Showing posts with label DS Anuar Sokong Israel. Show all posts
Showing posts with label DS Anuar Sokong Israel. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Betulkah DS Anuar Bekerjasama Dengan Negara Israel?...


Salam semua®…

Penulis terpanggil untuk  memberi sedikit pandangan penulis tentang isu sokongan tidak berbelah bagi DS Anuar  berkenaan perlindungan dan keselamatan ke atas negara Israel.

Walau apapun hujahan DS Anuar tentang isu ini, penulis berpendapat beliau mesti akur dan tidak lagi mengambil pendekatan berdolak-dalik.

Semua orang tahu bahawa ungkapan sokongan beliau ke atas perlindungan dan keselamatan negara Israel sememangnya terkeluar daripada mulutnya sendiri.

Walaupun di mana kita berada, sebagai seorang muslim yang mempunyai roh yang sentiasa berkongsi kesedihan pada setiap detik di atas kekejaman berterusan yang dilakukan oleh kerajaan Israel ke atas  rakyat Palestin, ungkapan daripada seorang pemimpin Islam seperti DS Anuar tentang sokongannya ke atas perlindungan dan keselamatan ke atas negara Israel sepatutnya tidak berlaku malah, telah memalukan dirinya sendiri dan negara Malaysia.

Kita bukanlah sengaja untuk memutar belitkan kenyataan beliau yang dibuat secara terang dan boleh difahami bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia termasuklah di negara Palestin itu sendiri.

Sebagai buktinya mengikut laporan Utusan Malaysia hari ini, pergerakan Hamas menegaskan bahawa sokongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel sebagai satu MESEJ NEGATIF dan meragukan rakyat Palestin secara keseluruhan.

Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan berkata, bagi rakyat Palestin, SOKONGAN ITU MENUNJUKKAN TERDAPAT INDIVIDU TERTENTU YANG BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL, demi kepentingan Israel menduduki sebahagian besar bumi Palestin secara haram.

Katanya, ia secara langsung memberi tanggapan bahawa INDIVIDU TERSEBUT MENENTANG HAK RAKYAT PALESTIN yang bangkit untuk mempertahankan tanah air mereka daripada terus diceroboh oleh Israel.

Menurut beliau, sokongan itu juga memberi mesej yang salah kepada Israel kerana REJIM ZIONIS ITU KINI BERANGGAPAN MEREKA BEBAS MENDUDUKI BUMI PALESTIN SECARA HARAM sambil terus memperluaskan jajahan mereka tanpa ditentang atau dihukum masyarakat antarabangsa.

Rujuk di sini.

Respons daripada Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan di atas  merungkaikan kesimpulan berikut:
 
  1. Kenyataan DS Anuar merupakan satu mesej negatif.
  2. Sokongan itu menunjukkan terdapat individu tertentu yang bekerjasama  dengan Israel.
  3. Individu tersebut menentang hak rakyat palestin dan yang paling penting;
  4. Rejim zionis itu kini beranggapan mereka bebas menduduki bumi     palestin  secara haram.

Kenyataan di atas bukanlah kenyataan daripada orang Malaysia, malah ianya dinyatakan secara jelas oleh salah seorang pemimpin rakyat Palestin sendiri.

Kalaulah mereka berpendapat bahawa mesej DS Anuar itu salah, apatah lagi kita rakyat Malaysia?...

Mana perginya Roh Muslim DS Anuar dahulu yang berkobar-kobar semangatnya ke atas perjuangan rakyat Palestin?

Kenapa  Jadi Begini, DS Anuar? Adakah anda sudah lupa diri?.......

lannkb

Thursday, February 16, 2012

NIK AZIZ TIDAK BOLEH BERSIKAP ‘DOUBLE STANDARD’ BILA MENYENTUH SOAL KEJUJURAN DS ANUAR….



Salam semua®…

Pas perlu membuktikan keikhlasan parti itu memperjuang hak Palestin dengan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana jelas perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel adalah haram seperti yang ditegaskan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar Anwar menarik balik kenyataannya dan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) tidak mencukupi untuk membuktikan keikhlasan Pas mempertahan perjuangan Palestin.

Menurutnya, desakan Nik Abdul Aziz itu tidak lebih sekadar sandiwara politik jika parti tersebut masih mahu bersama dengan PKR dan pakatan pembangkang sedangkan Anwar secara terbuka menyokong keselamatan Israel, sesuatu yang bertentangan dengan prinsip Pas dan perjuangan umat Islam seluruh dunia.

“Desakan ini perlu disusuli dengan tindakan meninggalkan PKR dan pembangkang dengan segera jika Pas bukan bersandiwara kerana kita melihat Pas hanya sekarang membuka mulut dalam isu sokongan Anwar terhadap keselamatan Israel ini, kenapa selama ini diam kalau Pas benar-benar ikhlas mempertahan Palestin.

“Saya percaya tindakan Nik Abdul Aziz ini lebih kepada kepentingan politik kerana beliau menyedari Pas kini berada dalam situasi yang cukup negatif ekoran kenyataan Anwar, sebab itu baru sekarang mereka berani bersuara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mursyidul Am Pas itu dalam satu kenyataan yang dianggap paling keras setakat ini mendesak Anwar menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan turut meminta ketua pembangkang itu menyaman WSJ sekiranya kenyataannya diputar-belitkan.

Beberapa hari lalu pula, Abdul Hadi menegaskan Pas menolak penyelesaian dua negara kerana haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan Israel, selain telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela dan membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.

Dalam perkembangan yang sama, Mohd. Zahid tidak menolak kemungkinan Anwar akan menemui Nik Abdul Aziz dalam masa terdekat ini bagi menyelesaikan isu tersebut dan sebaik sahaja pertemuan itu berlangsung, kedua-dua tokoh pembangkang berkenaan akan menjadikan UMNO sebagai kambing hitam.

“Berdasarkan pengalaman lalu itulah taktik Anwar setiap kali beliau tersepit. Saya percaya selepas bertemu dengan Nik Abdul Aziz, isu Anwar menyokong keselamatan Israel tidak akan timbul lagi sebaliknya yang akan dituduh selepas ini adalah UMNO, kononnya semua ini adalah fitnah UMNO,” dakwanya.-Utusan.

P/S – Penulis berpendapat, PAS perlu menilai semula kerjasama politik mereka dengan PKR. Kalaulah Nik Aziz sekarang ini nampaknya lebih berani  sampai sanggup mendesak agar DS Anwar membuat kenyataan terbuka dan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) (kerana mengeluarkan kenyataan beliau) bagi membuktikan KEIKHLASAN DS ANUAR dalam mempertahankan perjuangan Palestin, maka desakan yang sama juga perlu dilakukan oleh Nik Aziz supaya DS Anuar menyaman individu seperti  Ezam Mohd Nor, Datuk S Nalakaruppan, YB Zulkifi Noordin, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, TS Rahim Thamby Chik dan  Ummi Hafilda Ali bagi membuktikan ketidak benaran dalam beberapa siri pendedahan dan pembongkaran mereka atas salah laku moral DS Anuar seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Soal kejujuran dan keikhlasan adalah penting bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Nik Aziz perlu konsisten dalam tindakannya dan tidak perlu memilih-milih isu atau bersikap ‘double standard’ bila berhadapan dengan isu-isu yang  berbangkit.

Sebagai bekas Perdana Menteri yang betul-betul masak dengan kelakuan DS Anuar, Tun Dr Mahathir dalam berita Utusan hari ini juga sebagai berkata, “Anwar juga merupakan individu yang boleh menjelma menjadi pelbagai 'jenis' manusia serta tiada pegangan tetap mengenai apa sahaja.

''Kalau dengan orang Cina, dia (Anwar) jadi orang Cina, kalau dengan orang Melayu, dia jadi orang Melayu, kalau dengan orang Islam, dia jadi ulama.

''Bila dengan Israel, dia menyokong Israel," 


Dalam satu temuramah dengan pihak Utusan dahulu Datuk S Nalakaruppan pernah sebagai berkata, “Saya boleh katakan beliau ini mempunyai masalah split personality. Berperangai alim pada satu masa namun melakukan perbuatan buruk pada waktu lain. Saya pernah menunjukkan gambar beliau duduk bersebelahan imam di Masjid Negara. Saya secara bergurau berkata, “awak buat jahat semalam tapi esok you pergi masjid duduk sebelah imam.’’ Anwar menjawab itu budak jahat (gambar) tapi ini budak baik (tunjuk dirinya).

