRISIS DALAMAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN DALAM PAKATAN PEMBANGKANG DAN MASALAH PERIBADI YANG DIHADAPINYA SUDAH CUKUP UNTUK RAKYAT MENILAI KEPIMPINAN ANWAR. – RAJA PETRA


Salam semua…
Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti dan terbukti gagal menunjukkan kepimpinan yang efektif sejak janjinya pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 tidak menjadi kenyataan.
Mengakui turut menjadi mangsa janji Anwar itu, Raja Petra berkata Ketua Pembangkang itu pernah memberi harapan palsu kepadanya semasa beliau dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting, Perak. "Anwar datang ke mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak dan beritahu saya jangan susah (hati), tidak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini. Rakaman temu bual bahagian kedua itu itu disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.
Raja Petra berkata, kegagalan pakatan pembangkang untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada 16 September 2008 seperti yang dijamin oleh Anwar telah melunturkan harapan pengundi yang menyokong pembangkang. Malah, kata Raja Petra kabinet bayangan pun pakatan pembangkang tidak mampu tubuhkan.
"Misalan sekarang pun sudah timbul soalan shadow kabinet. Anwar kata tidak perlu shadow kabinet..tapi istilah shadow kabinet ialah seorang ahli  pembangkang menjadi shadow kepada seorang ahli kabinet. Tidak semestinya shadow kabinet ialah kabinet yang bersedia untuk memerintah.
"Tapi sekiranya shadow kabinet pun kita tidak mampu tubuh, macam mana nak perintah? Siapa ahli kabinet. Pengundi-pengundi ingin tahu," katanya.
Beliau berkata, sekiranya sebagai pembangkang pun belum boleh buktikan kebolehan mereka, bagaimana pengundi hendak yakin bahawasanya pembangkang boleh  menjadi kerajaan.
"Sebab menjadi pembangkang lebih senang, kerana apabila kita jadi pembangkang, kita membangkang saja, kita tak perlu laksanakan. Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik semasa kita menjadi pembangkang," katanya.
Raja Petra berkata: "It is not so easy...kritik senang. Melaksanakan apa yang kita cakap, itu lagi susah. Tetapi kalau sebagai pembangkang pun gagal, sudah tentu rakyat kurang yakin sebagai satu kerajaan."
Justeru, katanya, Anwar sudah hilang kredibiliti dan gagal sebagai seorang pemimpin.
Beliau berkata, janji-janji kosong yang ditaburkan oleh Anwar, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pakatan pembangkang dan masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.
Malah, katanya, dalam pakatan pembangkang pun, Anwar tidak dihormati dan ini menimbulkan persoalan bagaimana beliau boleh memimpin negara.
"Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti-parti komponen...dan menjaga pemimpin-pemimpin, alasan yang diberi kita bagi kebebasan bersuara, tapi itu pun tidak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi," katanya.
Raja Petra berkata, selain itu, pakatan pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.
"Dalam kerajaan negeri Selangor saja, perselisihan faham antara PAS, DAP dan Keadilan (Parti Keadilan Rakyat) amat ketara.
"Misalan di Selangor, (Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor Datuk Dr) Hassan Ali keluar kenyataan lain yang berbeza dari dasar kerajaan negeri, dan Hassan Ali mengatakan ini dasar PAS.
PAS kata bukan, itu pandangan peribadi, itu bukan dasar parti yang PAS tidak terima.
"Jadi di dalam PAS pun, mereka tak bersatu. DAP pulak mengatakan tidak boleh...jadi kecoh," katanya.
"Contohnya, dalam isu penjualan arak di Selangor. Kita ambil satu isu saja, beer misalnya…orang sudah keliru. Boleh ke, tak boleh? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh."
"Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tidak boleh rampas. What is the policy (apakah dasarnya yang sebenar)?" katanya.
Raja Petra berkata, Anwar yang sepatutnya jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor, "ada pernah ke Anwar keluar kenyataan, dan berkata this is the policy? Ini dasar dia, tapi Anwar diam."
"Sementara di bawah bergaduh, itu bukan satu contoh kepimpinan yang baik...a leader knows how to control his soldiers (seorang pemimpin tahu bagaimana untuk mengawal pegawainya)," katanya.
Beliau berkata, selepas tiga tahun berkuatkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.
Kini "ramai orang yang bersuara kepada saya beritahu mereka sudah disillusioned...mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang," katanya.
Menyentuh mengenai kes liwat yang dihadapi Anwar, Raja Petra mendakwa ianya banyak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Sekarang ini kebanyakan orang keliru sebab timbul isu postpone (tangguh), pergi mahkamah, postpone. Orang tidak mampu follow (ikuti).
"Kita kena faham. Bukan semua orang lawyer. Kadang-kadang lawyer sendiri pun keliru, lagikan pulak orang macam kita yang bukan lawyer. So lama-lama orang dah tidak boleh ikut kes ini. Too confusing, tidak tahu what is going on…baik selesai saja kes ini once and for all," katanya. – BERNAMA
P/S – Penulis dah lama menilai..anda bagaimana?


