Showing posts with label Kempen Bebaskan Anuar 901. Show all posts
Showing posts with label Kempen Bebaskan Anuar 901. Show all posts
Monday, January 09, 2012
Sunday, January 08, 2012
Polis kata, “Buat apa nak jumpa lagi dengan orang pembohong? (merujuk kepada Azmin Ali)”. Malunya Azmin. Mana nak letak muka?…
Salam semua®…
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, hari ini menyelar kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, berikutan kenyataannya menolak 10 syarat yang dikemukakan polis terhadap PKR untuk menganjurkan Perhimpunan 901 Isnin ini.
Menurut Datuk Mohmad, persetujuan berkenaan 10 syarat tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh PKR, dan persetujuan berkenaan 10 syarat itu telah ditandatangani oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, sendiri.
“Penafian Azmin Ali adalah tidak benar, syarat-syarat yang dikeluarkan adalah atas persetujuan bersama, tidak berlaku penambahan atau pengurangan,” katanya dan menegaskan mempunyai foto yang membuktikan Shamsul menandatangani persetujuan menerima syarat tersebut.
“Pihak polis memberi amaran, sekiranya syarat tersebut dicabuli, pihak polis sudah merangka tindakan yang akan dikenakan ke atas penganjur perhimpunan tersebut,” tegasnya.
Datuk Mohmad turut menegaskan, segala penafian Azmin terhadap 10 syarat tersebut merupakan pembohongan daripada PKR.
“Saya kecewa kerana Azmin tidak jujur dalam perjanjian tersebut. Kami sudah menetapkan hanya kawasan tempat letak kereta mahkamah sahaja yang dibenarkan, dan kami telah meneliti kawasan itu mampu memuatkan seramai 5000 orang dalam satu-satu masa.
“Sekiranya syarat itu dicabuli, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” tegasnya lagi.
“Dia nak baring ke macam mana sekalipun, itu cara dia, pihak polis hanya mahu pastikan perhimpunan tersebut tidak melebihi kawasan tempat letak kereta,” katanya.
Tambah beliau, perjumpaan pihak polis dengan wakil PKR Jumaat lalu telah mempersetujui syarat berkenaan, tetapi Azmin (gambar) didalam blog dan laporan media semalam membuat kenyataan menolak 10 syarat tersebut.
Pihaknya juga kecewa dengan tindakan Azmin itu dan menegaskan pihak polis tidak akan membuat perjanjian serupa dengan Azmin.
“Buat apa nak jumpa lagi dengan orang pembohong?” soalnya.
Perhimpunan pembebasan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan keputusan hakim terhadap kes liwat keduanya dijangkakan akan diadakan di kawasan tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
Sehubungan itu, pihaknya menegaskan, sekiranya kawasan tempat letak kereta tersebut sudah dipenuhi, peserta hendaklah bersurai daripada meneruskan perhimpunan berkenaan.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelmarin bersetuju dengan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan 901 pada Isnin ini di kawasan parkir kereta di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta namun menolak 10 syarat baru yang dikeluarkan pihak berkuasa itu.
Menurut Azmin pihaknya menerima pakai perjanjian dengan Mohmad selepas mengadakan pertemuan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
Sebelum ini Azmin mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memastikan sejumlah 100,000 rakyat akan turut serta dalam perhimpunan tersebut bagi menunjukkan sokongan terhadap Anwar ketika Mahkamah Tinggi membuat keputusan Isnin ini berkaitan kes liwat keduanya.
Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Anwar akan dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara, tetapi akan terlepas hukuman sebat kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun.
Sepuluh syarat baru yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan bercanggah itu menurut Azmin dengan persetujuan yang telah dicapai semasa pertemuan pemimpin PKR dan Mohmad pagi kelmarin. – The Malaysian Insider.
Komen penulis:
Bakal Perdana Menteri sementara boleh tipu polis ke?….lawak…lawak…jahanam…jahanam…
Perhimpunan Bebaskan Anuar 901 - Jangan Menyusahkan Lagi Polis Kita…
Penulis amat berharap agar perhimpunan bebaskan Anuar 901 yang dirancangkan esok tidak akan berlaku lagi insiden yang boleh menggugat ketenteraman awam selain boleh menyebabkan kehilangan jiwa dan kecederaan yang sia-sia.
