Salam semua®…
Dalam pada kerajaan giat melaksanakan transformasi politik bagi menarik balik sokongan orang ramai kepada Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah, penulis berpendapat sudah sampai masanya kerajaan di bawah komponen BN terpaksa melakukan sesuatu yang LUARBIASA supaya semua sokongan daripada tiga kaum majoriti iaitu di kalangan kaum Melayu, Cina dan India dapat diperkasakan semula.
Kalau di negeri Pulau Pinang yang dikuasai parti pembangkang mempunyai dua Timbalan Ketua Menteri di kalangan kaum Melayu dan India selain kaum Cina sebagai Ketua Menteri, kenapa perkara yang sama tidak boleh dipraktikkan ke atas jawatan Timbalan Perdana Menteri?
UMNO sebagai parti teras dan peneraju kepada kepimpinan BN tidak dapat tidak, perlu berhadapan dengan situasi ini jika ingin mengembalikan sokongan kaum Cina dan India kepada kerajaan.
Penulis rasa, tentu ramai orang Melayu tidak setuju dengan pendapat ini. Tetapi, percayalah seperti kata DS Najib bahawa “sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan akan terus membantu rakyat. Sebagai sebuah negara, sebagai satu bahasa, 1Malaysia, ia memberikan kekuatan untuk mengatasi cabaran akan datang,”
Katanya lagi, “Saya percaya kita boleh capai sebagai sebuah negara yang makmur dan kukuh jika semua rakyat Malaysia berpegang kepada falsafah 1Malaysia,”
Sebagai kerajaan yang dibentuk melalui politik partisan, mahu tidak mahu, parti UMNO dan kerajaan sedia ada terpaksa melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan gelombang 1 Malaysia dalam ertikata yang sebenarnya.
Jangan biarkan parti pembangkang mendahului dengan melakukan perkara yang sama jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13 nanti. UMNO perlu cepat bertindak dan berkorban demi survival politik mereka.
Selepas 54 tahun Merdeka, masa dan suasana sudah banyak berubah. Keselesaan dengan mengundi BN sebagai parti yang menjanjikan kemakmuran yang berterusan sudah tidak wujud lagi di kalangan kaum Cina dan India. Banyak perkampongan Cina dan India telah dimajukan oleh kerajaan BN dari bandar-bandar kecil menjadi bandar-bandar besar. Akan tetapi, sokongan politik mereka tetap kepada parti pembangkang. Kenapa jadi begini?
Perkara ini adalah realiti kerana zaman sekarang yang serba maju amat berbeza dengan zaman sebelum merdeka. Tuntutan untuk hidup dalam suasana aman damai seperti generasi tua terdahulu sudah semakin longgar.
Sikap dan perasaan muhibbah kurang dititik-beratkan malah perkataan MUHIBBAH itu sendiri jarang kedengaran sekarang ini dan dalam banyak keadaan, ianya tidak memberi erti langsung di kalangan golongan muda yang kebanyakannya lahir di dalam suasana yang serba-serbi mencukupi. Mereka mahu lebih dari itu…..apakah itu? Jawapannya ialah KUASA POLITIK……
Fikir-fikirkanlah……sekadar menasihati.
1 comment:
Saya tak setuju. Adakah anda yakin MCA dan Gerakan akan mng bnyk kerusi? So, kalau diarang kalah, sapa yng nk dilantik TPM 2 tu..DAP kah???
Post a Comment