Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Friday, May 06, 2011

Alahai Mahfuz, Meroyannya menjadi-jadi. Hari ini tuduh UMNO adalah musuh nombor satu negara…Siapa yang perintah siapa?



Salam semua®…
Tidak habis-habis lagikah marah Mahfuz kepada Datuk Sri Najib?. Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. 
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
“Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?” soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
“Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak
dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara,” ujarnya.-Harakahdaily

P/S – Faham sangatlah…tengah melobi dan berkempen untuk diri sendirilah tu. Patutlah beliau sanggup menyerang DS Najib bertalu-talu. Rupanya ada udang disebalik batu.....

SIKAP RAKUS DAN ANGKUH MAHFUZ OMAR TIDAK MENUNJUKKAN IMEJ YANG BAIK KEPADA PAS…


Salam semua®…
Sikap biadab Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menggunakan bahasa kesat di laman sosial Twitter membuktikan kerakusan dan keangkuhan cara berpolitik beliau dalam merebut kuasa.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mungkin Mahfuz sudah hilang pedoman dan tidak menghiraukan adab budi bahasa dalam usaha terdesak beliau untuk memenangi semula hati pengikutnya.
"Demi kepentingan politik, Pas sanggup menggadaikan segala-galanya termasuk agama dan bangsanya sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap biadab Mahfuz yang secara terbuka menggunakan bahasa kesat berhubung reaksinya tentang isu penyatuan UMNO dan Pas di laman Twitter Naib Presiden Pas itu Sabtu lalu.
Mahfuz berkata: "Kalau dah Melayu kuasai BN (Barisan Nasional), apa yang kecoh DAP menang kerusi Cina. Apa yang sibuk nak ajak Pas sertai BN kalau dah kuat. Bahalol betoi (betul) hang (kamu) ini.''
Jelas Hishammuddin, cara pendekatan pemimpin Pas itu digambarkan seperti pepatah "menang sorak, kampung tergadai"
dengan menyamakan sikap Pas yang menyorak kejayaan DAP pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.-Utusan