Friday, March 30, 2012

ISU NFC: LAWAK....SIAPA YANG NAK JAGA DAN BAGI MAKAN LEMBU ?


Salam semua®…
Mengikut laporan Sinar Harian semalam, parti pembangkang mengatakan kerajaan tidak wajar membuka bidaan baru berkenaan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) selagi hasil siasatan berkenaan projek lembu daging itu tidak diketahui dan diumumkan, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya membantah tindakan kerajaan mempelawa bidaan menguruskan projek kontroversi tersebut.

"PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi NFC," kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, Noh mengumumkan bahawa kerajaan  membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek NFC.

Beliau berkata, kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.- Sinar Harian.
Komen Penulis:
Penulis berpendapat  adalah wajar projek ini diteruskan kerana kita mesti faham projek ini bukanlah projek membina bangunan besar atau lebuh raya yang boleh ditangguh-tangguh perlaksanaannya.
Pemimpin sebijak Rafizi, tidak perlu lurus bendul. Beliau perlu faham projek NFC ini adalah projek pertanian berskala besar. Ringkas cakap, namapun projek ternakan lembu. Jadi, kalau kerajaan tidak membuka tender baru bagi menjaga kepentingan projek yang sedia ada maka, siapakah yang akan menjaganya?...
Rafizi woi…hendak jaga lembu ini, mestilah kena jaga sepertimana kita jaga anak kita jugalah. Kena bagi makan, jaga kesihatannya dan lain-lain lagi pengurusan yang berkaitan. Salah satu kelemahan projek pertanian ini, ianya tidak boleh dibiarkan tanpa penjagaan dan pengurusan yang betul.

Sudahlah akaun syarikat NFC ini dibekukan, kalau tidak beroperasi langsung syarikat NFC ini maka, akan bertambah rugilah syarikat terdahulu dan kerajaan.
Takkanlah  Rafizi tidak faham semua ini kot? Atau sememangnya niat utama mereka hendak menjahanamkan semuanya ?.
Sebab itulah penulis setuju sangat kerajaan melalui Menterinya, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor baru mengambil alih (menyelamat) operasi NFC dan lembu-lembunya.
Penulis tidak mahu komen tentang isu penyelewengan syarikat terdahulu kerana ianya masih lagi di dalam kes mahkamah dan biarlah proses perundangan menentukannya samada pengurusan terdahulu bersalah ataupun tidak.
Rafizi…Rafizi…rupa-rupanya kamu ni lurus bendul juga….
lannkb


8 comments:

Anonymous said...

Agenda Pakatan ialah untuk menggagalkan segala projek kaum melayu. yg sedihnya melayu mcm rafizi yg melayu jadi balaci besar.

Megat Alam Gempita said...

kafir-kafir ultra kiasu DAP ketawa besar bila syarikat Melayu NFC dimusnahkan sendiri oleh anak-anak Melayu haprak. Senang mereka menguasai ekonomi seterusnya politik negara.

Lepas ni, mereka akan tentang FGVH, KFC, Felcra, Tabung Haji, Lembaga Zakat...sampai orang-orang Melayu -Islam jatuh tersungkur sebelum 2020.

Anonymous said...

Rafizi LEMBU tu bukannya lurus bendul. Tapi saranannya itu secara tak langsung nak jadikan projek NFC ni musnah secara total. Bila dah musnah atau gagal, mereka akan kata kerajaan BN dah habiskan duit rakyat untuk projek yang tak mendatangkan faedah semata-mata untuk kroni.

Pernah dengar apa-apa cadangan penambahbaikan yang puak pembangang berikan untuk jayakan projek sumber daging lembu negara ni?? Tak pernah kan??? Sebabnya agenda mereka nak rakyat marah pada kerajaan je. Tak kurang dari tu.....

KL POS said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

KL POS memohon jasa baik pihak anda menyenaraikan laman kami ini di antara senarai 'BLOG PILIHAN' di blog anda mnerusi http://klpos.com/ agar info KL POS dapat dikongsi bersama pengunjung blog anda.


Semoga kita dapat berkongsi info dan pandangan membina khas buat tatapan masyarakat Malaysia amnya.


Sekian, Kerjasama dan info terbaik dari blog anda amat KL POS Kagumi. Terima Kasih.



"Paparan Info Politik menjangkaui sempadan ideologi."



KL POS Media and Services

http://klpos.com/

usin said...

lurus bendol ke bodoh bangang? nk biarkan lembu2 tu mati kering ke hape? kalau dh aset nfc kena beku, modal mana nk diguna beli makanan lembu & bayar gaji pekerja? bapak rafizi boleh settle ke? alahai, bodoh bangang mengalahkan budak tak masuk tadika. bengong melantun-lantun!!!

Anonymous said...

Bukan lurus bendul tp babi sondol.
Apa yg kerajaan buat semua dibangkangnya... semua disondolnya.

Anonymous said...

Ko orang dengarlah cakap siMELAYU2 BANGSAT yang dah diperalatkan oleh Pakatan Haram, yang tak mahu apa2 projek dan peluang pelaburan Melayu dan Bumiputra berjaya!!
AKU SEPENDAPAT DENGAN MEGAT ALAM GEMPITA .. orang Melayu WAJIB faham ekonomi bangsa mereka dah pegang pun, DAN seboleh2nya mereka monopoly semua, orang Melayu langsung hendak ditutup peluang untuk maju apatah lagi nak jadi kaya!!!
Mereka ni macam orang2 Barat yang tak mahu mana2 negara Islam maju apatah lagi menjadi sebuah negara kuasa nuklier...alamat kena bomlah negara tersebut...
Itu sebab kita kata selalu Melayu2 yg diperalat ni berhati Yahudi dan bersekongkol dengan Iblis!!!

Anonymous said...

Ramai yang tak tahu sebenarnya NFC memang hendak ditutup kerana sekiranya projek ni diteruskan maka MALAYSIA akan menjadi pengeluar LEMBU hidup terbesar dunia, sebab berdasarkan pengalaman aku sendiri menguruskan LEMBU memang NFC adalah salah satu penyumbang terbesar ekonomi negara.