Showing posts with label lim kit siang. Show all posts
Showing posts with label lim kit siang. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

BETULKAH LIM KIT SIANG SUDAH TIDAK LAGI RELEVAN?



Salam semua®…
Pelbagai pihak menyifatkan kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kegagalan kepimpinan Barisan Nasional (BN), sebagai angkuh dan bersikap perkauman.

Kenyataan yang disiarkan menerusi portal propembangkang The Malaysian Insider itu juga disifatkan berbahaya kerana pemimpin pembangkang tersebut pernah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama pada 1969 sehingga mencetuskan rusuhan kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Kit Siang cuba memecah-belahkan perpaduan yang telah terjalin antara kaum di negara ini.

"Nampaknya ada pemimpin yang mahu pecah-belahkan orang Melayu dan Cina kemudian menjadikan soal kekayaan kaum sebagai modal politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau turut menyifatkan tindakan Kit Siang yang selalu membangkitkan perkara itu seperti orang tua sudah nyanyuk.

"Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak mempunyai pemikiran begini. Kita hidup harmoni tetapi dia (Kit Siang) masih dengan pemikiran lama. Ini sikap orang nyanyuk," katanya.

Kit Siang seperti dipetik oleh portal itu berkata, ekonomi Malaysia semakin berkembang sejak beberapa dekad lalu walaupun kepimpinan UMNO-BN diselubungi dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kepincangan dalam urus tadbir.

Malah katanya, masyarakat Cina masih terus mengaut kekayaan walaupun kepimpinan BN gagal.

Sementara itu, Choo Keong turut mencabar Kit Siang supaya membuktikan perkara berkenaan melalui ketelusan pentadbiran DAP di Pulau Pinang.

"Buatlah kita mahu tengok, sekarang dia (DAP) perintah Pulau Pinang tetapi kenapa masih memerlukan bantuan kerajaan (BN)," katanya.

Tambahnya, Kit Siang sepatutnya sudah berundur daripada arena politik sebagaimana tokoh-tokoh politik seangkatannya daripada pelbagai parti lain.

"Dahulu dia suruh ramai tokoh politik berundur dan mereka semua sudah berundur, tetapi kenapa dia tidak berundur. Dia masih mahu berkuasa dan membina dinasti Lim," tegasnya.

Jelas beliau, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum saling memerlukan antara satu sama lain kerana matlamat mahu menjadikan Malaysia makmur.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula menyifatkan kenyataan Kit Siang itu cuba mencetuskan kembali ketegangan kaum di negara ini.

"Dia pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 1969 dan kali ini dia berkempen dengan cara yang sama melalui pemikiran dia yang sempit," katanya.
Jelasnya, Kit Siang jelas mempamerkan sifat cauvinis apabila cuba menyuntik racun dalam pemikiran rakyat negara ini sehingga boleh mencetuskan perpecahan kaum.

"Inilah cara parti pembangkang cuba mengelirukan rakyat. Mereka hendak dapat sokongan dan undi dengan modal perkauman melalui pemikiran yang sempit," tegasnya.

Mohamed Maliki menegaskan, BN yang terdiri daripada pelbagai parti komponen dan kaum sejak dahulu sentiasa memastikan kemakmuran semua kaum.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, Kit Siang sepatutnya mengajak masyarakat Cina di negara ini untuk bersama-sama membantu meningkatkan ekonomi negara dan bukannya menghasut dengan memburuk-burukkan kerajaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Kit Siang itu seperti 'kacang lupakan kulit', Ruslan menambah, Kit Siang juga sepatutnya menyedarkan masyarakat Cina betapa bertuah mereka menjadi rakyat negara ini berbanding masyarakat Cina di negara lain seperti di Thailand atau Indonesia.

"Kerana itu saya menyeru masyarakat Cina di negara ini menolak kepimpinan Kit Siang kerana beliau lebih banyak menyeru kepada perpecahan dan permusuhan," katanya.-Utusan

P/S – Dalam merungkai sikap cauvinis Lim Kit Siang di atas, penulis masih lagi teringat dan menyimpan dengan baik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh tokoh akademik berbangsa Cina yang memberi ulasan yang terbaik tentang dasar negatif DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang ini.

