Salam semua®…
Penulis
rasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini ada sesuatu yang tidak kena dengan amalan
pembocoran maklumat akaun perbankan pelanggan (peribadi ataupun syarikat ) kepada
pihak ketiga oleh kakitangan syarikat perbankan itu sendiri.
Berita-berita
pembocoran maklumat oleh kakitangan bank ini bukan lagi secara sorok-sorok
malah, telah menjadi perkara biasa dan sebagai sumber bahan berita sensasi di dada-dada akhbar tempatan dan di media maya.
Perkara
ini berlaku kerana timbulnya beberapa isu panas yang dibawa secara rakus
kebanyakannya oleh pemimpin ahli-ahli politik terutamanya ahli-ahli politik
pembangkang di Malaysia.
Adakah
mereka semua faham perkara ini? Ataukah mereka sebenarnya tidak tahu?
Sebagai
bukti pembocoran maklumat akaun perbankan pelanggan ini, penulis siarkan semula
keratan petikan laporan berita yang penulis ambil daripada portal berita The
Malaysian Insider bertarikh 8/3/2012 seperti berikut:-
Menurut dokumen daripada salah satu bank, yang menurutnya diperolehi daripada pemberi maklumat, pengarah NFCorp telah membuat
deposit bernilai RM71,486,589 (RM71,395,617 dan RM90,972) di bawah nama
syarikat dan satu lagi deposit bernilai RM1,872,254 di bawah National
Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), syarikat yang turut dimiliki
keluarga Shahrizat.
Dua dokumen lain menunjukkan keluarganya
turut memperoleh kemudahan kredit bernilai 197,338 di bawah satu lagi syarikat
mereka, Agroscience Industries Sdn Bhd, RM4,391,240 pinjaman bagi pembelian
aset hartanah, dan Mohamad merupakan penjamin bagi pinjaman lain bernilai
RM663,743.
Ini, jelas Rafizi memetik dokumen berkenaan,
adalah fakta yang Mohamad hanya mempunyai simpanan sebanyak RM421 di dalam
akaun manakala Agroscience mempunyai sekitar RM927.
Tambahnya lagi, SEMAKAN LEBIH MENDALAM
DENGAN BANK yang tidak didedahkan kepada media menunjukkan dana berkenaan
dipindahkan untuk pembelian lapan unit di KL Eco City, dengan nilai jualan
RM9,688,866.
Soal betul atau salah isi kandungan maklumat di atas
bukanlah menjadi perkara penting, akan tetapi pembocoran maklumat akaun pelanggan
kepada orang ramai atau pihak ketiga tidak sepatutnya berlaku.
Semua orang tahu bahawa sistem kawalan maklumat akaun perbankan
pelanggan di Malaysia telah lama terkenal di atas kewibawaannya kerana ianya
telah dikawal selia dengan baik selama ini oleh Bank Negara Malaysia.
Tetapi, kenapa perkara yang memalukan di atas boleh
berlaku?
Jika ianya tidak dikawal dengan betul, jangan sampai boleh memalukan negara Malaysia di mata dunia
jika selepas ini rakyat negara lain boleh menganggap mereka senang mendapat
maklumat akaun perbankan pelanggan lain di Malaysia tanpa perlu mematuhi
prosuder atau tatacara yang sepatutnya mereka ikuti.
Penulis rasa sudah sampai masanya Bank Negara Malaysia
perlu melihat perkara ini dengan lebih serius dan mengambil tindakan yang
sewajarnya kepada pihak yang terlibat.
Contoh pembocoran maklumat akaun peribadi pelanggan di
atas menjadi alasan kenapa Bank Negara Malaysia perlu bertindak dengan segera!....
1 comment:
Thanx for sharing all these wonderful Posts and Blog.I really like them and looking forward for the newposts.You can download free Pc Game, Full Version Game like Painkiller Recurring Evil , Risen 2 Dark Waters , Deep Black Reloaded and
Dead To Rights From zoobygamez.
Post a Comment