Tuesday, September 20, 2011

Terkini: Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok


Salam semua ®…

 
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Tengah hari tadi, Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu.- Berita Harian Online.

P/S – Berita yang sama juga telah disiarkan oleh Berita TV3 malam tadi.



No comments: