Saturday, March 17, 2012

“Duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka. “- Kata Nik Aziz


Salam semua®…
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan adalah salah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia dan sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.

"Kalau kita berkereta dari sempadan Terengganu masuk ke Bukit Yong, Pasir Puteh kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri.

"Sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka.

"Sebab itu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan (royalti minyak) yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesen pun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini. – Utusan Online

Komen Penulis:

Penulis berasa amat sedih kerana Nik Aziz sehingga kini masih lagi tidak mahu menerima hakikat bahawa rakyat negeri Kelantan menjadi miskin disebabkan oleh ketidakupayaan beliau ( Nik Aziz )  dan exco-exconya memerintah negeri Kelantan dengan bijaksana.

Lagi-lagi alasan yang diberikan oleh Nik Aziz tertumpu kepada royalti minyak. Sebab itulah negeri Kelantan tidak maju-maju seperti negeri lain kerana Nik Aziz masih lagi mahu menunggu royalti minyak seperti tunggunya ‘si pungguk menanti bulan jatuh ke riba’.

Malang sungguh nasib rakyat negeri Kelantan. Selepas 22 tahun PAS memerintah negeri Kelantan, Nik Aziz masih lagi mengharap kepada royalti minyak  tanpa mahu mencari alternatif terbaik yang lain bagi memakmurkan negerinya.

Nik Aziz berkata lagi, “sedangkan duit yang dibelanjakan kerajaan Persekutuan untuk pembangunan adalah milik rakyat dan bukannya milik 'mak bapak' mereka”.

Kalau betul duit tu duit rakyat, penulis nak tanya Nik Aziz tentang  wujudnya penyelewengan dalam syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membabitkan peruntukan sebanyak RM600 juta yang diberikan kerajaan Pusat untuk mengatasi masalah air di negeri.

Laporan Utusan Online hari ini juga menceritakan bahawa projek yang dirancang AKSB membabitkan perbelanjaan 'luar biasa' dan banyak daripadanya gagal.

Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng yang menelan belanja RM58 juta sedangkan difahamkan perbelanjaannya cuma sekitar RM35 juta dan pada masa sama bekalan air masih tetap dengan kualiti yang rendah. 

Keseluruhannya baca di sini.
 
Jadi, siapa yang sebenarnya menjadikan rakyat negeri Kelantan miskin?  kalau bukan kerajaan PAS Kelantan di bawah Nik Aziz sendiri.

lannkb

20 comments:

Anonymous said...

Satu alasan yang sangat lemah yang di buat oleh NA. Sudah lah NA...
kalau tak mampu untok mentadbir negeri Kelantan...baik undur diri...sebelum rakyat mengundurkan kamu. Mengaku saja yang kamu tidak mampu untok membuat sesuatu kapada rakyat Kelantan.

Anonymous said...

Kalau macam tu semua benda milik Nicky, kita punya lah yea. Bodoh punya menteri nyanyok. Nik Aziz, saya akan tuntut di akhirat semua kesusahan yg kau beri pada keluarga saya, anak saya, mak bapa saya, sedara2 saya dan kawan2 saya. Faham Nik Aziz. Semua air kotor yg saya minum selama ini yg tercemar najis atau sebarang kekotoran aku tuntut dari kau Nik Aziz. Jaga kau dalam kubur aku tuntut.
Sedap kamu nak tuntut, pergi kentut lah.

Anonymous said...

Bodoh punya ulamak. Mana ada duit rakyat? Jangan tertipu duit cukai yang atau apa apa yang di kutip kerajaan adalah duit rakyat.

Dalam pemerintahan Islam juga mengatakan itu adalah perbendaharaan negara. Kalau duit rakyat, rakyat mana nak serah duit pada kerajaan. Baik simpan sendiri.

Mana boleh kalau duit kita beri pada ibubapa kita boleh sebut lagi duit kita? Buruk suku namanya.

Bangang punya ulamak neraka!

Anonymous said...

BETUL TU NIK AJIS. "MILIK RAKYAT, BUKAN MILIK MAK BAPAK MEREKA". BEGITU JUGA KERUSI EMPUK MB YANG NAIK LUNYAI, (kalau nik ajis tak ganti ganti sejak berkuasa, kalau nak jimatkan duit rakyat) PUN MILIK RAKYAT. APA KEJADAHNYA RAKYAT BERI HAK DAN KUASA PADA NIK AJIS SEKIAN LAMA HANYA UNTUK MENCUNGKIL KESALAHAN ORANG UNTUK KELIRUKAN RAKYAT, UNTUK SEMBUNYIKAN KELEMAHAN MENTADBIR BERTAKBIRLAH NIK AJIS KE HULU KE HILIR DENGAN MEMBAWA KEMAJUAN UNTUK MEMERTABATKAN MELAYU DAN NEGERI KELANTAN. PINJAMKAN KUASA NIK AJIS KE BN SEPENGGAL, YANG PASTI RAKYAT KELANTAN TIDAK AKAN MENJADI KAFIR ATAU FAKIR.
AYUH ORANG KELATAN, "TAKBIR" UNTUK ANJAKAN KEMAJUAN. AYUH ORANG KELANTAN CUKUPLAH! "TAK BIAR" LAGI DIPERSENDAKAN.
WASSALAM

Family House said...

inilah pemikiran khawarij...wallahuallam...