Penganjur perhimpunan yang ditunjangi oleh Pemimpin Pakatan Rakyat perlu memastikan pengikut-pengikut mereka tidak terlalu ekstrim dengan membuat pelbagai provokasi yang melebihi batas sifat manusia yang berakal. Ikutilah arahan Polis agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini samada di kalangan peserta perhimpunan mahupun di pihak Polis.
Seperti apa yang telah terjadi di peristiwa yang lepas-lepas (perhimpunan Bersih dan di UPSI), kejadian kehilangan nyawa dan kecederaan yang sia-sia di kalangan peserta perhimpunan perlu sama sekali dielakkan.
Penganjur sepatutnya perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan semua pengikut-pengikut mereka terjaga. Jangan sesekali memperjudikan nyawa dan kecederaan penyokong-penyokong menerusi malapetaka yang sengaja ditempah ini semata-mata sebagai pencetus kepada suasana huru-hara yang boleh memberi keuntungan politik kepada mereka.
Pengajaran yang lepas-lepas telah banyak menyusahkan pihak Polis dan orang ramai. Banyak masa, tenaga dan wang ringgit yang terbuang begitu sahaja semata-mata untuk melayani pelbagai tuntutan jika berlaku insiden yang disebutkan tadi sekaligus ianya boleh menjejaskan nama baik mangsa kejadian dan anggota Polis yang terlibat.
Janganlah lagi dibebani anggota Polis kita dengan pelbagai perbuatan yang sia-sia. Daripada melayani perkara-perkara yang remeh-temeh seperti proses Pendengaran Awam, Siasatan Terbuka dan bermacam-macam lagi tuntutan selepas ini, lebih baiklah mereka (Polis) menjalankan tugas hakiki mereka dalam membenteras jenayah selain memastikan keselamatan awam terjaga.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat, hargailah dan hormatilah suara majoriti yang mahukan ketenteraman awam dijaga dan diperlihara dengan baik.
Saturday, January 07, 2012
Isu Kempen Bebaskan Anuar 901 – Malunya Aku. Pemimpin Melayu Pakatan Rakyat Berbalah Sesama Sendiri…
Salam semua®…
Penulis berpendapat sebab utama kenapa pengikut-pengikut Melayu yang dahulunya kuat menyokong PKR dan PAS dalam PRU ke 12 sudah ramai meninggalkan parti pembangkang kerana pemimpin mereka yang suka mengamalkan sikap cantas mencantas, kutuk mengutuk serta tidak menghormati satu sama lain.
Malang bagi mereka kerana tindakan rakus mereka ini, kini sudah merebak dan menjadi budaya di dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimanakah agaknya jika mereka ini diberi peluang untuk meneraju Putrajaya dan menjadi payung kepada orang-orang Melayu? Sebelum diberi tugaspun, mereka sudah berkelahi dan berkecamuk dari atas sehinggalah ke bawah, inikan pula hendak diberikan tampuk pemerintahan kepada mereka. Na’uzubillahiminzaalik.
Berbanding dengan pemimpin-pemimpin Melayu di dalam UMNO, nampaknya mereka lebih menghormati satu sama lain dan setia kepada pucuk pimpinan. Dasar yang jelas dan teratur adalah lahir daripada kesepakatan, rasa hormat menghormati di antara pucuk pimpinan dan pemimpin-pemimpin bawahan.
Penulis tidak mahu mengambil banyak contoh, cuma cukup sekadar dalam seminggu ini banyak cerita-cerita yang memalukan orang-orang Melayu telah dipaparkan di dada-dada akhbar dan di alam maya. Kita lihat apa sudah jadi kepada pemimpin-pemimpin Melayu di dalam Pakatan Rakyat:
Isu Demontrasi dan Kempen Bebaskan Anuar 901.
1.Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.
Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.
Dr Hasan berkata lagi semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
2.Semalam Abdul Hadi pula berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.” Maknanya, kalau hang nak pi ka, hang tak mau pi ka, hang punya suka….
3.Menurut Mahfuz pula, kenyataan Dr Hasan yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.
“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS...presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.
4.Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pula mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu (Dr Hasan).
Azmin seterusnya berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.
Lanjutan daripada kenyataan Azamin, Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan kekesalan mereka di atas desakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mendesak agar parti Islam itu mengambil tindakan terhadap Datuk Dr Hasan Ali kerana mengeluarkan kenyataan menolak perhimpunan 901 dan menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia.