Tokoh akademik berkenaan tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Profesor Dr Khoo Kay Kim. Beliau secara peribadi mengatakan;

1.“DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat”.

2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.

4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.

5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

6.“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”

Kalaulah Profesor Dr Khoo Kay Kim sendiri boleh berkata sedemikian, maknanya ada yang tidak kenanya dengan sikap cauvinis Lim Kit Siang ini.

Seluruh rakyat Malaysia perlu berhati-hati dengan sikap pemimpin seperti ini.

Betul…beliau sepatutnya sudah lama berundur.

Friday, April 22, 2011

UTUSAN DAN DAP SAMA SAHAJA KEDUA-DUANYA BERCAKAP PASAL PERKAUMAN. KENAPA PULA LIM KIT SIANG MEROYAN MENYALAHKAN DS NAJIB DAN UMNO?


Salam semua…
Amat meloyakan bila Lim Kit Siang (LKS) yang terkenal dengan ketebalan perkauman Cinanya beberapa hari yang lepas telah menempelak DS Najib dengan berkata gagasan 1 Malaysia bukanlah satu kempen yang bertujuan untuk membina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan “Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian  1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M.”
Sikap kurang ajar beliau yang tidak pernah berterima kasih di atas sumbangan DS Najib serta menteri kabinet BN yang lain selama ini yang bersusah payah melancarkan beberapa  kempen 1 Malaysia bagi menyatupadukan rakyat. Sebaliknya beliau (LKS) yang hanya bermodalkan air liur sahaja berani mencerca dengan mengatakan bahawa  gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan untuk membina negara.
Inilah jadahnya bila gagasan 1 Malaysia dipolitikkan oleh pemimpin rakus seperti LKS. DS Najib sebelum ini berkali-kali mengatakan gagasan 1 Malaysia  sebenarnya bukanlah agenda politik pihak pemerintah.
Sebagai pemerintah yang adil, DS wajib bertanggungjawab ke atas semua rakyatnya tidak kiralah sama ada dari mana asal, kaum dan agama mereka. Tetapi LKS sebagai pemimpin, beliau tidak berfikiran begitu. Baginya apa saja yang dibuat oleh kerajaan, semuanya mempunyai agenda perkauman. Ini menggambarkan niat tidak ikhlas sebenar beliau di dalam berpolitik. Hasilnya tidak boleh disorok-sorok lagi kerana semua orang termasuklah pemimpin parti MCA dan Gerakan sendiri tahu bahawa matlamat parti DAP sebenarnya adalah untuk memperjuangkan kuasa politik yang boleh menguntungkan kaum Cina sahaja.
Jadi, soal Utusan melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi” tidak perlu ditakuti oleh LKS kerana merekalah Utusan bertindak sedemikian rupa. Jadi sama-sama racist lah ! maknanya tidak ada bezanya di antara LKS, DAP dan Utusan.
Ikuti kenyataan LKS seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider:
Wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia yang cuba mewujudkan ketegangan kaum dengan mencabar gagasan 1 Malaysia yang bersifat inklusif.
Hari ini, Utusan Maaysia meminta pemilik akhbar itu supaya mengadakan gerakan yang boleh dikenali sebagai “1Melayu, 1Bumi” melibatkan kesemua parti Melayu sambil mendakwa DAP mahu menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (gambar) berkata, tulisan terbaru Utusan Malaysia yang bersifat “antinasional” membuktikan yang gagasan 1 Malaysia bukan satu kempen yang bertujuan bina negara yang serius, tetapi hanya bertujuan memancing undi melibatkan “Kemeja 1 Malaysia, Tupperware 1 Malaysia, Air Galian  1 Malaysia, Burger 1 Malaysia, akaun e-mel 1M dan lain-lain yang memburu keuntungan menggunakan 1M.”
Kata beliau, dalam membuat gesaan antikebangsaan yang tidak bertanggungjawab, Utusan Malaysia sebenarnya meletakkan Najib dalam ujian sama ada beliau bersedia untuk mengambil tindakan ke atas Utusan dan mereka secara terbuka mencabar dasar 1 Malaysia.
“... atau beliau seorang Presiden Umno yang tiada kawalan sepenuhnya ke atas Umno,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam tulisan ruangan Cuit hari ini, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.
Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”
“Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia,” katanya.
Dia berkata slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina.
“Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini,” katanya lagi.
Katanya, pilihan raya umum ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.
Kata Zaini, “sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.”
Dia seterusnya berkata, pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa “1Melayu, 1Bumi.”
“Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain,” katanya lagi.
Dalam ulasannya kata Lim, ruangan yang dibawa Utusan Malaysia adalah sesuatu yang tidak bertanggungawajab, yang hanya mahu memecahbelahkan rakyat pelbagai kaum dengan “pembohongan, fitnah dan kepalsuan.”
“Ini adalah politik lama perkauman yang mesti memberi laluan kepada politik Malaysia, yang bersifat multirasialisme (sekarang),” kata ahli Parlimen ini.
Kata beliau, DAP tidak pernah bertindak sebagai sebuah parti politik bagi kaum Cina, sebaliknya ia adalah bagi semua rakyat Malaysia.
Malah kata beliau, ia juga merupakan parti politik Pan-Malaysia yang meluaskan sayapnya bukan sahaja di Semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.
Kata Lim, kejayaan DAP pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu merupakan hasil kerja keras politik selama 33 tahun bagi rakyat Malaysia dan juga Sarawak, yang percaya pada keadilan dan masyarakat yang saksama.
Sehubungan itu, beliau juga mencabar parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) menyatakan pandangan mereka dalam isu terbaru ini.

Friday, April 01, 2011

‘PAPA JAHAT’ - KIT SIANG PERLU RUJUK ANAKNYA

                                                                                                                                    Gambar hiasan
 

Salam semua…
Lim Kit Siang perlu merujuk kenyataan anaknya, Lim Guan Eng yang mengakui indeks jenayah negeri pimpinannya menunjukkan penurunan sebelum membuat sebarang tuduhan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tuduhan Penasihat DAP bahawa statistik penurunan indeks jenayah itu tidak menggambarkan keadaan sebenar adalah satu kenyataan yang tidak mewakili semua rakyat dan bermotifkan politik semata-mata.
“Saya tidak menjangkakan pembangkang akan memperkatakan mengenai kejayaan kita dalam NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara).
“Apa yang boleh saya katakan, Lim Kit Siang perlu berunding dengan anaknya, Guan Eng yang mengakui bahawa kadar jenayah di Pulau Pinang telah menurun 17.3 peratus dan dia juga mengucapkan tahniah kepada polis,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini.
Kit Siang sebelum ini turut mengkritik pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan gimik politik serta retorik semata-mata.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang, Hishammuddin berkata, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.
Katanya, prosedur siasatan dijalankan seperti biasa yang berkisar kepada laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-Utusan
P/S – Ramai yang dapat gelaran “Papa Jahat’ sekarang ini…anda ingin mencuba? Tapi, pastinya hanya sesuai untuk orang politik…….

Sunday, November 21, 2010

DAP Takut Pada Sejarah?




Salam semua…

Banyak diperkatakan di dalam blog sekarang ini tentang bagaimana pemimpin-pemimpin tertinggi parti pembangkang DAP iaitulah LKS dan anaknya LGE begitu sensitif bila kita sebut peristiwa 13 Mei?  Kenapa mereka takut pada sejarah?

Patutlah mereka bersusah payah berceramah di sana-sini menentang rancangan kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah akan sebagai subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Selain dari itu, Kementerian Pelajaran akan membuat penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan terhadap aspek-aspek berkaitan perlembagaan negara. Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini

Malah apa yang melucukan saya bila mengetahui melalui banyak laman blog mengulas mengenai isu ini bahawa Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

 Secara logik akal, macamlah ada perkara-perkara penting yang hendak mereka sembunyikan dari pengetahuan orang ramai termasuk kita.

Selain dari itu, saya juga ingin berkongsi artikel yang ditulis oleh novandri.blogspot.com bertarikh 20/11/2010 yang antara lainnya memetik komen dari Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti berikut;

“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”

Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.

Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan
Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.

Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya,
Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman. Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.

Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”


Saya amat tertarik tentang bait-bait akhir kupasan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah,  Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya seperti yang dipaparkan oleh artikel di atas.

Antara lain katanya;

“Saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.”

Saya cuba cari kalau-kalau ada persamaan pendapat di atas dengan tokoh-tokoh sejarah yang lain.

Alhamdulillah, jawapannya memang ada. Kita tengok pula apa yang diperkatakan oleh seorang tokoh sejarah terkemuka di Malaysia.

Tokoh akademik berkenaan tidak lain dan tidak bukan beliau ialah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. Beliau secara peribadi mengatakan;

1.“DAP adalah parti yang sentiasa menyusahkan dan agenda mereka selalu menimbulkan kekeliruan dan rasa marah rakyat”.

2.DAP yang merupakan serpihan dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) sentiasa mahu menimbulkan kekacauan bagi merosakkan kesejahteraan dan keamanan dalam negara.

3.“Apa yang dilakukan oleh DAP bukan perkara baru. Mereka sentiasa menimbulkan pelbagai isu untuk membuatkan rakyat marah,”.

4.“Tujuannya adalah untuk menimbulkan kekeliruan pada rakyat, menjadikan rakyat khususnya orang-orang Melayu rasa tercabar dan marah, berlaku prasangka antara pelbagai kaum ini dan seterusnya keamanan negara tidak terjamin,” terangnya.


5“DAP tidak pernah menyuarakan sesuatu yang boleh membantu kerana mereka tidak mahu rakyat berada dalam keadaan tenteram sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan.”

6.“Rakyat sekarang tahu menilai, jadi mereka perlu sedar bahawa ada pihak yang sentiasa cuba untuk mencari ruang bagi menghancurkan keamanan negara.”

Bolehlah dikatakan semua rumusan beliau ke atas DAP menyamai malah melebihi apa yang diperkatakan oleh Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah di atas.

Kesimpulan yang boleh saya buat mengenai artikel di atas, kita sebagai rakyat Malaysia tidak perlu takut pada sejarah. Sejarah perlu dikenang dan difahami sebagai  nasihat yang berguna dalam membentuk insan yang baik kerana sejarah tidak pernah menipu kita semua.  

 Kalaulah kita cintakan keamanan dan keharmonian kaum di Malaysia ini, sama-samalah  kita tolak propaganda dan  menjauhi pemimpin-pemimpin yang selalu mengganggu-gugat keharmonian negara..  




Kita yang lemah ini selalu lupa pada sejarah. Akan tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita.

Oleh yang demikian untuk semua rakyat Malaysia, saya menyeru cari dan ciptalah sejarah yang baik-baik untuk keharmonian hidup anak-anak cucu kita di dunia dan di akhirat.

Sekian.

Saturday, November 20, 2010

Perjuangan DAP Tak Rasis?


Salam semua…

Ironinya dari dahulu lagi memang betul perjuangan parti DAP yang diketuai oleh LKS anak beranak adalah parti rasis yang cenderong kepada perjuangan untuk orang2 Cina sahaja tanpa memperdulikan perjuangan bagi keadilan sejagat.

Walaupun ada beberapa kerat ahlinya dari kalangan kaum India, tetapi hakikatnya selama ini orang ramai melihat DAP itu Cina dan Cina itu DAP.

Berbanding dengan BN, banyak aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh DAP  hanya tertumpu dan memberi banyak faedah  kepada kaum2 Cina sahaja.

Kepentingan orang Melayu setempat selalunya dipandang sinis malah langsung dipinggirkan sama sekali lebih2 lagilah jika YB DAP yang berkhidmat di satu2 kawasan yang dimenangi oleh mereka dalam satu2 pilihan raya.

Sebagai contoh isu sumbangan derma kepada orang2 tua islam serta majlis berbuka puasa bersama pemimpin2 DAP dengan ahli khariah masjid.

Pernahkah kita lihat sebelum ini pemimpin2 DAP  terhegeh2 melakukan perkara yang sama 5 tahun atau 10 tahun dahulu?

Kenapa hanya sekarang dan tidak dahulu?

