Thursday, September 22, 2011

Tun, Cukup-Cukuplah Tu. Biarkanlah Mat Sabu Dengan Labu-Labunya…



Salam semua®…

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya dibiarkan supaya terus bercakap berhubung komunisme kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Mohamad akan menyebabkan masyarakan marah dan akhirnya mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

Dr Mahathir berkata, beliau berasa seronok sekiranya timbalan presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terus dibiarkan membuat kenyataan seperti itu.

"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan," katanya lagi dalam satu majlis bersama wakil rakyat BN di Kuala Selangor hari ini.
Program anjuran Kelab ADUN BN itu merupakan salah satu antara lain mengumpulkan kesemua 171 orang wakil rakyatnya di Selangor yang akan akan menghuni di sebanyak 320 buah kediaman rakyat negeri itu.
Permukiman selama tiga hari itu berjalan berjalan sebaik BN Selangor selesai menjalankan konvensyennya pada hujung minggu lalu – Malaysiakini.

Komen penulis:

Orang politik selalunya begitulah. Semua isu bagi mereka boleh dipolitikkan semata-mata untuk meraih undi.  Tidak kiralah sama ada di pihak pemerintah ataupun di pihak pembangkang. Semuanya sama sahaja.

Akan tetapi, tahukah kita betapa remuknya hati waris kepada para-para pejuang yang telah terkorban bilamana emak dan ayah mereka  telah dihina dengan sedemikian rupa oleh saudara Mat Sabu.


Nasihat penulis kepada waris-waris keluarga yang terlibat, buat masa  ini,  maruah dan nama baik keluarga perlu dibela dengan sebaik-baiknya.

Dengan membiarkan Mat Sabu dari terus mendendangkan isu ini tanpa henti maka, akan bertambah pedih dan parahlah hati insan-insan yang  di dalamnya mengalir darah-darah pejuang bangsa dan negara.

Cukup-cukuplah tu Tun,  janganlah diulangi dan dipolitikkan lagi isu ini. Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya.


Walaupun kekadang kita agak beremosi, tidak salah kalau kita terus menjadi warga yang patuh kepada undang-undang negara. InsyaAllah, percayalah, yang bersalah akan tetap mendapat hukuman dan balasan yang setimpal di atas kesalahannya.


Maafkan saya Tun...mungkin kali ini penulis tidak sependapat dengan Tun...



2 comments:

Hang Buah said...

Tun Dr. Mahathir cuma bercakap secara sinis, bukan bemaksud cuba bermain politik dalam isu Mat Sabu Komunis. Mat Sabu berharap kenyataannya sebelum ini akan menyebabkan orang ramai mempersoalkan sejarah sebenar Bukit Kepong walhal dakwaannya itu sebenarnya menjerat diri sendiri dan mengakibatkan kemarahan awam dan mungkin hilang sokongan selepas ini. TDM hanya memulangkan paku buah keras kepada Mat Sabu. So buat apa kita layan Mat Sabu? Biarkanlah Mat Sabu dengan labu-labunya..

Anonymous said...

Penulis tak sependapat dengan Tun , saya tak sependapat dengan penulis , pasal biarkan Mat Sabu dengan labu labunya .
Membiarkan seseorang dengan labu labunya sebenarnya memberikan keuntungan kepada pemilik labu labu , akhirnya dia akan berjaya dengan selamat atas bantuan labu labunya .
Tapi sy sokong agar Tun jangan bercakap pasal cerita Mat Sabu ni , kerana orang akan marah kalau cerita seperti ini keluar dari mulut Tun..