Salam semua®…
Penulis terpanggil untuk memberi sedikit
komen tentang tuntutan melampau yang dibuat semasa perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa
Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.
Penulis tidak mahu komen semua cadangan mereka
cuma, ingin menyentuh tentang salah satu cadangan tidak masuk akal mereka yang penulis
rasa terlalu bersifat perkauman yang secara simboliknya menyeru supaya semua masyarakat
Cina menyokong parti politik yang sealiran dengan pemikiran Dong Zong.
Tambahan pula, cadangan ini dibuat
betul-betul sesuai dengan suasana hangat parti-parti politik berkempen untuk
PRU 13 yang semakin hampir.
Daripada empat tuntutan mereka, salah
satu tuntutan Dong Zong yang tidak ada langsung semangat 1 Malaysia adalah
apabila mereka mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru
yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu
berbahasa Cina. Ini termasuklah guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Apa ini semua ?
1) Adakah mereka mahu semua guru yang
mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC sekarang ini semuanya daripada kaum
Cina?
2) Adakah mereka mahu semua guru Melayu,
India atau lain-lain bangsa yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC mesti
terlebih dahulu menguasai bahasa Cina? Maknanya guru-guru ini mestilah bekas
penuntut di SJKC atau diimpot terus dari negara China?
3) Adakah mereka mahu amalan yang sama
dilakukan oleh negara lain ke atas penuntut-penuntut kita misalnya di negara
China, Jepun atau di Korea?
Penulis hendak Tanya Dong Zong, mereka
sebenarnya berada negara mana sekarang?
Di negara China ataupun di Malaysia?
Semua persoalan di atas sebenarnya bermotifkan
satu bahasa, satu bangsa dan satu aliran pendidikan yang nyata tidak sesuai di
Malaysia sebaliknya amat sesuai pula jika Dong Zong berjuang dan berada di negara
China dan bukannya di Malaysia.
Atas nama keadilan seperti yang mereka
tuntut, sistem pendidikan di Malaysia akan menjadi kucar kacir jika tuntutan
yang sama juga diminta oleh kaum India, Kadazan dan banyak lagi kaum yang ada
di Malaysia.
Kenapa mereka tidak fikir ini semua?
lannkb