RAMAI SAHABAT ANUAR TINGGALKAN BELIAU. YANG TERBARU ADALAH RAJA PETRA KAMARUDDIN. NAK TAHU KENAPA? BACA SETERUSNYA…


Salam semua…
Raja Petra Kamaruddin yang malam ini muncul dalam Buletin Utama membuat pengakuan dipergunakan untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik menjadi Perdana Menteri, sebelum ini dikenali sebagai penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengendali portal propembangkang, Malaysia Today berusia 60 tahun itu ialah antara individu yang terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak awal penubuhannya.
Komitmennya dalam perjuangan pembangkang khususnya Anwar menyaksikan beliau pernah ditahan sebanyak dua kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu pada 2001 dan 2008.
Namun, sejak November tahun lalu, Raja Petra dilihat menjadi senjata makan tuan buat Anwar apabila mula menyerang Penasihat PKR itu dalam portal kendaliannya berhubung isu pemilihan parti.
Sebulan sebelum itu beliau sudah membayangkan perubahan pendiriannya apabila pada satu majlis di London yang turut dihadiri Anwar, Raja Petra secara terbuka mengancam untuk menghentikan sokongan terhadap pihak pembangkang.
Beliau mengubah pendirian kerana mendakwa pembangkang gagal menunaikan janji walaupun menguasai beberapa negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.
Raja Petra sebelum ini menjadi `buruan’ apabila menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir di mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau yang ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada 2008 sebelum itu dibebaskan apabila Mahkamah Tinggi mendapati penahanannya tidak sah.
P/S – Tabiat manusia selalunya benci kepada penipuan. Ramai orang kata dalam berpolitik, sesetengah ahli-ahli politik itu sendiri masih lagi boleh menerima kalau pemimpin mereka bercakap bohong demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Tetapi ianya berlainan apabila seseorang pemimpin politik itu berbohong semata-mata untuk melayan nafsu seksnya sendiri. Pemimpin serupa ini, bukan setakat kehilangan pengikut-pengikut setianya. Malah, dalam banyak keadaan, pemimpin seperti ini akan kehilangan kawan dan sahabat yang setia padanya  sebelum ini.
Kepada pemimpin berkenaan. Kasihanilah pengikut-pengikut anda. Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan.



Wednesday, April 13, 2011

TERKINI, LAPORAN PENUH TENTANG PENDEDAHAN KES FITNAH DS ROSMAH DAN DS NAJIB: SAYA TAK PERNAH TUDUH NAJIB DAN ISTERI TERLIBAT, KATA RAJA PETRA


Salam semua…
TV3, stesen prokerajaan, hari ini menyiarkan temu bual eksklusif dengan Raja Petra Raja Kamaruddin yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Razak atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.
Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.
Raja Petra (gambar) berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
“Dalam SD (akuan bersumpah) saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.
“Dan, pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD,” kata Raja Petra yang kini berada di Australia.
“Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap.
“Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini ke depan,” kata beliau.
Kata Raja Petra, beliau telah menyebutkan nama-nama orang terbabit.
“Saya sebut semasa siasatan polis,” katanya lagi.
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.
“Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot,” katanya lagi.
Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah-The Malaysian Insider
 P/S – Penulis boleh terasa bahang panas kiri dan kanan Anuar. Malam ni, sure tak boleh tidur punya…..

GEMPAR!..RAJA PETRA BUAT PENDEDAHAN KATANYA DS ROSMAH TIDAK TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUNYA. SAYA SEBENARNYA LAKUKAN (MENULIS) APA YANG ORANG CAKAP SAHAJA…MANA MUNGKIN DS ROSMAH BOLEH MASUK HUTAN DAN NAIK BUKIT TENGAH-TENGAH MALAM PERGI KETEMPAT KEJADIAN…TIDAK BETUL SAMA SEKALI. MEREKA ITU TERMASUK DS ANUAR SURUH ‘PROCEED’…


Salam semua…
Hujan tidak, ributpun tidak, tiba-tiba saja kita digemparkan dengan berita mengejutkan bila Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang kini di dalam pelariannya di Australia telah membuat pendedahan berani dengan berkata DS Rosmah sebenarnya tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Saya sebenarnya lakukan (menulis) apa yang saya dengar dan orang cakap sahaja…Mana mungkin DS Rosmah boleh masuk hutan dan naik bukit tengah-tengah malam pergi ketempat kejadian…tidak betul sama sekali. Mereka itu termasuk DS Anuar suruh ‘proceed’….
Di samping itu beliau juga membuat tuduhan yang sama ke atas DS Najib berdasarkan dengar cakap saja dan manafikan beliau tahu cerita semuanya. Beliau juga mendedahkan tujuan pertuduhan ke atas DS Najib adalah semata-mata adanya komplot orang-orang tertentu yang mahu DS Najib tidak diangkat menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.
Berita menggemparkan ini telah disiarkan oleh berita TV3 malam tadi.