Anonymous said...

Betul duit rakyat, tapi sumbangan duit rakyat kelantan mungkin sikit saja sebab ramai org kelantan yg miskin dan mungkin tak bayar income tax. Lagipon kerajaan dh guna duit rakyat yg ada utk bayar gaji MB, cikgu2, doktor2 & staf kerajaan yg lain di kelantan. So tang mana yg tak halal tu? Tak halal gaji MB la kot, sbb dapat gaji buta, tapi kerja tak buat.

Ghazali said...

Seorang yang bergelar Ulama tidak boleh sama sekali mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kenyataan beliau amat sini dan penuh emosi kerana kekecewaan yang amat mendalam dan telah sampai ke peringkat desperate.

Malanglah bagi mereka pengikut pemimpin ini jika masih lagi taksub dan tidak sedar.

Ikhlaskah pernyataan itu? Tanyalah diri sendiri...

Anonymous said...

nik aziz,

syurga tu pun bukan mak bapak kau yg punya!

Anonymous said...

sokong semua anon2 yang bagi respon. nirky arjis harus berhenti dari terus mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menampakkan diri nya yang bebal lagi bongok tu. sedap2 je tak nak halalkan. abistu gaji dia yang dapat setiap bulan tapi kelantan serupa tu gak apa citer. dah macam peminta sedekah pulak dia ni. macamana nak maju dari dulu, kini dan bila2 asyik minta duit royalti je. cikai punya MB.

Anonymous said...

LEBAI NYANYOK BAHLOL!!

SEPATUT NYA MENGALAKKAN UMMAT BERIBADAH BILA DI AKHIRAT KELAK DI TEMPATKAN DGN ORANG2 YG BERIMAN DAN YG MENDAPAT PENGAKUAN ALLAH. INI GALAKKAN ORANG2 KELANTAN TUNTUT HAK MINYAK DARI KERAJAAN BILA DI AKHIRAT PULAK.

SI TUA NYANYOK BODOH NI SAMPAI AKHIRAT PON INGAT HARTA DUNIA KA!! PATUTLAH LIAT NAK LEPASKAN KERUSI MB TU!!

ASTAGHFIRULLAH.....

Anonymous said...

beliau makin berserabut.. sedey...salahkn org je kejenya..duit royalti...?telaga minyak tu kn kt .ZEE..bila kite ckp milik sultan tentu dia pusing.. klu dh gagal mentadbir tu tak yah senang2 nk salahkn org lain..

Anonymous said...

Eloklah kerajaan Persekutuan telah pun mebelanjakan duit yang bukan mak bapak dia punya.. Ada negeri kerajaan persekutuan Beri duit marris 600juta dia simpan tak belanja-belanja sebab dia ingat duit tu mak bapak dia punya kot... Ada pulak negeri langsung tak de hasil negeri untuk dia belanja macam Ada mak bapak..

lim mah said...

senang je minta royalti ye. kalo tk pmimpin krjn bn ni bijak cetus idea tubuh petronas tk tau pok nik nk sebut "royalti" pun. senang je letak halal tak halal ye.kalo bg sejuta sehari pun lom tentu boleh urus dgn baik..idea idea bg ideaaa dulu lepas tu bikin apamau bikin...

Anonymous said...

Duit RM600juta itu bukankah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan dan semua pojek pun diberi dan dikawal oleh JPP

Anonymous said...

Dok asyik mintak royalti minyak tu saja, habes tu royalti tu mak bapak dia punya ka?

Anonymous said...

isu royalti akan sentiasa dimainkan untuk menutup kelemahan supaya rakyat akan mempercayai bahawa semua itu buka kesalahan kerajaan negeri

Anonymous said...

DUIT BELI KEK SAMBUT HARI LAHIR NIK AZIZ JUGA BUKAN MAK BAPAK DIA PUNYA!!!

Ribut Merah said...

kelantan ni negeri mak bapak nik sziz kera anak mat punya ke jugak? bodoh tahap pian gabang masih tak sedar lagi si nyanyuk nie. . . .

Anonymous said...

Busuk sungguh hati zulumat ulamak yang sekor ni.. Gaya cakap & tutur bicara pun riak & angkuh semacam je.Macam tak ingat mati.

Anonymous said...

serius aku sedih..dekat kelantan,kalau kaya,kaya sangat,kalau miskin,miskin sangat..aku bkn nak kate ape..tp berhala2 dekat kelantan tu makin lame makin banyak..perjuangan islam ape yg di juangkan??aku sygkan kelantan..tp tu lah..PAS masih menang sbb org2 tua di brainwash kalau undi UMNO akn dpt dosa/neraka sbb bersengkokol dengan kerajaan yg menentang hukum Allah..tp tak nampak pon PAS lebih islam dr UMNO..selain jubah dan janggut