Datuk S Nalakaruppan seterusnya berkata, “Bagi saya apa saja yang dikatakan atau keluar dari mulutnya adalah temberang. Saya pernah berkawan rapat dengannya dan saya tahu. Bila beliau menjadi Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, dia boleh twist and talk bila-bila masa seperti sesumpah. Lidahnya sangat bercabang Dia boleh kata buah epal yang dipegangnya adalah buah oren”.

Renung-renungkanlah……sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga…..

lannkb

Monday, January 30, 2012

DATUK SYED ALI ALHABSHEE : "BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH POLITIK TANAH AIR SEORANG PEMIMPIN POLITIK MELAYU YANG MENGAKU ISLAM DIKATAKAN MELINDUNGI REJIM ISRAEL,"



Salam semua®…

Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas mencabuli prinsip kemanusiaan sejagat apabila dikatakan menyokong segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, sekali gus menjadikannya sebagai seorang musuh kepada Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, seluruh umat Islam berasa terhina dengan pendirian Ketua Pembangkang itu yang disifatkan sebagai amat keterlaluan dalam usaha beliau mencari sokongan luar untuk berkuasa.

"Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanah air seorang pemimpin politik Melayu yang mengaku Islam dikatakan melindungi rejim Israel," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Anwar dalam satu wawancara bersama majalah The Wall Street Journal kelmarin yang antara lain menyebut Ketua Pembangkang itu menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Syed Ali berkata, seluruh umat Islam di negara ini wajib menolak dan menyisihkan Anwar daripada gelanggang politik.

"Manusia jenis ini amat berbahaya, bukan setakat boleh merosakkan negara malah turut menghancurkan masa depan umat Islam," tegasnya lagi.

Beliau berkata, keganasan dan kekejaman rejim Israel terhadap rakyat Palestin sudah terbukti dan mendapat kecaman seluruh dunia.

"Ketika dunia mengutuk kekejaman Israel, Anwar pula mempertahankannya, ini satu perkembangan yang amat menakutkan," katanya sambil menyifatkan ia sebagai petanda kepada kehancuran umat Islam jika tidak ditangani segera.

Syed Ali dalam pada itu turut kesal dengan pendirian Pas terutama Dewan Pemuda parti itu yang begitu takut untuk mengecam Anwar secara terbuka ekoran kenyataan berkenaan.

"Pemuda mereka hanya berani bersuara dalam Twitter dengan mendakwa ia satu pengkhianatan kepada umat Islam tetapi tidak menyebut nama Anwar," ujarnya.

Menurutnya, ini menunjukkan Pemuda Pas terlalu takutkan Anwar demi menjaga kepentingan politik mereka.

"Pas juga tali barut kepada musuh Islam yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi," ujarnya. – Utusan.

P/S – Kalau penulis tidak silap, DS Anuarlah orangnya yang paling lantang memburuk-burukkan kerajaan DS Najib pasal Isu APCO. Isu ini mendapat liputan meluas daripada di parlimen sehinggalah ke kedai-kedai kopi. Isu ini menjadi modal politik yang agak lama untuk parti pembangkang terutamanya dalam ceramah-ceramah parti PAS yang begitu keras mengutuk kerajaan.
Tetapi, sekarang apa sudah jadi? Bukan setakat kerjasama dengan syarikat APCO menjadi cemuhan mereka, kali ini DS Anuar terang-terang dalam kenyataannya kepada majalah The Wall Street Journal menyokong setiap usaha dilakukan untuk melindungi keselamatan negara Israel. Apa semua ini?
Paling mengejutkan kita, di atas sikap ‘double standard’ PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz tampil kehadapan dan enggan mempercayai laporan yang diterbitkan oleh The Wall Street Journal itu.
Kata Nik Abduh, "Menyokong segala usaha melindungi keselamatan negara Israel? Saya tak percaya berita ini,"
Cara beliau berhujah, saling tak tumpah, sebijik macam bapanya.
Kita bukanlah suruh beliau percaya. Soal percaya atau tidak, bukanlah menjadi persoalan utama kerana terserahlah kepada individu itu sendiri menilainya. Sebagai seorang yang berstatuskan Timbalan Ketua Pemuda, beliau sepatutnya tidak tergesa-gesa, sebaliknya carilah maklumat terlebih dahulu dan barulah menyatakan pendiriannya kepada media.
Penulis amat kecewa kerana perkara ini berlaku dikalangan orang-orang Melayu sendiri dan terserahlah kepada semua pembaca untuk menilainya.