Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts
Showing posts with label Ibrahim Ali. Show all posts

Friday, April 08, 2011

RAMAI NGO WANITA MEROYAN BILA DENGAR KOMEN SEKSIS DATUK IBRAHIM ALI. KOMEN DR WAN AZIZAH PULA BAGAIMANA?


Salam semua…
Komen seksis Ibrahim Ali di Parlimen semalam telah mencetuskan kemarahan kaum wanita di seluruh negara.
Ketua Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah berkata komen tersebut tidak wajar datangnya dari seorang ahli parlimen.
Katanya, adalah mengejutkan apabila ahli parlimen Bebas Pasir Mas itu menyamakan wanita sebagai bahan mainan seks.
"...dan yang lebih teruk lagi ialah dia menggunakan agama untuk menjustifikasikan pendiriannya itu," kata Ivy kepada AFP.
Katanya, komen tersebut bukan sahaja menunjukkan Ibrahim menjunjung ketuanan Melayu tetapi juga ketuanan lelaki.
Tenaganita pula berkata, sentimen sedemikianlah yang menjadi salah satu punca berlakunya penyeludupan manusia di negara itu.
"Kerana orang seperti Ibrahim Ali percaya ianya adalah hak mereka untuk melakukan seks dengan isteri pada bila-bila masa, atau jika tidak, mereka cari di tempat lain, maka itulah sebabnya mengapa industri seks berkembang dan berlakunya kes-kes penyeludupan manusia," kata penyelaras kanannya, Aegile Fernandez kepada AFP.
Semalam, Ibrahim berkata peningkatan kes hubungan sulit luar nikah adalah berpunca daripada "para isteri yang mengabaikan tanggungjawab mereka" kepada suami.
Bercakap sewaktu sesi soal-jawab di Parlimen semalam, ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, ada masanya bila suami "ada keinginan" tetapi bila pulang ke rumah, isteri kata tunggu kerana 'sedang masak' atau 'sedang bersiap untuk ziarah saudara-mara'.
Dalam Islam, katanya, para isteri sepatutnya menghentikan apa yang sedang dilakukan untuk memenuhi tuntutan si suami.
Beliau yang juga presiden PERKASA berkata, ketika memandu pulang selepas kerja, si suami melihat perkara-perkara yang 'menaikan semangat' dan mahu memenuhi kehendak tersebut bersama isteri.
Ibrahim mendakwa, kerana tidak mendapat layanan dari isteri, maka ada suami yang pergi ke tempat-tempat yang sulit untuk memuaskan kehendak mereka itu, dan kemudiannya video mengenainya didedahkan.
P/S – Kenapa NGO Wanita bukan Islam tiba-tiba meroyan? Apa yang penulis faham, Datuk Ibrahim Ali memberi komennya berdasarkan perpekstif Islam. Dan bukannya secara umum untuk semua bangsa dan agama. Bagi penulis, memang betul apa yang diperkatakan oleh Datuk Ibrahim Ali kerana kata-katanya itu menyamai dengan ucapan dan tafsiran Ustaz dan Guru-guru agama di dalam ceramah-ceramah agama atau bacaan-bacaan kitab yang selalu kita dengar. Apa yang salahnya? Apa yang mereka tahu tentang Islam?
Jangan hanya pandai berhujah berdasarkan pandangan dari perspektif negatif dan membuat tuduhan sebarangan, kalau mereka yang tiba-tiba meroyan ini, tidak faham perkara-perkara tertentu di dalam Islam. Mereka ini sebenarnya bersikap kurang ajar kerana sudah sampai ke tahap berani memberi komen yang agak sensitif mengenai ajaran-ajaran  agama lain.
Penulis rasa apa yang berlaku ini adalah salah satu contoh kelemahan dan kesilapan pemimpin-pemimpin muslimah terutamanya di kalangan parti PAS yang gagal memahamkan mereka tentang perkara-perkara tertentu di dalam Islam. Penulis cabar pemimpin NGO-NGO wanita yang tengah meroyan di atas mengadakan perbincangan secara ilmiah dengan muslimah PAS, tentang tajuk yang sama  agar mereka lebih faham apa itu Islam secara lebih dekat.