Jawapannya adalah berbanding BN, perjuangan DAP  untuk keadilan sejagat selama ini dilihat semacam sengaja dibuat2 atau tidak ikhlas, jadi perlakuan yang disebutkan tadi nampaknya terlalu janggal untuk diterima oleh orang2 Melayu Islam sekarang ini.

Setelah sekian lama orang2 Cina DAP tinggal bersama2 dengan orang2 Melayu Islam di Malaysia, berbanding dengan kaum2 Cina dan India dari komponen BN,  kenapa pemimpin2 Cina DAP  masih lagi meraba2 untuk mempelajari dan memahami perkara2 yang sensitif bagi orang2 Melayu Islam misalnya isu memasuki ruang solat masjid dalam keadaan yang tidak sempurna, memberi derma hasil dari judi kuda pada orang2 tua Islam, menjadi penganjur kepada tilawah dan hafazan Al-quran dan lain2 lagi.

Jawapan yang paling tepat ialah golongan Cina DAP yang diketuai oleh LKS ini dari dulu lagi adalah rasis kerana dengan sengaja menjauhi kelompok2 orang2 Melayu Islam di Malaysia.

Malah pemimpin2 Cina DAP ini dari dulu lagi telah menanam perasaan benci,  iri hati serta burok sangka mereka di dalam hati orang2 Cina Malaysia pada orang2 Melayu Islam.

Perkara berkenaan bertambah parah bila ada sebilangan besar orang2 Cina Malaysia telah memilih untuk menjauhi orang2 Melayu Islam dan amat rasis dalam tindakan mereka pada orang2 Melayu Islam.

Kemunculan badut bernama Namewee adalah salah satu contoh 'patern' keluaran DAP di mana tindakan rasis beliau sengaja dibuat2 bagi menyakiti hati orang2 Melayu Islam, malah tindakannya tidak mendapat bantahan secara langsung dari DAP.  Adakah benar DAP tidak dianggap rasis dalam isu ini?

Oleh yang demikian kenyataan satu ketika dahulu dari LKS bahawa Tun Dr Mahathir sebagai rasis nombor 1 dalam negara ini adalah kenyataan yang tidak tepat sama sekali kerana semua orang tahu bahawa Tun Dr Mahathir telah banyak berjasa kepada semua orang Malaysia.

Jasanya bukan sahaja diiktiraf oleh semua orang Malaysia malah oleh semua pemimpin dunia!!!

Berbanding Tun Dr Mahathir, siapa lah LKS di mata dunia? saya rasa orang yang paling mengiktiraf jasanya hanyalah LKY dari Singapura. Sebab itulah LKY selama ini memandang sinis tentang keupayaan dan ketokohan Tun Dr Mahathir.

Kerana Tun Dr Mahathirlah orang2 Melayu , Cina dan  India di Malaysia hidup aman damai serta senang-lenang. Ini adalah fakta, kalau tidak percaya tanyalah pada LKS dan LKY sendiri.

Sebaliknya saya teramat setuju jika kenyataan di atas ditujukan semula kepada LKS kerana beliau serta sekutu2nya menjadi penyebab kenapa orang2 Cina di Malaysia telah disemai dengan perasaan tidak senang hati dan berburuk sangka pada orang2 Melayu Islam.

Berbanding  dengan saudara  Lee Lam Thye yang telah banyak berjasa pada negara Malaysia (satu ketika dahulu beliau adalah orang kanan DAP),  LKS yang semua orang tahu, tidak ada langsung  jasanya yang boleh kita banggakan samada di dalam mahupun di luar negara.

Apa yang lawaknya, beliau hanya akan dikenang di dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin politik yang rasis yang mementingkan kepentingan kaum orang2 Cina sahaja.

Negara Malaysia akan hancur  dan menjadi kucar-kacir jika orang ramai memberi peluang dan sokongan padanya untuk memerintah Malaysia.

Oleh yang demikian, janganlah kita perjudikan keamanan dan kemakmuran yang kita sedang dan telah kecapi sejak sekian lama dengan pemimpin seperti LKS yang teramat nyata rasisnya dari hujung sehinggalah kepangkalnya.