Menurut Naib Ketua Pemuda PAS pusat Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Dr Hasan masih merupakan ahli parti itu dan mengingatkan Azmin agar tidak campur tangan.
5. Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan pula berkata “Jika saya turun perhimpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan (bukan) kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah,”
Saling tak tumpah macam cerita lama arahan seniman agong Allahyarham P. Ramlee – “KELUARGA 69”
Kesimpulan Penulis:
Kuasa yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin sebenarnya adalah amanah daripada rakyat yang mahukan kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Jadi, terserahlah kepada orang-orang Melayu sendiri samada mereka mahu memilih yang baik ataupun yang buruk.
Masa depan orang-orang Melayu itu sebenarnya terletak di atas kemahuan mereka sendiri kerana Allah sendiri tidak akan sesekali mengubah nasib sesuatu umat, kecuali umat itu sendiri berusaha mengubah untung nasib mereka.
Terkini: Hebatnya DS Anuar. Beliau Boleh Tentukan Undang-Undang Sendiri Bila PR Menang Pilihanraya?
Salam semua®…
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.
Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara' jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.
Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.
''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.
"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.
Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.
Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.
Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.
Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.
"Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,'' katanya.
Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.
Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya-Utusan
Komen Penulis:
Sikap ‘double standard’ beliau sudah terserlah dengan kenyataan memalukan di atas. Sebelum ini beliaulah orangnya yang bersungguh-sungguh mempersoalkan kewibawaan kerajaan dengan menuduh Mahkamah tidak adil dan di bawah pengaruh kerajaan.
Belumpun sempat beliau menjadi Perdana Menteri, beliau sudah memperlihatkan sikap ketidak ikhlasan dan ketidak adilan beliau dalam mengubah sistem perundangan negara.
Kalaulah beliau boleh senang-senang keluarkan diri beliau daripada penjara maka secara logiknya pula beliau boleh pula memenjarakan musuh-musuh beliau selepas menang pilihanraya? Situasi sebegini sangatlah bahaya dan tidak mustahil satu hari nanti beliau mungkin melakukannya.
Apa? Beliau ingat beliau boleh lakonkan semuanya seperti dalam cerita filem Bollywood ke? …
Perlu diingatkan di sini bahawa semua orang termasuk Anuar Ibrahim adalah rakyat biasa. Undang-undang tidak mengenal sesiapa sahaja. Yang bersalah tetap dikira bersalah dan perlu mendapat hukuman yang setimpal di atas kesalahannya. Kemenangan politik bukanlah sebagai tiket penebus dosa di dunia.
Rakyat sedang memerhati dan menilai semua ini...
Friday, January 06, 2012
KEMPEN BEBAS ANUAR 901 BATAL?...
Salam semua®…
Manusia yang berakal dan beremosi adalah lumrah kehidupan. Emosi yang terkawal dan lebih terarah kepada perkara-perkara kebaikan dan ikhlas di dalam setiap tindakan, sebenarnyalah akan melahirkan manusia yang bertamadun.
Pemimpin yang mempunyai ciri-ciri akhlak yang tinggi selalunya akan menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat dan negaranya. Perkara inilah yang sedang giat dilakukan oleh kerajaan di bawah DS Najib.
Pemimpin yang tidak bertamadun ini sanggup mengajak orang ramai bagi mengambil bahagian dalam perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan semata-mata untuk menimbulkan huru-hara dalam negara kita. Perkara inilah yang sedang dilakukan oleh parti pembangkang yang diketuai oleh DS Anuar Ibrahim.
Di kalangan pemimpin yang asyik dengan kesenangan yang mudah didapati, sesetengahnya pula terlupa malah tidak mensyukuri akan nikmat sementara yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Daripada tamak harta benda, manusia ini beralih arah tamak kepada kuasa pula. Akan tetapi, mereka tidak sedar bahawa tidak semua pemimpin seperti mereka pandai mengurus kuasa yang ada. Daripada pimpinan parti mereka yang diketahui goyah dan entah apa-apa, mereka tanpa segan silu bercita-cita pula untuk menakluk Putrajaya.
Bolehkah mereka berbuat demikian? Hanya rakyat yang bodoh dan dungu sahaja akan mengikut telunjuk mereka…
Oleh itu, jauhilah mereka. Nescaya anda selamat selama-lamanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



